Tuesday, August 14, 2012

berita yang mengejutkan

ll

Assalamualaikum... 

lamanye la tak ku hapdet kan blog aku yang dah bersawang tahap gaban ni... alahai...apa nak dikata, tuan tanah sibuk, tapi yang ye nye kadang-kadang tak sibuk mana pun, cuma buat-buat sibuk.. benonye malas tu yang lebey... hahahahha..

sebenarnya citer ni dah agak-agak basi. kejadian yang berlaku mmg membuatkan jantung aku bagai nak luruh.. huhuhu.. memang menguji kekuatan mental dan fizikal aku yang sememangnya masa tu tengah berperang ngan emosi. almaklumlah aku tengah final exam.. sepatutnya tak boleh diganggu dengan berita-berita yang boleh mengganggu konsentrasi.. ecehhhhh...tp apakan daya.. oleh kerana perasaan ingin tahu tu meluap-luap.. terpaksalah terima semua kemungkinan yang bakal berlaku..

Kejadian berlaku sekitar minggu pertama bulan Julai 2012 (2 Julai 2012-6 Julai 2012) begitu menyentap perasaan ku.. waktu tu aku tengah cuti sempena final exam.. ada 3 paper yang bakal aku tempuh pada minggu tu.. sebenarnya waktu tu badan tak berapa nak sedap.. rasa macam melayang, angin penuh dalam badan,  asyik la sendawa, sakit perut serupa senggugut, sampai sakit sendi-sendi dan tulang-tulang aku.. eh eh.. apa pasal ni.. actually, memang time tu aku mmg tengah tunggu time untuk period..dalam hati ooooo ni mungkin nak period kot... tapi makin hari makin lama.. period tak jugak kunjung tiba.. eh... musykil jugak ni.. tp dalam hati SANGAT confident yang aku tak mungkin pregnant.. hehehehehe..

Minggu sebelum tu, ada la gak aku pi farmasi.. tujuan untuk membeli ubat turun darah katanya... first time pi beli ubat tuh.. sebelum ni dengar je dari kawan-kawan yang pernah makan.. sebelum ni tak pernah beli.. dan aku beli jugak pil perancang.. hehehehe.. nampak sangat aku nebessssss... hahahaha cuak mak nak !!!! kot-kot 'tersangkut'.. kira hajat di hati aku nak makan la pil perancang tu pas aku period nanti.. kira hajat di hati nak protect dengan lebih confident...ehehehehe. < tau takuuttttt, kalau tak confident tahap gaban >

time beli tu, budak yang jual tu cakap gak ngan aku..

'kak,dah makan ubat ni,dalam masa seminggu kalau darah tak juga turun, akak kena pi jumpa doktor tau...'

dalam hati aku... humang aihhhhhhhh.. dasat gak kesan kesan nye.. nampak macam serius je... ni yang mak takut ni... heeeeeee... tp takpe.. aku akan makan setelah aku buat pregnancy test.. bukan apa... takut punye pasal.. risau lak aku,, nanti lain pulak masalah yang datang.. hmmmm.. baik buat pregnanct test dulu kan..

dalam masa yang sama, kesan alahan dah mula aku rasakan walaupun aku belum pun buat pregnancy test.. alah bau-bauan yang kurang menyenangkan.. contoh bau badan orang.. huaaaa!!! sangat busuk okeh.. lagi la pulak aku kije berhadapan ngan public.. hanya Allah yang tahu macam mana.. rasa pening, mual.. rasa nak tolong pakaikan orang tu dengan air freshner yang aku simpan dalam laci ni haaaaa.... actually,  masa tu masih rasa confident yang aku tak kan pregnant.. maklumlah,, protect terbaek punya... < huhuhu... terbaek la sangatttttt kannnnn >

bila dah cukup 7 hari aku lewat period pagi-pagi tu aku pun buat la pregnancy test dengan keadaan tangan yang menggigil-gigil... haaaaa.. takut mak nak!!! apakah yang bakal aku tempuhi... huhuhuhuhu.. niat di hati kalau sekiranya test ni negatif maknanya aku akan makan gak pil turun darah dan seterusnya nak makan pil perancang.. dan sekiranya lah test ni positif maknanya aku kenalah meredhakan diri.. huaaaaaaaa...sob sob sob.. 

dan dalam masa beberapa minit result nye pun dapat.. huhuhuhu.. apa nak dikata... memang aku harus meredhakan segalanya.. huhuhuhu... inilah yang dinamakan terlajak perahu boleh diundur.. terlajak teeetttttttt ni la dapatnya.. huhuhuhu..





macam-macam perasaan yang aku rasakan selepas tu.. nak nangis ade.. huhuhuhu... aku bukan sedey sebab apa.. first memanglah aleesha tu kecik lagi.. br masuk 2 tahun.. bagi aku kecik la lagi.. sbb antara alia n aleesha memang bayak bezanya.. time aku pregnant aleesha, alia pun 2 tahun jugak tp dia nampak matang.. maklumlah duduk ngan nenek. cakap pun dah pandai..start tak pakai pampers waktu siang, tp si aleesha ni cakap pun tak pandai lagi. camne nak ajar tak pakai pampers. cakap pun tak pandai lagi kan.. 

sebenarnya aku memang planning nak pregnant tapi aku nak bersalin biarlah tahun 2014, sebab time tu aku dah habis belajar.. kalau dah begini nampak gayanya aku terpaksa la drag satu semester sebab kemungkinan besar aku kena ambik cuti satu semester.. kesian pulak nak meninggalkan baby yang masih merah lagi.. pengalaman masa aleesha dulu membuatkan aku rasa kena gak amik cuti semester.. aleesha tak cukup pun dapat air susu aku. sebab habis je pantang aku terus pi kelas.. sangat kasihan okeh.. hukhukhuk.. dan kali ni aku kena pastikan zat-zat air susu ibu tu dapat kat baby ke -3 ni.. 

selepas dapat result tu, rasa macam tak pijak bumi dah.. seharian aku dok kat rumah termenung.. mencari di manakah silapnya.. hehehehe.. ku bukak segala buku yang mencatitkan 'aktiviti-aktiviti'.. eh eh.. ni semua prorect baek punya.. tp aktiviti manakanh yang membuahkan hasil.. huhuhuhu... 

semuanya tak dapat ku jawab. begitu juga dengan suami ku.. dia pun pelik.. macam mana boleh jadi ek?? eh eh.. tanya aku pulak.. heeeee.. akhirnya bile suami ku nampak aku monyok je sepanjang hari, dia pun usap-usap la bahu ku.. takpelah rezeki Allah nak bagi.. benda yang sangat tak disangka mana tau ada hikmahnya.. mungkin Allah nak tambah rezeki kita.. huhuhuhu.. masa tu dah nak mengalir gak la air mata ni tp apa yang boleh ku lakukan..redha dan terima seadanya rezeki ini.. mana la tahu kot-kot rezeki baby boy pulak.. ehehehe.. harapan tu tetap ada tp aku tak nak mengharap sangat.. terima seadanya apa yang Alah nak bagi... 

" Ya Allah, Peliharakanlah anak ku selama ia berada di dalam perutku, dan sihatkanlah dia, Engkaulah yang menyembuhkan, tidak ada penyembuhan  selain penyembuhanMu, penyembuhan yang tidak meninggalkan penyakit. 

Ya Allah, rupakanlah dan bentukkanlah dia yang ada di ada di dalam perutku dengan rupa yang baik, dan tetapkanlah ke dalam hatinya iman kepada Engkau dan kepada Rasul-Mu.

Ya Allah, keluarkanlah dia dari perutku dengan mudah dan selamat. Ya Allah jadikanlah dia sihat yang sempurna, berakal dan pandai, alim dan beramal. Ya Allah, panjangkanlah umurnya, sihatkanlah badannya, dan baikkanlah akhlaknya, fasihkanlah lisannya, baguskanlah suaranya untuk membaca Al-Quran dan hadis dengan berkat nabi muhammad SAW, dan segala puji bagi Allah Tuhan semesta alam.. Amin...  








Wednesday, April 4, 2012

Kau pergi jua...


Hari ni genap 65 hari abah meninggalkan kami sekeluarga.. abah pergi tanggal 29 Januari 2012 bersamaan hari Ahad jam 12.00 tengahari.. hari itu merupakan hari kami sekeluarga diselubungi kesedihan kerana satu2 nya abah kami di dunia ini telah di jemput Ilahi.. walaupun sedih tetapi kami redha.. kerana itu ketentuanNya.. itu janji Allah pada setiap makhluknya. tak akan berubah walau sesaat pun.. sungguhpun sedih tapi aku tak ralat dan tak menyesal kerana dia pergi di hadapan mataku dan aku dapat lihat setiap hembusan nafas nya yang terakhir. semuanya masih segar di ingatan aku..

sedikit rentetan detik-detik yang sangat menyedihkan itu..

Malam 27 Januari 2012 (Jumaat)
Aku dikejutkan dengan panggilan daripada abang aku yang menyuruh aku ke hospital segera. tanpa banyak bicara aku terus bersiap dan dalam hati aku seolah2 dah dapat mengagak apa yang bakal aku lalui.. menggigil badan aku, fikiran tak tenang, macam-macam benda bermain kat fikiran aku.. memang arwah abah dimasukan ke hospital Banting sebab darah tinggi dan sakit tua sebelum kami bercuti ke kelantan..

Bila aku sampai kat wad, mak dah menangis.. ada seorang kakak aku yang dah sampai.. kami adik beradik 4 orang je yang dekat, 5 yg lain duduk jauh ambil masa nak sampai.. mak cerita yang doktor kata abah dah tak ada harapan and doktor dah panggil anak-anak dan waris-waris untuk ada disisi dia. memang doktor bagi kebenaran kepada kami untuk jaga abah disaat saat akhir hidupnya..

masa aku sampai tu, abah masih boleh bercakap, masih boleh kenal anak-anaknya.. bila aku mintak ampun, minta maaf pun dia masih boleh kenal aku.. tak jemu2 kami bacakan yasin, tak jemu2 kami ajarkan kalimah Lailahaillallah di tepi telinganya. walaupun masa tu dia dah meraung-raung.. sampai tangan diikat nurse sebab dia akan buka oksigen yang ada kat hidungnya. dalam masa yang sama adik beradik yang jauh mula sampai sorang demi sorang.. kami bergilir-gilir bacakan yasin, ajarkan mengucap dan bisik kan kalimah2 Allah sampai la pagi.. satu malam kami memang tak tidur bergilir jaga abah..

28 Januari 2012 (hari Sabtu)
keadaan abah makin teruk.. dada abah dah mula turun naik.. segala percakapan abah dah mula tak difahami.. tp dia masih boleh memandang kami adik beradik. bila aku genggam tangan nya dia masih boleh memberi respon.. ohhh.. sungguh sayu hati ini.. walau sekeras mana pun dia tetap abah aku.. saat-saat akan kehilangan orang yang kita sayang memang menyedihkan.. tak jemu-jemu kami adik beradik mengajarkan lailahaillallah.. sesekali air mata kami adik beradik mengalir tatkala membisik kan kalimah suci. semua perkara yang melibatkan abah terbayang-bayang di ruangan minda kami.. bagaimana dia membesarkan kami adik beradik seramai 9 orang.. susah payah dia berusaha menyara kami, menyekolahkan kami..huhuhu...

bacaan yasin memenuhi ruang wad. saudara mara dah mula datang menziarahi.. rasanya wad tu penuh dengan kami sekeluarga.. dah tentu memang kami ni dari keluarga yang besar.. sampaikan pak guard tu melarang kami masuk beramai-ramai ke dalam wad.. sampai la waktu melawat baru la kami semua dapat masuk.. huhuhu..

petang tu aku balik sekejap untuk mandi kemudian ke hospital semula.. perubahan abah memang ketara.. baru sekejap aku tinggalkan dia, petang tu dia dah tak mampu bersuara, hanya kepala je boleh bergerak, mata pun hanya terbuka sedikit.. hanya nafas yang berombak dari dada.. bila pegang tangan pun dah tak ada respon.. petang tu lagi ramai adik beradik abah yang datang.. masing-masing antara kami terdiam.. tak mampu berkata-kata..mengenangkan orang yang yang kami sayangi bakal meninggalkan kami..tak boleh dibayangkan dengan kata-kata. kami bakal kehilangan dia...

malam ke dua kami berkampung di hospital.. untung jugalah hospital banting hanya setingkat. jadi kami tidur di tepi tingkat tempat katil abah hanya beralaskan kanvas.. kami tak kisah asalkan setiap saat yang berlalu kami tak pergi jauh dari dia.. ada jugak yang tidur kat dalam kereta.. tp yang pastinya kami tak keluar dari kawasan hospital. dalam keadaan camni barulah rasa beruntungnya dikurniakan adik beradik ramai. sekurang-kurangnya kami boleh bergilir-gilir jaga..pastinya kami 10 orang termasuk mak punya perasaan yang sama sekarang.. SEDIH itu je yang ada dalam hati kami..

walaupun begitu, hati kami adik beradik dah redha, kami tahu yang kami akan kehilangan dia,, kami hanya berdoa dan berharap sekiranya dia pergi, biarlah dia pergi dalam keadaan yang tenang.. satu malam yang panjang ku rasakan, rasa takut sangat nak berhadapan dengan hari esok..tp sekiranya telah tersurat kami harus hadapi juga kenyataan itu kerana itulah janji Allah.. apalah kuasa kita hendak menghalangnya..

29.Januari 2012 - Ahad
pukul 5.00 pagi aku bangun dari tidur, aku jenguk ke katil abah. keadaannya semakin kritikal. abah dah mula nazak. abah dah koma. nafasnya dah semakin pendek.. tak macam petang sabtu, dia masih boleh gerakkan kepala, masih boleh melafazkan kalimah 'Allah Allah'.. tapi pagi hari ahad 29.1.2012 langsung tiada kedengaran suara nya.. hanya nafasnya yang semakin pendek. kami tahu hari nya bakal tiba, hari yang kami akan kehilangan dia.. Ya Allah tabahkanlah hati kami sekeluarga..

Jam 9.00 pagi keadaan abah semakin nazak.. makin ramai ahli keluarga yang datang.. katil abah ditukarkan ke tepi tingkap.. Alhamdulillah, kami dapat bacakan yasin dari tepi tingkat jer.. muka abah aku lihat dah tak seperti biasa.. agak cengkung tak seperti sebelumnya. kadang-kadang ku lihat abah cuba menarik nafas sedalam-dalamnya.. kadang-kadang mesin untuk mengesan degup jantung tiba-tiba berbunyi memberi amaran. bila berbunyi kami datang dekat dengannya. memang kami berdebar-debar waktu tu.. walaupun aku bukan doktor tapi aku tahu degupan jantung abah mula berhenti sedikit demi sedikit..

kami adik beradik tak berhenti membacakan yasin.. membisikkan kalimah Syahadah.. supaya dia tak lupa walaupun sesaat. darinya kita datang dan darinya jua kita akan kembali.. keadan memang genting waktu itu, semua adik beradik dipanggil untuk berada disisi dia.. ada seorang abg aku dah ondaway balik ke Batang Kali sebab nak mintak cuti pun terpaksa berpatah balik bila keadaan abah semakin nazak..

Jam 11.30 pagi nafas abah dah sangat-sangat pendek.. kadangkala macam dah tak bernafas.. kami dah mula merasakan detik waktunya semakin hampir. kami duduk sahaja menghadap dia tak tinggal walaupun sesaat. biarlah dia pergi di hadapan mata kami semua.. bunyi amaran mesin pengesan jantung makin kerap berbunyi.. setiap kali berbunyi nurse akan datang untuk memantau keadaannya.. jelas sekali dihadapan mataku seakan-akan dalam nafas nya seolah-olah hilang.. memang inilah kali pertama aku berhadapan dengan orang yang sedang nazak.. Alhamdulillah aku lihat abah tenang.. walaupun kadangkala nampak seolah nyawanya 'ditarik' sedikit demi sedikit..Ya Allah.. sedih hati hanya Allah yang tahu..

Jam 11.50 pagi
Nafas abah semakin hilang.. dan akhirnya hilang... dan mesin pengesan jantung berbunyi memberi amaran yang tiada degupan jantung dikesan.. kami tau kami dah kehilangannya.. Innalillahiwaiinnailaihirajiunnn.. nurse datang dan keluarkan report daripada mesin .. memang nyata hanya ada garisan lurus sahaja.... ini bermakna abah telah meninggalkan kami. kembali menemui penciptanya.. dan kami semua telah kehilangan satu-satunya abah di muka bumi ini.. walaupun sedih sangat-sangat tapi kami redha dengan takdir Allah..















Wednesday, January 18, 2012

antara aku, pena dan kertas

assalamualaikum...




ehemmm....lamanyer aku tak bersiaran..gara-gara sibuk ngan exam..beberapa malam tido pun tak cukup, mana sempat nak hadap komputer. harap tengok komputer masa kat ofis jer.. itupun kat ofis sibuk ngan customer. awal-awal tahun ni memang tersangat sangat busy..sebab musim renew bisnes licence dah sampai..penat jangan cakap lah.. takde ampun punyer penat..tak bagi chance langsung nak bersenang lenang.. huhu redhalah sampai hujung bulan. tahan ke tak tahan, hadap dengan hati kering jer la..




bayangkan lah dengan sibuk keje, sibuk nak exam lagi.. tak tau nak cakap macam mana hidup aku.. nilah masa paling kritikal bg student part time cam aku.. mana fikir keje, study, anak, laki lagi.. huwa..!!! kalau tak kuat lama dah aku berenti..tp tak pe.. semangat nak kena kuat.. ni lah dia cabaran namanya.. setakat hari ni ada lagi satu paper yang aku akan tempuh.. paper financial acccounting jumaat ni.. huhu.. killer paper bg aku.. lepas jer paper financial accounting aku akan merdeka wat sementara waktu... haishhh.. tak sabar nyerrrr...




dalam tempoh 18 hari ni macam-macam benda jadi.. dengan cerita exam yang membuatkan aku 2 malam tak tido.. ape tak nyer dalam satu hari aku kena tempuh 2 paper. huh.. sangat menguji kekuatan mental dan fizikal.. lepas baca buku Organizational behavior aku baca buku Human Resource pulak.. sampai rasa macam nak muntah.. sebab banyak sangat benda yang nak dimasukkan dalam kepala aku.. huhuhu.. takpelah asal aku lulus tak mo repeat paper.. naik berpinar biji mata aku dibuatnyer. jawab paper ob, masuk kan input untuk HR, jawab paper Hr masuk kan input Ob.. hahahaha... amik kau.. bercampur2 aduk.. ah.. bukan orang tau pun kan. antara aku, pena dan kertas kan.. aku jawab jer la sebaik mungkin dan sedaya yang boleh.. berapa markah yang dapat terserah pada lecturer.. yang penting aku jawab..




lepas jer keluar dari dewan raja muda seksyen 7 shah alam tu perut automatik terus lapar giller.. maklumlah seharian tak makan. sebelum exam tak terasa lapar pun. bila dah habis baru lah rasa macam2.. rasa lapangnyer dada seolah2 terlepas segala beban kat kepala ni.. terus call en suami ajak makan kat restoran putera ayu, padang jawa.. apalagi.. makan tak hengat.. hahaha.. lapar.. bila balik rumah.. malam tu aku tido ngan lenanya. rasa badan sakit2.. tak larat nak tengok buku lagi. kalau ikutkan ada lagi paper 2 hari lepas tu.. tp kali ni aku dulukan masa rehat aku..sebab badan dah sakit2, takut kalau demam lagi haru dibuatnyer..




skang ni aku tengah struggle untuk paper akaun.. memang nerves aku nak amik paper ni tak tau kenapa.. huhuhu.. moga2 dipermudahkan segalanyer... amin.. apa yang penting aku perlu jawab semuanya tanpa tinggal satu soalan pun.. betul atau tak, antara aku, pena dan kertas jer yang tahu... huhuhu....
















Sunday, January 1, 2012

First Entry For 2012.. entry pendek jer...

salam.. first entry for 2012!! Kami Sambut tahun baru kat rumah jer, malas nak keluar.. nak menyimpan tenaga untuk stay up malam karang ( stay up la sangat...huhuhu..) maklumlah bukak jer tahun baru, final exam dah jadi agenda paling atas sekali bg tahun 2012 ni.. mungkin sebab tu gakla mood nak sambut tahun baru suam-suam kuku jer.. huhu.. azam tahun baru ni??? usah ditanya... sebab dah beberapa tahun ni aku mmg tak de azam.. sebab azam nak habis belajar n dapat degree pun tak dapat lagi aku tunaikan.so azam-azam lain aku holdkan dulu.. akakakaka..






so, tahun 2012 dah pun datang, mungkinkah tahun ni tahun rezeki buat aku.. hurm.. i am wondering.. tahun 2012 merupakan tahun untuk aku dapatkan apa yang aku inginkan, apa yang aku impikan setelah tahun 2011 tahun untuk aku "menutup hati" dan "menutup mata" untuk semua kemahuan dan kehendak aku.. alhamdulillah aku dapat melepasi segala cabaran dan dugaan yang datang.. tak sabar aku nak mendapatkan apa yang aku nak satu persatu.. (mood : exciting..:)..)






Yang pastinya 2012 ni merupakan tahun yang paling banyak agenda untuk aku. agenda dari segi kehidupan, dari segi ekonomi.. semoga Allah memudahkan setiap urusan aku..amin..






Friday, December 16, 2011

kejadian aleesha terkunci dalam kereta


nak cerita sikit kejadian pagi tadi di saat aku terkocoh2 nk pi keje..
macam biasa la aku menyiapkan si kecik sorang tu..
alia dah gi dulu dah, en. suami yang hantar..

rutin setiap pagi aku
6.30 pagi bangun
gosok baju
kemas beg bebudak
masukkan baju yang nak dibawak, susu, pampers, mainan2, buku2 alia

aku mandi, pakai baju, so on
siap kan aleesha - tukar kan pampers
tutup semua lampu + kipas + plug2 elektrik
and keluar rumah
kunci sliding door, kunci grill, kunci mangga
and
masukkan aleesha dalam kereta
bukak pintu pagar
keluarkan kereta

tutup pintu pagar..

haaaa... banyak kan...
nilah dia benda yang aku hadapi setiap pagi..
berbalik kepada kisah aleesha terkunci dalam kereta pagi tadi..
kisahnyer begini..

setiap kali keluarkan kereta aku tak kan rapatkan pintu kereta maksudnya aku takkan tutup terus pintu kereta..
tujuannyer kalau tetiba aleesha main lock pintu aku boleh bukak..

selama ni aku cuma imagine lah kalau terkunci ke apa..
sebab aku penah saksikan
budak terkunci dari dalam kereta
yang sadisnya
pintu tu langsung tertutup
bayangkan camana nak bukak..
bergotong royongla orang ramai sebab nak bukak pintu tu..
yang jadi takutnya
sebab ada budak kat dalam..

tup-tup hari ni benda ni jadi kat aku der...
aleesha main kat tempat driver and dia pegi tekan lock pintu.
bila aku dengar bunyi lock pintu aku terus berlari kat kereta

confirm!!!! pintu dah terkunci!!
sedangkan aleesha ada kat dalam kereta..
aduhaii.. yang jadi lagi nerves tu,

handbag, kunci rumah, henset semua kat dalam kereta..
camane nak bukak..
aku dah betul2 cuak..
aku cuba tarik pintu yang tak rapat tu, tp tak boleh
dah terlock..
aku dah start bingung..
apa nak buat ni..
tetiba jadi blurr..
kak nini baru jer gi keje..
nak calling2 orang
henset dalam kereta..
nak amik kunci kereta spare
dah kunci rumah pulak kat dalam kereta..
adoiiiyaii..

yang aleesha kat dalam tu apa dia kesahhhhh
siap main2 lagi..
sengih2..
ketawa2..
dia tak tau yang ibu nyer macam nak nangis
sebab anak terkunci kat dalam..
aku siap ketuk2 tingkap cermin tu.
try bercakap ngan dia..

"aleesha.. bukak tingkap"
banyak kali aku cakap tp tak berjaya.
yela.. budak umo setahun 6 bulan bukan paham pun apa yang kita cakap kan.. huhuhu

selalunyer dia pandai bukak
sampai ayahnyer lock power window tempat duduk belah belakang
sebab dia pandai picit power window tu..

bila aku ketuk2 tu dengan harapan dia akan bukak..
tp aku kecewa
dia buat selamber jer..
aku bertambah nerves...
dalam kepala cari idea..
aku nak ketuk jiran sebelah mintak tolong
mungkin tenaga lelaki kuat.
boleh tarik pintu yang tak berapa rapat tuh...


lama jugak lah aleesha kat dalam tu..
mula2 dia ok
tp bila dah lama sangat
dia mula nak nangis..
aku lagi cuak..
aku try lagi tarik pintu kereta tu..
tp aku memang tak kuat...
huhuhuhu..

lastly,
aku cakap dalam hati..
aku try wat kali terakhir
kalau tak boleh jugak aku nekad panggil jiran sebelah..
lantaklah..
malu belakang kira..

dengan lafaz Bismillah
aku try tarik lagi sekali...
aku tolak and then aku tarik sekuat hati..
alhamdulillah lock tu terbukak..
Ya Allah..
Alhamdulillah...
memang kau mendengar doa ku..
memang Allah nak tolong aku ari ni..
Alhamdulillah
tak lepas -lepas aku ucapkan nya...

bila dah boleh bukak tuh..
aku masuk kereta
apa lagi aku jentik lah tangan aleesha
dia menangis tp kejap jer
budak kecik ni bukan dia paham pun...

huhuhu...
moralnyer pas ni bukak sikit tingkap tu..
at least kalau jadi lagi
aku boleh jolok2 ngan kayu..
tp
kalau boleh tak nak la jadi lagi cam ni.
cuak tauuuuu!!!!!

Thursday, December 15, 2011

Family Day PKNS 2011 @ Impiana Resort Cherating -Day 3

Aktiviti hari last adalah game sapa paling cepat susun puzzle..
yang buat alia n en suami
dah tentu la kami yang paling last siap..hahaha
aku tak dapat nak tolong sebab sibuk ngan aleesha..
penat mengejar dia ke sana ke mari.. huhuhuhu..

aku rasa nilah family day yang paling mengharu kan..
bukan terharu tp haru biru..
maklumlah ada anak kecik yang baru nak belajar explore semua benda..
terima jerlah ngan redha..
hehehehehe...

takpe..
tunggu family day 2 tahun lagi
sure dah senang..
aleesha dah besar kan sayang..
<<< yela tu, entah2 aleesha dah ada adik :p >>>>


budak dahi jendullll :p


rehat-rehat selepas aktiviti last..
sebelum kemas-kemas nak check-out..

masa ni semua dah siap-siap..
encik suami turunkan beg and barang-barang..
nasiblah labuuuuu...
hotel tingkat 3,
lif takder pulak tu..
kejang kaki tangan mengangkut barang..
kui3..

adik n kakak...

alololo.. sweet nyer anak-anak ibuuu...


sajer interprame...


tengok yer...
aleesha tengok jer apa alia buat...
peacee....

hahahaha
aleesha pun buat peace
tp peace nyer satu jer....
kui3..

aleesha sekarang dah pandai tiru apa orang buat..
dah pandai ajukkan orang solat..
dah pandai aminkan doa..
cakap sikit2 boleh la..
cakap "abah, ayah,"
tp cakap "ibu" tak pandai lagi...
huhuhuhu...


ibu n aleesha...


kami check out dan pi cari keropok lekor..
puas encik suami google kat tenet
cari keropok lekor paling sedap kat kemaman ni
so, inilah hasilnya...
kat internet ramaii yang cakap keropok lekor cap delima paling sedap..

lokasi : kedai tepi jalan sebelah shell
arah kemaman ke cherating

tp sayang kitorang cuma dapat beli yang goreng jer..
memang sedap and lembut..
tak dapat beli yang belum goreng sebab customer ramai,
ada sorang tu daripada kedah
beli RM100.00
bayang kan punyer banyak..
tak dapek kami nak tunggu sebab
dah nak balik sangat dah..
huhuhu
tau call dulu
buat tempahan kan..
aisehhh...


nila dia kedainyer
senang jer nak cari kedai ni...


so, berakhirlah cuti-cuti kami kali ni...
balik terus menghala ke Shah Alam (UiTM)
sebab malam tu ada kelas
Law Of Meeting..
ni la dia contoh pelajar yang berdedikasi..
cuti pun datang kelas
<<>>
<<< sebenarnya malas gak...>>>
tp encik suami nak hantar gak
aku follow jer..

nasiblah kelas habis awal..
lecturer pun memahami
bagi kami balik kelas awal..
alhamdulillah...

sampai rumah kul 11 malam..
penat nyer jangan dikenang
dah la esoknyer kejer..
nilah dia contoh pekerja yang cemerlang..
<<<< erk.....poyo jer>>>>>
hahahah..
nasible tempat kerje ngan rumah dekat jer..
3 minit dah sampai..

kalaulah jauh
dah tentu aku cuti...
tak kose nak kojer..
penatttttt....
heheheh..








Wednesday, December 14, 2011

Family Day PKNS 2011 @ Impiana Resort Cherating -Day 2


*Cerita part 2 *


hari ke 2 ada aktiviti luar kat padang..
walaupun cuaca hari kedua ni agak
mendung, matahari pun segan nak keluar..
langit tak cerah langsung..
angin and ombak tak payah cakaplah. punyerla kuat.
dapat buat aktiviti setengah hari jer, pastu hujannnn sudaaaa...
alia dapat layan kolam pun kejap jer.. kesian..



alia dah berdikari, takder ibu and ayah pun takper.
dia duduk jer kat tepi tu..
kesian.. dah macam anak terbiar jer gamaknyer... hihihi



cuma yang aku peningkan budak kecik sorang ni...
aisehhh.. tak reti bahasa lagi kan... hahahaha





berjalan ntah kemana-mana menonong jerrr...
tag line aleesha " ada aku kesahhhh"





rambut terbang kena tiup angin yang kuat..

en. suami sampaikan hadiah kat bebudak yang menang

alia yang amik gambo, blurrrr... hahahaha...

en. suami saya la niiii...ngeee...

dapat kopok senyap..

en. suami tengah tunggu nak start game

game lari dalam guni... tengoklah alia tu..
kat mana ayahnyer ada sure dia ada..

yeay!!! menang..

acara aku lak..
ada gak alia kat belakang tu...


acara baling belon air..

alia kat umah mini..


ombak sangat kuat..



rehat lepas game...

alia mintak mandi kolam buat kali kedua. first dah g ngan en suami,
tengah hari mintak lagi mandi kolam.. kali ni aku yang temankan..


alia senang berkawan. tu sebab aku tak risau sangat..


punyer suka la dapat mandi kolam. tp yang kelakarnyer alia siap tanya,
" ibu, kat kolam hotel ada sotong tak????"
setiap kali g mana2 hotel mesti dia tanya soalan yang sama..
dia still ingat kolam sotong kat Tiara Beach Resort..
entah bila la nak bawak dia lagi.. seronok sebab dia enjoy sangat kat situ..

esoklah bila dah lepas ibu habis exam ye sayang....






*bersambung di part 3*