Thursday, June 30, 2011

Pertandingan Memasak Tertutup MDKL 2011

28.06.2011 (Selasa) - MDKL adakan pertandingan Memasak Tertutup MDKL 2011 bertempat di perkarangan tempat letak kereta MDKL. jangan tak tau aku pun mencuba nasib dalam pertandingan tu. hahaha. aku, kak nini, kak azilawati n wan putra wakil kumpulan rumah sukan kasawari masuk acara kategori Masak Ayam Kicap ngan Sayur Kangkung goreng belacan. chef yang mengadili kami pun bukan calang-calang. chef dari hotel impian morib lagi tuuuu... (boleh menang ker?)

nak dijadikan cerita, dah la aku cuti hari isnin, Kak nini M.c pulak, hah!! menggigil kak azielawati takut kitorang tak datang masa pertandingan. tp mana boleh kalah sebelum pertandingan kan. kitorang mesti datang. hari selasa pagi baru nak bincang, beli barang.. hamik kau!! ntah apa gayanyer nanti tak taula.. buat persiapan kat rumah kak nini. pukul 2.00 ptg balik semula ke ofis, lagi la menggigil. maklumlah yang masuk semua otai-otai belaka..mau tak ketaq kepala lutut..hahahaha...

sampai turn kitorang punyer sesi, kitorang dah bincang bahagikan tugas siap2. kak azielawati and wan putra buat hiasan. aku n kak nini masak. kami masak ayam kicap tu lain macam sikit sbb ayam tu kami dah perap daripada pagi, pastu ada "bahan rahsia", kangkung pulak kami letak sotong sebagai penyedap rasa. :)

time pertandingan tu, dah tak pk apa dah, masak jer la.. belasah.. waktu yang diberikan 30 minit jer. so far ok. tak kelam kabut. lagipun ayam dah perap tak perlu masak lama sangat.


chef - chef terbaekkkk...maklumlah dah mengalahkan otai-otai belaka..kekekeke...

lepas habis masak kami ada pulak pertandingan makan nasi ambang. tp grup kami tak harap menang pun. masuk pun sbb nak makan jer. hahaha..

pose sebelum pertandingan dimulakan... control cun..maklumlah dah tau mesti kitorang yang paling lambat..kan bersopan santun gituuu...awww...ngehngehngeh

pas pertandingan makan nasi ambang, so keputusan pun diumumkan. bila part sesi kami jer, hati dah berdebar-debar. tempat ke tiga otai, tempat ke 2 pun sama otai gak. sampai aku keluar statement kita amik saguhati jer la ni kak.. muka kami dah monyok giler. sedih la pulak sbb macam tak de harapan..(dalam hati still mengharap gak huhuhu.. ) tak sedap sangat ke apa yang kitorang masak td. macam-macam perasaan ada..

bergambar bersama juadah yang membawa tuah kepada kami...hahaha....

bila pengumuman dibuat, kumpulan kami dapat no. 1, terus rasa excited. menjerit kitorang jangan dikenang. seronok sangat. rasa penat tp berbaloi-baloi..and rasa cam tak caya yang kitorang boleh kalahkan otai-otai MDKL. hahaha.. dapat la kami hadiah sebuah kuali ikea.. jadila boleh wat masak ayam kicap raya nanti..hahaha


gaya seorang pemenang..eheheh..

apepun sangat best okeh!!! tido malam pun senyum jer sebab suka sangat walaupun penat tp berbaloi-baloi..hihihi...apa taknyer semua otai-otai kalah nampaknyer hebatlah kami ekekeke...

Hari Ketiga : nk Balik dah...

Hari ketiga, hari untuk pulang..aishhh..nak balik dah, rasa tak puas la pulak... last minute pi jalan jugak, cari durian ( misi durian terakhir) and nasi kandar yang tak tertunai lagi.. hahaha...pusing punya pusing, cari punya cari akhirnya jumpa juga.. dia stall kecik jer kat tepi jalan jer.. nasi kandar tu memang sedap. patutla glemer, aku pun makan dengan lahap nyer.. walaupun dah agak kenyang sebab dah makan durian tp aku still blh makan lg. sbb sedap kan. en suami pun nampaknya makan dengan lahapnyer.. bila dah siap makan aku nak basuh tangan, cuci kat tepi longkang ajer, tengah cuci tangan tu, tetiba ternampak lak aku tikus besar giller kat dalam longkang.. mak aihhhh... nasib aku dah habis makan, kalau belum aku mesti dah ajak abg balik.. huhuhu.. dalam hati aku cakap padan la sedap..hahaha.. bila masuk ke kereta terus aku cakap ngan en. suami.

" yang, kalau sakit perut tanggung sendiri yek.."
encik suami kebingungan..
pastu dia tanya kenapa???
ayang nampak tikus besar giler kat dalam longkang..
kitorang ketawa, n buat muka geli (tp dah makan kan, redha jer la..hihihi)
en suami kata, sekali jerla makan kat tempat-tempat macam tu, lepas ni kalau nak makan nasi kandar kita makan kat restoren jer lah. hahahaha

moralnya jangan nak mengader makan kat tempat kotor cam tu,, eeee.. yerk!!!!

so, berakhirlah perjalanan kami di penang..
nak balik kami tak lalu jambatan, kami naik feri..
wah.. best nyer.. ni pun mengembalikan kenangan aku dulu kecik-kecik..hahaha..

dengan machonyer En BLB park atas feri

alia n ayah

ibu n aleesha, rambut dah kembang kena tiup angin. hahaha

best..best ..best

Sayonara penang island, ada masa nanti kami datang lagi... :)

Wednesday, June 29, 2011

Hari Kedua (Part 2) : Ronda-Ronda Town la pulak..

lepas je pi bukit bendera, kami pusing-pusing town la pulak.. pusing punya pusing sampai padang kota lama. berenti tanya kat brother jual air tepi jalan mana nak cari nasi kandar yang sedap. dia pun bagi tau kat tepi jalan namanya nasi kandar imigresen. kami pun cuba cari tp tak jumpa pun..huhuu.. oleh kerana perut dah kebulur, berenti la makan kat gerai majlis MBPP. kat situ makan Pasembor.. abg amik udang besar 2 ekor ngan fish ball.. makan punyer makan nak bayar terkujat kejap kitorang sebab mamak tu cakap RM22.00.. habis nak tersembor kitorang.. maklumlah lepas makan pasembor kena bayar mahal nak tersembor la pulak.. hahaha..

Pas makan pasembor yang nak tersembor tu, kitorang berhajat nak g cari tempat jual jeruk buah la pulak.. pusing punya pusing tak jumpa pulak.. aishh... sabar jer la..member cakap kat belakang komtar.. rasanya dah dekat 10 kali pusing situ tak jumpa pun.. lastly kitorang parking kat parkson, berjalan cari tempat tuh.. tak jumpa jugak.. lastly tanya kat apek mana tempat jual jeruk banyak-banyak.. dia cakap kat jalan penang, namanya "pasar chowrasta" kitorang pun dengan confidentnyer mengangguk tanda faham.. kitorang keluar dari bangunan tu, pusing lagi cari tempat tuh.. alahai tak jumpa lagi.. mana la tempatnya, susah betul maklumlah baru first time g kan.. yang kelakarnya tengah cari tu, bila nk ingat balik nama tempat tu, dah tak ingat pulak.. yang aku ingat "cheras". en. suami cakap ada gak cheras kat penang ni.. hihi..bila tak jumpa n dah boring pusing tempat yang sama, aku cakap ngan en. suami cuba kita turn kiri pula, dah turn kanan tak jumpa kan..abg pun turn lah kiri.. nah!!! baru jumpa.. sekali bukan cheras la.. "PASAR CHOWRASTA".. Punyer susah nak jumpa..

perghh!!! punyer susah nak cari..

puas memborong jeruk, kami pi balik pulau pulak.. tujuan apalagi cari durian laaa!!! hihihi... punyer la jauh rupanya balik pulau tu.. dah macam kat cameron la pulak sbb turun naik bukit, jalan pun boleh tahan pusing-pusing. tengah jalan tu tetiba mata aku ternampak gegantung tepi jalan ada iklan pasal PESTA MAKAN DURIAN.. waaa!!! kat mana tu gamaknyer yer.. hati dah excited.. kami teruskan perjalanan tetiba sampai satu kawasan tu banyak kereta. nampak pulak banner pesta makan durian tu.. apalagi suka la masing-masing.. memang best banyak sangat durian nyer.. apalagi melantak durian lagi.. hahahaha!!

suka nyer alia dapat makan durian

nyum..nyum..nyum..

pas makan kat pesta makan durian , kitorang teruskan perjalanan lagi.. jumpalah satu kawasan tempat perkelahan. kat situ pun ada jual durian, en. suami survey lagi. n dia beli lagi durian kat situ, aku dah surrender. dah tak larat der...sendawa pun bau durian..huhuhu...aku just rasa jer..alia pun dah tak excited cam mula-mula dapat durian..tp dia makan jugak..memang dia hantu durian lah..hehehe


Pas makan snap picture kat tepi-tepi bukit tu.. cantik sangat.. nk nyer pulak pokok-pokok durian tengah berbuah.. buah durian bergayut gayutan.. hahaha..!!

pose kat tepi "gunung" (gunung la sangat..)


Tuesday, June 28, 2011

Hari Kedua (Part 1) : Misi Naik Bukit Bendera

Hari kedua kami jelajah bukit bendera. tempat ni mengembalikan kenangan aku masa kecik-kecik dulu masa umur 4 tahun. hahaha.. masih ingat lagi cebisan-cebisan kenangan dulu-dulu naik bukit bendera.

ni la dia BUKIT BENDERA @ PENANG HILL.

Walaupun kena parking jauh, tp kami sanggup redah. semata-mata nk naik bukit bendera. hahahaha... sangat excited okeh!!! nak beli tiket pun beratur panjang. tp kami tak kesahhh!! janji dapat naik. :)

Aleesha sampai garu kepala menunggu turn beli tiket..

Walaupun lama nak menunggu turn beli tiket, nak tunggu train pun agak lama gak. tp bile dah sampai atas.. waaaa!!! sangat teruja okeh!!! sangat best.. pemandangan yang sangat cantik..

cantik sangat...

ibu, alia and aleesha


alahai.. aleesha sampai garu kepala, penat la tu

aleesha bergambar dengan meriam lagiii...

ada jer port baek punyer nak amik gambo, mula la nk interprem

kenangan kami sekeluarga


comel nyer anak ibu ni..

nila keretapi bukit bendera yang baru..

Selesa tp rasa macam naik bas pulak sbb dia kena berdiri, ruang tempat duduk tak banyak pastu satu-satu masa dia bawak ramai around 70 orang.. memang dah macam naik bas.. hahahaha....


Hari Pertama : Misi Mencari Durian

sampai je pulau, terus kami cari durian. memang banyak..tengah musim la katakan.. untung gak pegi time ni.. misi pertama cari kat teluk bahang. ada apek jual katanya durian Balik Pulau. mmg sedap..nyum..nyum.. nak nyer pulak kami ni ni memang suka makan durian. kalau tengok alia makan durian pun terkejut. kalah aku dulu kecik2 aku tak suka, dah tua ni baru suka.. hehehe..

en. suami n alia tengah layan durian baek punyer..

hmmm...sedap banget seh..

alia minum "air ubat "

Balik daripada makan durian, kami pi makan char kue teow. makan kat gerai tepi jalan.. susahnyer nak cari kedai makan melayu. ada pun banyak kat tepi-tepi jalan @ tepi longkang.. huhuhu... dah la tak sedap..mungkin belum jumpa kedai yang betul2 sedap. kot. sedap lagi char kue teow banting..ha!ha!ha! Balik bilik, rehat sekejap n keluar semula dalam pukul 9.00 malam. kami jalan kat night market batu feringhi.memang best tapi penat nyer jangan dikenang. pasar nyer panjang giler sampai penat and lenguh kaki. lastly, dah tak larat ajak en. suami balik.. lagipun badan dah penat setelah menempuh perjalanan jauh. tak pe, esok masih ada.. :)

Memory Penang Island (25/6-27/6/2011)

Hari ni hari yang sungguh best!! perjalanan kami bermula jam 10.00 pagi. sampai di penang jam 5.00 petang. agak lewat sebab banyak kali berenti. sebelum pegi singgah rumah mak dulu, singgah kota damansara lagi hantar kunci kat penyewa baru. tu yang sampai penang dah pukul 5.00 ptg. terus check in hotel. Alhamdulillah.. hotelnya sangat memuaskan hati..ada pengiktirafan daripada kementerian pelancongan lagi. lepas ni boleh la kita repeat lagi..ahahahaha..

ape je dua beradik ni.. si adik macam faham jer apa kakak cakap


akhirnya dapat gak ibu amik gambo aleesha dengan gigi 4 batang nyer tu..
time ni aleesha dah setahun..


Friday, June 24, 2011

penang!! here we come!!!

alhamdulillah hasrat di hati akan tertunai esok. setelah berbincang kami buat keputusan nak melancong ke pulau pinang, tempat yang tak pernah lagi kami jejaki sepanjang berkahwin ni..aku pun dah lama sangat tak pegi. last pegi pun zaman sekolah menengah..hmm. bestnyer..nak nyer pulak kengkawan kata pulau pinang tengah musim durian..weeehooo!! itu lagi menambahkan keseronokan aku nak berjalan.. hahaha...mengidam tu mengalahkan orang pegnent pulak.. mujurlah encik suami sporting orang nya.. cakap je nak g, on jer..hihihi..

proses penempahan hotel pun alhamdulillah senang n berjalan dengan mudahnya.. oleh kerana kami tak pernah pegi so bayang-bayang tempat tu tak boleh nak imagine. cuma boleh cakap nak duduk area batu feringhi..so aku cari la hotel2 yang agak2 boleh nak bayar,maklumlah nak dok pun 3 hari 2 malam .. puas surf kat internet dapat satu hotel ni.. first expactation mungkin ok..tp wallahua'lam tunggu jela esok camaner.. takpela first time pegi tu kan ambik sebagai pengalaman.. tak gitu?? hehehe.. harganya pun boleh la.. 3 hari 2 malam RM200.00. moga esok bila dah sampai okeyla tempatnya.. sbb berdasarkan google map hotel tu dekat ngan pantai, boleh jalan kaki.. okeyla tu.. klu okeh boleh repeat lagi lain kali.. :) so, hopefully everything is okeh.. hopefully, kitorang dapat menikmati percutian yang best kali ni..hehehe..

EQ Feringhi Hotel
dari nama macam best,hihihi.. esok dah sampai hopefully okey la kan..

Wednesday, June 22, 2011

Rindu la tu..

Petang semalam tengah masak tetiba dapat call dari "simangkuk" aku kaget gak kenapa nombor dia pulak naik ni??ada apa hal??aku angkat terus dia cakap "mak nak cakap"..dalam hati aku berdetik "aik!! apehal pulak tak cakap terus??MALU KE?bila dah susah baru cari aku..Pegi dah!!! lastly mak yang cakap. mak masuk ward hospital banting. kena masuk darah. aku ingat sakit ker... lega sket hati ni.. macam biasa aku yang akan uruskan pasal discaj. call tu pun sbb nak suruh aku uruskan pasal G.L...untung jugak la kerja gomen ni,sekurang-kurangnya dapat lah jugak aku berbakti ngan orang tua, walaupun hanya sekeping guarantee letter. hanya itu yang mampu aku sumbangkan..aku ikhlas tak minta balasan. tak macam orang tu, mengharap harta orang tua!! ceittt!!!
lepas makan semalam, macam biasa alia main henset ayahnyer,tengok-tengok gambar tetiba terkeluar dari mulut dia " ayah!! kenapa tak bentang tilam ni kat rumah nenek" dalam hati aku terdetik mungkin dia rindu.. nak jugak aku cakap skarang tu bukan rumah kita..tp buat ape aku nak cakap pada budak sekecil tu..mungkin dia tak faham lagi.. aku diamkan ajer..

"kenangan alia masa kecik kat atas katil n tilam rumah nenek.."
(mungkin nilah yang dia maksudkan..)


"raya terakhir kat rumah nenek.."


"ni la rumah baru kami.."
(tempat kami meneruskan kehidupan)

sebenarnya lebih seronok duduk kat rumah sendiri. org kata lebih privacy..aku pun senang, tempat kerja dekat ngan rumah. cuma kesian kat suami yang bertambah jauh.tp alhamdulillah beberapa bulan sebelum kami pindah abg terlebih dulu ditransfer ke shah alam.. mungkin Allah mudahkan urusan kami sekeluarga.. yang sebenarnya, dah lama kami nantikan saat-saat begini. untuk kedua orang tua ku..terima kasih atas segalanya..budi baik kalian tak akan kami lupakan.


"ibu yang melahirkan dan membesarkan ku.."



abah yang banyak berjasa kepada kami sekeluarga
tubuh makin dimamah usia, namun semangatnya tetap kuat untuk meneruskan kehidupan


**untung juga alia pandai mensnap gambar..dapat gak gambo atok n nenek kesayangan nya..

**kenangan rumah lama, disinilah aku membesar dan dibesarkan :)

Beberapa hari sebelum rumah ni dirobohkan, aku snap gambar ni time nak g kerja.. simpan sebagai kenangan untuk kami sekeluarga, 5 tahun kami tinggal disini.. banyak suka duka, pahit manis, semuanya tinggal kenangan...

Monday, June 20, 2011

dah lama tak post entry kat blog ni.maklumlah kesibukan yang teramat sangat.bila la nak habis tak tahulah.hadap jerla dengan hati terbuka.tp minggu ni spesel skit maklumlah minggu gaji.tadi bebudak cek kat maybank2u dah float pun..yeeeehhaaa....!!!dah sangap ni..hihihihi..
bolehlah minggu ni ni ajak en. suami g jenjalan..huwwaaa..dah lama tak jenjalan.hati dah meronta..ewah..agak2 klu dapat g genting ke,best gak..aku dah hint2 gak kat en. suami,,jom g genting..sejak ada keta baru ni tak pernah g lagi..hihihi..tak dapat genting, cameron pun buleeehh..ahahaha..

minggu ni dah 3 minggu lebih kami pindah, sejak pindah ni aku rasa baru sekali dua je aku jengah rumah kat kg..bukan ape,,kadang kalau balik nampak keta wira eroback aku mmg tak kan singgah,hari tu pun aku menyinggah masa hujung cuti sekolah sbb aku tau diorang mmg tak kan ada..biar lah malas nak campur.balik rumah parent in law pulak selalu..hahaha..dah terbalik kot.tiap2 minggu aku g sana..alia pun suka g sana sbb ramai kawan..aku lak yang jemu menunggu bila dia nak puas main..hehehe..

ari ni dah hari ke3 alia tak pakai pampers bila tido..hahaha ada harapan aku nak berenti kan dia pampers ni.maklumlah tahun depan kan dah nak sekolah..jimat sket,tinggal beli pampers adik jer klu belanja..hihi..

arini dapat berita dari kawan ofis (masridah).dia dah kena tahan ward sbb ada problem pada kandungan dia..huhuhu...aku tumpang simpati..sedih bile dia cakap doktor bagi 2 pilihan 1. operation tapi condition baby tetap risiko 2. bersalin secara normal,juga tetap berisiko untuk baby hidup.orang kata condition baby 50-50..argh...sedihnya..aku tumpang sedih..ni yang buat aku takut nak mengandung,banyak pulak kejadian2 yang tak diinginkan. mungkin cuaca sekarang ni tambahan pulak udara banyak tercemar..aku doakan dia dapat tenangkan diri n kuatkan semangat hadapi saat2 genting ni..untuk baby moga dapat hidup sihat, supaya dapat jumpa umi dan daddy nyer...semoga baby pun kuat semangat..aminn..





Monday, June 13, 2011

pagi yang gelap

pagi ni suami ku keluar awal sikit sbb tak nak menempuh kesesakan kat pekan banting n telok datok.macam biasa pukul 6 aku dah bangun, iron baju, kemas beg anak-anak,kejut alia dan aleesha,itulah rutin aku sekarang.kadang-kadang kesian ngan anak-anak.pagi masih gelap lagi tp diorang dah aku kejutkan.hari isnin memang hari yang agak kritikal ada la tu yang akan menangis tak nak bangun, tak bagi buka lampu la..macam-macam karenah lagi2 alia.hmmm..kesian pun ada..lagi best pagi ni alia kata "ibu... kan malam lagi.." alah-alah..kesian anak aku..si adik pulak hanya pandai jerit jer mungkin memanggil bila ayah dah bawak kereta tinggalkan aku.takperla..ni semua kan cubaan..moga-moga nanti bila alia dah sekolah senang nak bangun pagi.tak payah ibu nak terjerit2 macam jiran belakang rumah.hehehe

Tuesday, June 7, 2011

Rindu

dalam dok mengemas tetiba terbelek album lama,ku selak satu persatu tetiba terlihat gambar gambar rumah lama, gambar mak, gambar abah masa muda n masih kuat, gagah mengangkat bakul sayur ngan motor yang banyak memberi kenangan pada kami sekeluarga. terus hati aku jadi sedih, sebak, tetiba rasa rindu pada mereka.besarnya pengorbanan mereka membesarkan kami sekeluarga walaupun dalam kepayahan dan kesusahan. masih aku ingat, motor tula yang membawa aku ke kebun masa kecik dulu. mak n abah akan bawak aku sbb kat rumah tak ada sesiapa.kami siap masak kat kebun, mandi kat kebun, kebetulan ada parit besar depan kebun. siap tido sbb ada pondok kecik. ingat lagi dulu aku kena ulat bulu, habis satu badan bintik2..tu lah dia kenangan kecik2 dulu, bila besar ni rasa seronok,klu dulu bila ajak g kebun merungut, sbb bosan.tulah pengorbanan mereka, hasil dari jualan sayur tula yang menyekolahkan aku..
sesungguhnya aku sayangkan mereka, cuma cara bagaimana nak ku luahkan perasaan tu aku tak pandai,tp jauh dari sudut hati dan sanubari aku sangat sayangkan mereka hinggu hujung nyawa ku..mungkin kerana didikan abah yang sangat garang menyebabkan aku jadi keras, kaku,,Ya Allah,,berikanlah kesempatan untuk aku membahagiakan mereka, mengembirakan mereka selagi hayat mereka masih ada..amin
semalam petang aku jalan rumah mak,mak bagitau abah punya tulang belakang sebenarnya dah patah 3. akibat pereputan tulang.ku akui abah dulu tak sama seperti sekarang. sangat lemah tak bertenaga, berjalan pun menggunakan tongkat.berjalan pun terhuyung hayang.sangat kasihan,rupanya sbb tulah selama ni dia mengadu sakit pinggang.puas mencari ubat sampaikan ubat tradisional yang tak diiktiraf kementerian kesihatan pun abah ambik sbb ubat hospital tak meredakan kesakitanya.mak dah tak larat nak marah..aku diamkan ajer..tak tau dah nak kata apa.belum lagi dengar keluhan-keluhan kesakitan,ingat lagi masa awal2 abah start sakit.pukul 1 @ 2 pagi suamiku jugala yang menghantar ke hospital,kadang2 pukul 5 pagi baru balik,,dengan esok nak g kerja,,tp semua tu kami telan sendiri dengan tak berkata apa-apa pun.berapa kali jer la suamiku datang lambat g opfis, belum lagi ngan terpaksa ponteng sbb kepenatan menunggu.klu sekali 2 takpe,ni boleh dikatakan hari2..tp kami tak bunyi pun,hadap jer..tibalah satu waktu,,kami berhasrat untuk pindah dari kg,,ada pulak "makhluk2" yang berkata kami tak nak jaga abah,kenapa bila abah sakit baru nak pindah,dulu masa abah sihat tak nak pulak pindah.bongok ke apa orang ini???akhirnya tak jadi kami pindah dan sbb tu juga hubungan aku dengan "makhluk" tu renggang,,itulah dia namanya kerana mulut badan binasa,,aku cakap ngan dia juga pulangkan kunci kereta yang aku dah bagi FREE tak de bayaran apa pun, cuma tinggal bayar ajer kat bank,,bila itupun, asik sangkut kat bank,bank call maki2 aku pasal duit kereta,lagi aku berangin,akhirnya aku ambik keputusan ambik balik kereta tu.tak guna buat baik pada makhluk yang tak pandai mengenang budi..akhirnya tengok sekarang ada kereta pun atas belas kasihan orang lain.kalau tak aku jugak yang mengeluarkan duit RM8000 tak de la dia nak dapat kereta wira tu.tp dia still tak tau aku yang belikan atas ehsan kak izah.kak izah kata pinjam sementara dia nak wat rumah mak,klu dah reda sikit dia akan pulangkan..tp skang ni keta tu dah tak de kena mengena ngan aku lagi sbb kak izah dah pulangkan balik duit aku kontra ngan apa yang aku dah pinjam kat dia..so sekarang ni aku tak nak ambik tahu lagi pasal dia.pegi lantak lah dia nak tergolek ker, nak tertonggeng ker..peduli haper aku..
ntahla...itu cerita lama,,aku malas nak ungkit skang pun aku dah ada kehidupan baru yang lebih menenangkan jauh dari sakit hati dan ntah aper2 lagi..semoga aku tabah menghadapi segalanya..


Monday, June 6, 2011

minggu ni 6.6.2011-10.6.2011 minggu audit..huargghhh!!! ni la masa yang paling malas utk aku harungi..aku dah mula merasakan stress biasalah bila dah masuk bulan 6 sampailah raya nanti kerja aku menimbun,silap haribulan bengkok kalau tak buat.dengan bazar ramadhan yang memeningkan kepala nak melayan karenah orang2,ngan banner yang tak berenti2..huhuhu..penat okeh!!!seronoknya la org2 yang tak banyak kerja tak pening kepala...huhuhu..bila nak pindah jabatan???ayat tak sayang mulut la tuuuu....kerja kat siini seronok tak boring tapi hadap keje yang menimbun,,hamik kau...!!! banyak yang amat..keje aku tak surut,mungkin org lain kalau dah abis musim renew lesen dah rilek.kalau aku, tak der maknanya..ada jer org datang jumpa aku..huarghhh!!!penat..musim raya la,raya deepavali la,chinese new year la,cuti sekolah pulak musim cikgu cekgi wat tuisyen, bulan 12 nnti sekolah tadika pulak wat banner promosi tadika..bila nak abis aku pun tak tau,,bila tukar jabatan nnti baru la habis kowt..ahahahaha...!!
la ni kepala otak pk nanti nak masak ape plk???en suami dah belikan sotong,,tetiba mengidam pulak...haisshhhh...masin mulut tu karang...hihihihi...nak tp tunggu aleesha 2 tahun baru on..hahahaha...nak balik lah yek..nak masak maklumlah i dah ada tugas n tanggungjawab baru skang..tp dalam pale ni masih pk nk masak pe..huhuhu