Thursday, September 29, 2011

Bermulalah....



Bermulalah harian aku yang kelam kelibut setelah semester baru 2011/2012 bermula.. hari ni dah masuk minggu ke dua.. sebenarnya aku sangat penat.. :( dengan rasa terkejar2.. maklumlah waktu rehat pukul 1-2 petang aku WAJIB balik untuk sediakan makan malam.. pukul 2.00 ptg masuk balik sambung kerja sampai pukul 5.00 petang terus ke Shah Alam.. Attend kelas sampai pukul 9.30 malam, then tempuh lagi 1 jam ++ perjalanan daripada Shah Alam ke Banting.. honestly, aku rasa sangat penat,tp aku kena kuat.. aku kena tahan dan bersabar dengan ujian ini.. Ya Allah, kuatkan semangat ku ini untuk tempuhi semua kesukaran, kesusahan demi menggenggam segulung ijazah.. inilah yang aku impikan walaupun terpaksa bersusah payah untuk mendapatkannya..

ingat!!! bukan senang untuk aku menempatkan diri kat Uitm ni.. macam-macam cabaran yang aku hadapi.. bayangkan aku hanya diterima sebagai seorang pelajar taktala aku bergelar ibu. masa tu umur alia 1 tahun. kecik nyer dia aku dah tinggalkan semata-mata nak mengejar cita-cita aku yang tak tertunai dulu.. kadang-kadang kesian tp aku kena kuat.. aku dapat jumpa dia cuma pagi jer itupun kalau dia dah bangun. kalau belum bangun, memang aku tak kan jumpa dia sebab bila aku balik malam dia pulak dah tidur.. selalunya dulu, mak aku yang akan hantar dia pi rumah pengasuh. sebab tulah alia dengan neneknya rapat sebab full time dengan neneknya. belum lagi kalau aku ada kelas ganti memang mak yang akan jaga.. memang kesian sebab tak banyak masa aku dengan dia.. harap time cuti jerlah..

zaman Aleesha kecik lagi kesian.. bukan aku tak nak tunggu sampai aku habis belajar tp memandangkan alia pun dah besar time tu. umor alia dah 2 thn ++. lagi pulak umur aku pun dah banyak (hehehe.. mengaku..) of coz lah sebab kita mesti ada family planning.. tak kan nak anak just sorang dua jer kan.. perempuan tak boleh pregnant kalau umur dah lewat.. itu hakikat.. so aku amik keputusan untuk pregnant. aku planning untuk pregnant dan timing untuk aku deliver mestilah dalam waktu cuti semester.. hah!! baik punyer planning dapat pulak aku deliver time cuti semester.. Alhamdulillah...

sepanjang aku pregnant aku terpaksa panjat bukit uitm dengan keadaan terboyot2. dah sampai atas pulak kena panjat tangga tingkat 4 sebab kelas aku kat dewan kuliah. huh..!! memang mencabar sampai atas termengah2 aku sebab kurang oksigen.. orang yang tengok aku pun kesian tp aku tak rasa apa pun sebab aku fikir ini semua akan menjadi satu kenangan yang manis bila aku dah dapat ijazah nanti Insyaallah.. doakanlah...

belum lagi part aku bergaduh dengan pak guard yang sengal tuh.. masa tu aku nak amik pas untuk naik ke parking dalam fakulti (kalau tak kena parking kat bawah tu yang kena naik tangga).. punyerla sengal park guard dah nampak perut aku yang besar ni mintak pulak surat doktor. apa tak hangin satu badan semata2 nak pas akses tu aku sampai merayu2. tp dia tak nak bagi jugak. siap boleh kata itu awak punya masalah. kalau kita bagi awak nanti orang lain pun nak jugak.. dalam hati aku kata BODOH!!! lainlah aku ni perut kecik ke incase kalau la dia meragui aku. tp masa ni aku dah pregnant 7 bulan.. aku dah nak menagis sebab kebetulan time tu hujan.. nak pas tak dapat.. lastly aku saja berlakon catit nama pak guard tu.. konon macam nak buat aduan lah.. mula nampak muka dia dah cuak siap boleh cakap awak jangan pandai-pandai nak buat aduan.. ekeleh.. ikut suka aku lah nak buat ke tak.. ini dah melampau kalau aku tak dapat memang aku report sampai atasan. peduli hapa aku..!! lastly dia dah takut dapat gak.. dapatlah naik. tp yang sedihnya tu sampai tahap aku kena merayu + nak menitik air mata. aku bukan apa yang aku jadi sedih tu sebab aku ni pregnant..sampai hati dia buat aku cam ni..

habis pantang 44 hari aku terus gi kelas.. bayangkan lah!!! MDKL pun belum aku jejak tp tangga-tangga kejayaan kat Uitm dah aku panjat.. huhuhu.. sangat perit time tu.. teringat-ingat baby yang aku tinggalkan kat rumah.. tp aku kuatkan semangat.. alhamdulillah en suami banyak menyokong aku. kalau tak aku rasa dah lama aku bungkus dari uitm ni.. dan sebab tulah aku tak dapat bagi full breast feed kat aleesha. sangat kasihan sebab dia cuma dapat menikmat susu ibu hanya 5 bulan sahaja itupun tak full.. sebab tulah kulitnya sangat sensitif.. sebab kurang antibodi.. bila dah kerja seharian aku tak bagi dia susu sebab aku gi kelas kan.. time cuti pulak macam-macam benda yang perlu aku uruskan. belum lagi time nak exam memang aku tak peduli kan dia pun.. malam pun en. suami yang jaga aku dah tentu study.. sangat kasihan kan.. dan oleh sebab tulah selepas ni aku akan pastikan aku akan pregnant selepas aku betul2 habis belajar sebab aku tak nak baby jadi macam aleesha.. cukup lah aku mengorbankan banyak hak alia dan aleesha sebagai anak yang perlukan perhatian dan kasih sayang..

dan sekarang... aku dapat jumpa anak2 aku time belah pagi jer.. bila aku balik malam diorang dah tido.. bila aku pandang muka dua2 tu mulalah air mata aku menitik.. kasihan anak2 aku.. sabar yer sayang kita susah tak lama lagi.. bila ibu dah habis belajar 100% masa ibu untuk kalian...

Langkawi : Part 4



pagi-pagi bangun hadap colouring book..

sempat layan kolam wat kali terakhirnya kat aseania resort ni


time chekout sempat amik gambo kat "rumah itik" .. kata alia



pi tempat kapal-kapal mewah.. cantik-cantik kapal kalau dapat naik mesti best,...

pose ngan kapal JOJO.. bukan ke ini kapal mewah adik Sultan Selangor punyer??? agaknyer la.



kat pantai kok.. sajer lepak...


eh..eh.. ada pulak kobauuuuu...


teruja la tu tengok kobauuu.. tak pernah nampak yer sayang...


pelik nyer muka aleesha...hahaha...

nak juga amik gambo ngan kobau...


pas lepak kat pantai kok, kami pergi ke kolam air hangat..


masing-masing nak main air...






celup..celup.. jangan tak celup... memang hangat...

aleesha pun nak celup gak....






time kat airport... tunggu ayah nak pulang kunci kereta sewa..

aleesha.. time ni kat balai berlepas... tunggu flight nak balik.. Sayonara Langkawi..

alia yang kepenatan... ibu pun sama.. huarghhhh!!!!..




Langkawi : part 3

aktiviti hari ke 3 adalah.... naik cable car!!!! yehooooo.... walaupun dah naik dulu tapi bagi aku kalau dah pi Langkawi tak naik cable car memang rugi!!! hihihi... walaupun terpaksa dukung si kecik aleesha. tak apelah.. sanggup. bukan selalu dapat naik pun kan...

alia pulak kembang kempis dapat naik cable car, maklumlah hari2 dok tengok video yang aku rakam masa naik cable car 2 tahun lepas. masa tu di br umo 2 thn.. tak de perasaan lagi naik.. tp ni dah pandai bercakap, tanya macam2.. siap kata nak naik cable car lagi.. huhuhu.. jauh la sayang kalau dekat ibu bawak selalu...


senyum jer alia dapat naik cable car..



aleesha pulak bluuurrrr.. tak tau apa lagi..


bila dah sampai atas.. nyaman nyerrrr...


ayah teropong ape tu... ??? alia pun nak...


nak jugak tengok..

senyum jer alia, muka bosan lak aleesha tuuu..


kami sekeluarga @ Gunung Mat Chincang


tunjuk aper dik.... teruja yer..


ape pulak yang di chit chat kan tuu..


tak tinggal dengan peace nyer... time ni dah nak turun dah... bersedia nak memanjat bukit dengan mendukung aleesha.. adehhlaa...


time ni dah turun g jalan-jalan kat tempat "haiwan-haiwan".. kata alia..


tu dia... ada rusa.. alia and aleesha takut bila salah sekornya boleh lepas daripada pagar tu.. masing-masing berganjak ke belakang.. kelakar btul. sebenarnya time ni alia sibuk nak bagi makan rusa2 ni tp aku lak yang geli



bergambar kat pintu masuk langkawi cable car...


kat mini jambatan gantung.. time ni sebenarnya alia dah monyok sebab ada benda yang dia nak kitorang tak bagi.. owh!!! nak main kereta mainan. tp ayahnya tak bagi sbb baru semalam naik ngan aleesha...


monyok masa mula2 tp bila dah nampak rabbit yang banyak terus suka..


rabbit nak makan tangan alia.. katanya...


senyum lebar alia...


pas naik cable car, kami terus ke makam mahsuri. 2 tahun dulu tak masuk. kali ni masuk la.. dan kami frust lagi sebab tak dapat tengok pementasan Teater Mek Mulong. Teater yang menceritakan tentang sejarah pulau langkawi. sangat best. tp sekarang dah takder.. frust jer ingat boleh tengok kan g langkawi kali ni..


masa kat kg mawat, Makam Mahsuri..


alia yang snap gambar yang tak nampak kaki senget pulak tu.. hahaha...


aleesha @ Makam Mahsuri...



pas pi Makam Mahsuri pi pulak kat tempat kapal layar... yang kelakarnya time ni kamera pulak habis bateri.. dah tak dapat dapat amik gambar banyak kat sini.. sudahnya kami balik jer pas makan malam kat Jai Island Cafe.. so, moralnya, lain kali charge la bateri kamera tuuuu... En. suami cakap takper, esok kita datang lagi sebelum balik.. yesss!!!




langkawi : part 2

Macam biasa bangun pagi layan kolam dulu.. hari ni aku pun nak interframe gak yer.. sonok gak main gelungsur yang selalu alia main.. hahaha.. sesekali jadi cam budak apa salahnyer. Location Aseania ni bukan kat tepi pantai tu sebab dia buat kolam besar supaya dapat attract pelancong. kalau ditanya pendapat aku, aku prefer anak-anak aku mandi kolam berbanding pantai.. kalau pasir ni kotor, pasir mesti melekat kat badan..


suker..suker..suker.. ibu pun interframe gak..

mana tak jeles tgk alia terkekek-kekek.. aku pun tak tahan nak main gak...hehehehe...

pantai buatan.. oklah kan... ada gak.. aku suke!!!

Pas mandi, kami sambung sesi berjalan tp hari ni hari yang sungguh tak menyeronokkan kami nak berjalan sebabnya pulau langkawi seharian hujan.. daripada pagi sampailah petang gerimis tak berhenti. nak jalan pun tak best sebab takut bebudak demam.. sudahnya berjalan
kat tempat yang berbumbung contohnya kat malll jer.. hahahaha... nasib badanlah..

budak dua orang ni bukan boleh tengok mainan..mesti nak main, terpaksalah ayah beli token. si kecik tu pun pandai main stereng kereta..budak-budak sekarang ni advance btul..


hari ni aku redah kilang minyak gamat nusantara.. nak cari ubat batuk yang bebudak ofis kirim.. dapatlah tengok camner diorang proses minyak gamat..

tu dia besarnya kawah..betul ke orang kata kalau celup tangan tak panas?? aku tak pulak try. takut.. tetiba dibuatnya panas tak pasal-pasal..


yer.. jangan pulang tanpanya.. kat sini jer aku beli dekat RM100.00 semuanya yang orang kirim. mak aku jer dah berbotol-botol..tu yang berat beg aku macam ada batu bata dalam nya.hahaha

time ni masa kat jeti Kuah.. time ni pun gerimis.. sebab tu lah tak der aleesha. aku tak bagi keluar..


Nila dia JAI ISLAND CAFE.. port kami makan hari-hari...

masa ni kami sangat berharap cuaca eloklah keesokan harinya kalau tak punahlah harapan nak naik cable car.. dah lah jerebu memanjang. view pun tak berapa cantik.. kalau naik cable car pun mesti tak best sebab tak nampak view...

pas makan balik sudah .. sangat penat....