Tuesday, October 18, 2011

potluck party

haaaa..... idea sapa lak ni nak wat potluck party... ???? pepagi aku dah diterjah suruh bawak kuih.. siap ada cheklist lagi.. hahahaha.. gud idea!!! i likeeee!!! best gak kan,, sesekali memeriahkan aktiviti Jabatan Perkhidmatan Bandar & Persekitaran.. tp yang tak tahan tu, bab hezry air kosong jekkkkkk.... aishhhhh.. ini tidak adil... !!! kikiki... pandaila ko hezry.. takat bawak air kosong akaakkkkkk pun buleh.. huehuehue...


Sunday, October 16, 2011

Tragedi @ Mcd, Seksyen 2 Shah Alam


Minggu ni adalah minggu yang paling memenatkan.. di pagi isnin ni sepatutnya semangat berkobar-kobar nak start keje. tp aku sangat penat dan semangat tetiba merudum... downnnnnnn!!! huhuhuhu... sebabnya hari-hari kena g Shah Alam.. dah lah jauh perjalanan dari Banting - Shah Alam.. so, sangat penat okeh...

aku nak citer kejadian semalam.. semalam seperti yang dijanjikan kami ada group discussion untuk subjek HRM 551. hari khamis ni ada presentation.. so kami janji nak jumpa kat Mcd seksyen 2, Shah alam.. janji kul 10 tp aku sampai pun dekat kul 11, biasalah janji melayu.. hahahaha...

so, kami pun discuss and buat assiment (report) ngan slide sekali. memang target nak siapkan jugak tak kira apa jadi.. memang lah tak dinafikan dari kul 10.00 - 4.00 petang kami dok kat situ semata-mata nak siapkan assiment tu. dalam pukul 1 lebih customer pun dah start ramai, maklumlah kan peak hour.. tp kami lantak kan jer sbb nak siapkan keje kami.. tetiba supervisor Mcd datang kat meja kami.. dia pun berkata...

"mintak maaf yer.. nak tanya, ada makan kat sini tak?? "

(sedangkan tray makanan kitorang baru jer cleaner tu ambik)
aku terkebil-kebil pandang kat supervisor tu.. dia sambung lagi..

"kalau nak study balik rumah.. customer saya ni ramai nak duduk takde tempat.."

aku terkebil-kebil pandang kat supervisor tu.. buat muka tak paham.. hehehehe...

agaknyer kitorang wat tak layan dia pun blah...

tak lama tu, datang pulak makcik cleaner kat tempat kitorang.. dia pun berkata...

korang ni nama jer belajar tinggi tp tak paham...

kitorang terkebil-kebil dengar makcik cleaner tu cakap.. masa tu kitorang macam blurr... ape ke halnyer makcik ni tetiba nak marah2..ekelehhhh

kitorang diam jer, pastu kitorang kemas-kemas skit pastu kitorang move sikit bagi ruang kat customer lain duduk.. dalam hati aku cakap..

lelebih pulak makcik cleaner ni.. adehlaaa... ni mesti anak-anak dia tak der yang masuk U.. (ayat jahat..)

lepas kejadian tu masing-masing tersenut. tp kitorang lantak kan jer..sbb nak siapkan jugak assiment tu.. peduli lah apa yang korang semua nak cakap.. korang nak marah ke apa ker yang penting assignment kitorang siap..!!! huahuahua

yang nak dijadikan cerita lagi, nak cari info kat website, tak boleh pulak.. ni sah la ni diorang offkan wifi.. hantu betul Mcd ni !!!! bengang jer kitorang.. ini pun berkira.. memang busuk hati tul lah...

lastly dekat pukul 4.00 gak kitorang blah.. pegi dah!!! kalau tak terpaksa aku pun tak ingin nak jejak Mcd ni..

Friday, October 14, 2011

tak tau nak kata



tak tau nak kata betapa penatnya hari ni.. sangat penat mental dan fizikal.. dengan kerja ofis balik rumah, kerja rumah pulak, belum lagi ngan kuliahnyer.. kenapa aku rasa sangat penat???

1. customer berderet-deret, lepas satu, satu.. time rehat pun ada gak orang datang.. huarghhhh... yang aku selalu angin tu, customer ni selalu datang dekat2 nak tutup kaunter.. angin tul diorang ni.. ni la namanya dah berak br nak gali lubang...terhegeh-hegeh jadi orang.. huhuhu..(emosi sungguh!!!)

2. next week audit ISO nak catch up pulak fail2 yang tak terupdate...

3. esok pulak kelas financial accounting 9.00 pg-5.00 petang.. mak aihhhh.. mabuk aku ngan kira-kira duit ni...

4. hari ahad pulak ada discussion grup assignment subjek Human Resource Management.. bila aku nak rehat ni??? huhuhuhu..

5. next week pulak ada presentatation, next 2 week pun ada gak untuk subjek Organizational Behavior..

6. kain 2 bakul tak lipat lagikkkkk!!!!!


banyak nyer... arghhhh..!!! tension banget...!!! ada tak sesapa nak tolong aku???

Sunday, October 9, 2011

Picnic @ Sg Congkak



Semalam kami pi berkelah kat Sg Congkak.. sebenarnya temankan en hubby g jamuan rumah terbuka kat penempatan sementara anak-an
ak yatim yang terlibat dalam kejadian tanah runtuh kat Hulu Langat aritu.. so, baliknye kami amik kesempatan la singgah la kat Sg Congkak. dapatlah menikmati sejuknya air sungai .. grrrrr... walaupun sekejap tp boleh tahan sejuk nyer.. baru setengah jam mandi dah menggigil-gigil. lagi2 aku..hehehe.. aku x tahan sejuk!!! huhuhuhu.. nampaknyer kolam juga yang menjadi pilihan hati ku.. hehehehehe....

budak-budak berdua toksah cakapla.. terkekek-kekek.. yang si kecik pun pandai.. apa diorang kesah sejuk ke tak.. yang penting dapat main air.. dah namanya bebudak kan.. alah.. aku dulu pun macam tu gak..hehehehe. bezanya aku dulu nak mandi sungai kena balik kampung kat batu kurau. Depan umah arwah tok Sarah ada sungai. uihhhh. sangat syiokkk meh... tak sabar-sabar nak mandi sungai tp sebenarnya aku sangat penakut lagi-lagi bila dah nampak lintah dalam air.. langsung tak nak jejak air...kikiki.. last mak yang dokong naik atas..


tetiba teringat kenangan masa kecik-kecik dulu time balik kampung.. rindunya pada suasana kampung.. rindunya pada arwah tok yang tak sempat aku tatap wajahnya buat kali terakhir.. sebab time arwah meninggal aku dah kat belajar kat melaka. tau pun dah 2 hari. apalagi meraung lah.. rasa geram jer sebab takder orang infom kat aku.. maklumlah dulu mana ada henset.. harap aku yang talefon seminggu sekali.. sebab tu aku lambat dapat tau..sangat sedih okeh... sob..sob.. sob..

dan sampai ke hari ni, aku sentiasa rindukan dia.. sebab dialah satu-satunya nenek yang aku ada, yang aku sempat merasai seronoknya kehidupan ada nenek.. aku ingat lagi bila kali terakhir kami adik beradik balik kampung sama-sama. tahun tu tahun last dia sihat, selepas tu kesihatanya tak berapa bagus.. masa kami nak balik tu, dia menangis, nampak air mata dia.. ( Ya Allah, kenangan ni yang membuat betul-betul rindu pada dia...) mungkin dia rasa seronok nampak anak cucu balik kampung ramai ramai.. sebab antara adik beradik mak, mak lah yang paling ramai anak.. kalau sekali balik tu memang riuh..

dan itu semua hanya tinggal kenangan..sampai saat ni aku sentiasa ingat kan dia.. dan kadang-kadang aku boleh mimpi suasana kat rumah tok tu.. mungkin sbb aku rindu kan dia n mungkin sbb aku tak dapat lihat wajahnya kali terakhir.. rasa ralat sangat.. huhuhuhu...

eh, dah terkeluar dari tajuk asal ni.. hehehe... oklah.. layan jerla gambar-gambar yang aku snap masa picnic. tak banyak.. sebab aku pun nak main air kan.. hahahaha...

ni la tempat nyer.. penempatan sementara anak yatim...

sitecik ni...


dah muka besar... hihihi


yang ni toksah cakapla senyum manjang..


amboi... terkekek-kekek...


sejuk...grrrrr




Dalam setengah jam jer kitorang mandi.. pastu naik tukar baju and then balik.. ondaway balik singgah makan durian. dah banyak kali alia mintak nak makan durian.. kesian.. ni dah alang-alang nampak orang jual durian kami pun berenti.. walaupun tak sedap, bedal ajer la..





Friday, October 7, 2011

Alkisah Budget 2012

Alhamdulillah..
thanksss PM..!!!!


Utusan Malaysia Online - Berita Utama

Pra Badget 2012


Apa yang aku harapkan untuk budget 2012 yang akan dibentangkan oleh PM hari ni??

1) Gaji naik - tp tak harapkan naik banyak2. ura-ura dengar 40% tapi aku tak percaya..

2) Elaun sara hidup diselaraskan semua jadi RM300.00 - memang patut diselaraskan sebab kos sara hidup kat pekan kecil ngan bandar sama jer. tak patut kami dapat RM100.00 jer..huhuhu..

3)Elaun perumahan dinaik kan - RM180.00 memang tak relevan zaman sekarang ni..

4) kerajaan dapat kekang kenaikan harga barang dan kos sara hidup yang semakin hari semakin naik sekarang ni.. kalau ditakdirkan gaji naik, harga barang naik. no point jugak kerajaan naik kan gaji kakitangan awam..

5) Bonus - ni dah semestinya.. dapat sebulan pun okeh....hehehehe..

6) Subsidi kegunaan elektrik - air dah free, aku tak pnh bayar pun.. dapat subsidi elektrik sikit pun jadi lah..

tp kalau semua2 ni tak ader??? @ ada elaun-elaun yang di tarik balik????


"




"



"


"


"



"


"



"



"




"




"



"



"



"



"



"



"



"



"



"




"



"




"




"








OMG!!!!!



sangat sedih okeh...!!!!

Thursday, October 6, 2011

Hari penuh cerita



1. pagi - pagi dalam pukul 7 lebih time aku tengah sibuk bersiap nak g keje, alia buat hal. dia mandi guna shower, pulas punyer pulas tercabutla pulak kepala paip. dah air membuak2 keluar.. yang alia dah panic terus menangis menjerit2..cuba betulkan kepala paip tu, air pula tersembur kat baju. dah basah pulak.. gi keje ngan baju basah.. hampeh tul lah...


2. time aku tengah kemas baju budak2 yang nak dibawak rumah kakak, alia dah keluar dari bilik air sebab takut ngan air yang memancut.yang aku pulak mengemas barang-barang budak. time ni betul2 aku tak teringat kat aleesha.. tetiba dengar bunyi dia jatuh..apalagi menangis bagai nak rak. jatuh terlentang pulak dia.tp yang nak ketawa tu dia siap bawak cedok air dari bilik air. ntah apala motif nyer budak sorang ni. habis la basah pulak lantai.. dah satu keje nak mengemop lantai yang becak tuh.. haisssshhh.. time ni hati dah geram.. hati panas betul pagi-pagi ni..dahla dah lambat nak kejar punch card..

3. dalam kereta time nk g opis alia pulak tegur, ibu.. adik berak ker bau busuk ni..?? sebenarnya dari awal lagi aku dah terbau something kat kereta aku.. apa yang busuk ni?? agaknyer aleesha kot yang berak.. aku pun tahan lah sementara nak sampai rumah kakak.. sampai jer aku terus chek,, tak der pun!!!! pelik tul apa lah yang bau ni.. busuk cam bau taik.. huahuahua... aku pun mula mengecek lantai kereta kot2 ada pulak taik tersesat.. (taik tersesat????hahahaha).. lastly jumpa.. nak tau kat mana????? ce teka...ce teka...ce teka...hahahahampeh tullllll.. aku rasa nak maki2 jer pagi2 ni.. rupanya bau yang busuk tu dari tapak kasut aku!!!!!huaaaaa!!!! dah tak larat nak maki dah oiiii... hampeh tul lahaiiiii...pagi2 spoil kan mood aku nak keje.. terpaksalah sampai ofis pi basuh kasut dulu kat toilet.. sampai kat toilet auntie cleaner tengah mop lantai.. mesti dia angin sebab aku tinggalkan tapak kasut yang busuk kat lantai yang baru dia mop.. sori auntie.. sy tak sengaja... huahuahua.. kenapalah malang sungguh nasib aku hari ni...huhuhuhu..

4. sampai ofis masuk bahagian perancang dulu jumpa my bff nak ucap tahniah sebab hari ni dia bawak kereta baru.. "ada bau kedaila kak nini" aku saja usik dia.. hahahaha..dan pagi tu jugak, dapat berita yang mak kepada k. azilah meninggal pagi ni.. Innalillah...and sempat gaklah aku ngan kak nini menziarahi jenazah kat rumahnya.. (Takziah kak...)

5. time kat rumah kak azilah kak nini dapat mesej kata yang bapa mertua kak zira (jiran depan rumah) pun meninggal jugak..Innalillah...tp kali ni kami tak berkesempatan nak menziarahi.sbb dah lama sangat keluar kat ofis tak de orang.. lagi2 kat perancang.. so, kami pun balik ofis..

6. keje sesi petang pun lebih kurang tensen nyer..ada isu pasal pasar malam sg jarom.. adehlaaa... pening tul la diorang ni. sume nak menambahkan kerje aku, kerja yang ada pun tak siap ni nak yang bukan2.. ada lah pulak nak data tahun 2008..aku dah bagi yang 2011 tak nak. nak yang 2008.. apeke jadahnyer!!!! eihhhh...tensen and semak tul rasanya hari ni...

7. petang ni aku call UITM sbb baru teringat yang aku tak re-activate akses parking. call UITM just nak cakap ngan orang yang in charge sampai kena talefon 3 x.. siap boleh transferkan aku kat mana2 ntah.. kat keselamatan lah, pentadbiran lah, kat bendahari lah.memang mangkuk ayun tul.apalah masalahnya diorang ni. macam bukan kat satu bumbung. suruh transfer tak boleh..nombor talefon tak tau.. bg salah info.. ape ni????WTF!!! bila dah dapat direct line nyer pulak ada deringan tp operator lak aihhh yang jawab.. " peti simpanan suara telah pun penuh" arghhhh... bongok btul!!!! memang puas aku maki2 hari ni...nampak gayanyer menapak jauh lah petang ni..huhuhu

8. sampai kat uitm, parking ada yang kosong,tp menapak lah jauh.. so, berjalan lah aku menuju tangga2 kejayaan. time ni lah yang aku berjalan merenung nasib.. " susahnyer hidup aku sekarang" huhuhuhu..takpelah ini dugaan..

9. hari ni kelas En. Raduan.. nasibla aku memang sukeeeeee ngan en. raduan yang comel ni.. belajar pun masuk jer.. i likeeeee!!! balik pun awal ... lagi aku suke!!!! pukul 9.15 malam dah habis kelas..alhamdulillah...Excited habis kelas awal rupanya tak bermakna aku boleh balik awal gak.. sampai kat paking kereta kena blok lah pulak. hampeh btul orang yang letak kereta suka2 hati. taulah aku bawak kancil jer.. huhuhu.. terpaksalah tunggu sampai ada orang tolong aku alihkan kereta tu.. dekat 9.45 baru aku dapat balik.. memang menyumpah2 lah aku, banyak besar ko punyer kereta sampai blh blok kereta orang lain..aku ni dahlah balik jauh.. time is gold,!!!

11. balik pulak sampai kat sg sedu ada orang mabuk bawak kereta.. terhuyung hayang sampai kena hon ngan treller pun masih terhuyung hayang bawak kereta. aku dahlah betul2 kat belakang kereta tu. apa2 jadi confirm aku pun kena gak.. aku nak potong pun takut2 sebab orang tu bawak kereta kejap tepi kejap tengah. gigil kepala lulut aku bawak kereta dek orang mabuk bawak kereta.

12. sampai rumah kelaparan.tp tak de makanan...huargggghh!!!!! apalah malangnyer nasib aku hari ni...