Tuesday, August 14, 2012

berita yang mengejutkan

ll

Assalamualaikum... 

lamanye la tak ku hapdet kan blog aku yang dah bersawang tahap gaban ni... alahai...apa nak dikata, tuan tanah sibuk, tapi yang ye nye kadang-kadang tak sibuk mana pun, cuma buat-buat sibuk.. benonye malas tu yang lebey... hahahahha..

sebenarnya citer ni dah agak-agak basi. kejadian yang berlaku mmg membuatkan jantung aku bagai nak luruh.. huhuhu.. memang menguji kekuatan mental dan fizikal aku yang sememangnya masa tu tengah berperang ngan emosi. almaklumlah aku tengah final exam.. sepatutnya tak boleh diganggu dengan berita-berita yang boleh mengganggu konsentrasi.. ecehhhhh...tp apakan daya.. oleh kerana perasaan ingin tahu tu meluap-luap.. terpaksalah terima semua kemungkinan yang bakal berlaku..

Kejadian berlaku sekitar minggu pertama bulan Julai 2012 (2 Julai 2012-6 Julai 2012) begitu menyentap perasaan ku.. waktu tu aku tengah cuti sempena final exam.. ada 3 paper yang bakal aku tempuh pada minggu tu.. sebenarnya waktu tu badan tak berapa nak sedap.. rasa macam melayang, angin penuh dalam badan,  asyik la sendawa, sakit perut serupa senggugut, sampai sakit sendi-sendi dan tulang-tulang aku.. eh eh.. apa pasal ni.. actually, memang time tu aku mmg tengah tunggu time untuk period..dalam hati ooooo ni mungkin nak period kot... tapi makin hari makin lama.. period tak jugak kunjung tiba.. eh... musykil jugak ni.. tp dalam hati SANGAT confident yang aku tak mungkin pregnant.. hehehehehe..

Minggu sebelum tu, ada la gak aku pi farmasi.. tujuan untuk membeli ubat turun darah katanya... first time pi beli ubat tuh.. sebelum ni dengar je dari kawan-kawan yang pernah makan.. sebelum ni tak pernah beli.. dan aku beli jugak pil perancang.. hehehehe.. nampak sangat aku nebessssss... hahahaha cuak mak nak !!!! kot-kot 'tersangkut'.. kira hajat di hati aku nak makan la pil perancang tu pas aku period nanti.. kira hajat di hati nak protect dengan lebih confident...ehehehehe. < tau takuuttttt, kalau tak confident tahap gaban >

time beli tu, budak yang jual tu cakap gak ngan aku..

'kak,dah makan ubat ni,dalam masa seminggu kalau darah tak juga turun, akak kena pi jumpa doktor tau...'

dalam hati aku... humang aihhhhhhhh.. dasat gak kesan kesan nye.. nampak macam serius je... ni yang mak takut ni... heeeeeee... tp takpe.. aku akan makan setelah aku buat pregnancy test.. bukan apa... takut punye pasal.. risau lak aku,, nanti lain pulak masalah yang datang.. hmmmm.. baik buat pregnanct test dulu kan..

dalam masa yang sama, kesan alahan dah mula aku rasakan walaupun aku belum pun buat pregnancy test.. alah bau-bauan yang kurang menyenangkan.. contoh bau badan orang.. huaaaa!!! sangat busuk okeh.. lagi la pulak aku kije berhadapan ngan public.. hanya Allah yang tahu macam mana.. rasa pening, mual.. rasa nak tolong pakaikan orang tu dengan air freshner yang aku simpan dalam laci ni haaaaa.... actually,  masa tu masih rasa confident yang aku tak kan pregnant.. maklumlah,, protect terbaek punya... < huhuhu... terbaek la sangatttttt kannnnn >

bila dah cukup 7 hari aku lewat period pagi-pagi tu aku pun buat la pregnancy test dengan keadaan tangan yang menggigil-gigil... haaaaa.. takut mak nak!!! apakah yang bakal aku tempuhi... huhuhuhuhu.. niat di hati kalau sekiranya test ni negatif maknanya aku akan makan gak pil turun darah dan seterusnya nak makan pil perancang.. dan sekiranya lah test ni positif maknanya aku kenalah meredhakan diri.. huaaaaaaaa...sob sob sob.. 

dan dalam masa beberapa minit result nye pun dapat.. huhuhuhu.. apa nak dikata... memang aku harus meredhakan segalanya.. huhuhuhu... inilah yang dinamakan terlajak perahu boleh diundur.. terlajak teeetttttttt ni la dapatnya.. huhuhuhu..





macam-macam perasaan yang aku rasakan selepas tu.. nak nangis ade.. huhuhuhu... aku bukan sedey sebab apa.. first memanglah aleesha tu kecik lagi.. br masuk 2 tahun.. bagi aku kecik la lagi.. sbb antara alia n aleesha memang bayak bezanya.. time aku pregnant aleesha, alia pun 2 tahun jugak tp dia nampak matang.. maklumlah duduk ngan nenek. cakap pun dah pandai..start tak pakai pampers waktu siang, tp si aleesha ni cakap pun tak pandai lagi. camne nak ajar tak pakai pampers. cakap pun tak pandai lagi kan.. 

sebenarnya aku memang planning nak pregnant tapi aku nak bersalin biarlah tahun 2014, sebab time tu aku dah habis belajar.. kalau dah begini nampak gayanya aku terpaksa la drag satu semester sebab kemungkinan besar aku kena ambik cuti satu semester.. kesian pulak nak meninggalkan baby yang masih merah lagi.. pengalaman masa aleesha dulu membuatkan aku rasa kena gak amik cuti semester.. aleesha tak cukup pun dapat air susu aku. sebab habis je pantang aku terus pi kelas.. sangat kasihan okeh.. hukhukhuk.. dan kali ni aku kena pastikan zat-zat air susu ibu tu dapat kat baby ke -3 ni.. 

selepas dapat result tu, rasa macam tak pijak bumi dah.. seharian aku dok kat rumah termenung.. mencari di manakah silapnya.. hehehehe.. ku bukak segala buku yang mencatitkan 'aktiviti-aktiviti'.. eh eh.. ni semua prorect baek punya.. tp aktiviti manakanh yang membuahkan hasil.. huhuhuhu... 

semuanya tak dapat ku jawab. begitu juga dengan suami ku.. dia pun pelik.. macam mana boleh jadi ek?? eh eh.. tanya aku pulak.. heeeee.. akhirnya bile suami ku nampak aku monyok je sepanjang hari, dia pun usap-usap la bahu ku.. takpelah rezeki Allah nak bagi.. benda yang sangat tak disangka mana tau ada hikmahnya.. mungkin Allah nak tambah rezeki kita.. huhuhuhu.. masa tu dah nak mengalir gak la air mata ni tp apa yang boleh ku lakukan..redha dan terima seadanya rezeki ini.. mana la tahu kot-kot rezeki baby boy pulak.. ehehehe.. harapan tu tetap ada tp aku tak nak mengharap sangat.. terima seadanya apa yang Alah nak bagi... 

" Ya Allah, Peliharakanlah anak ku selama ia berada di dalam perutku, dan sihatkanlah dia, Engkaulah yang menyembuhkan, tidak ada penyembuhan  selain penyembuhanMu, penyembuhan yang tidak meninggalkan penyakit. 

Ya Allah, rupakanlah dan bentukkanlah dia yang ada di ada di dalam perutku dengan rupa yang baik, dan tetapkanlah ke dalam hatinya iman kepada Engkau dan kepada Rasul-Mu.

Ya Allah, keluarkanlah dia dari perutku dengan mudah dan selamat. Ya Allah jadikanlah dia sihat yang sempurna, berakal dan pandai, alim dan beramal. Ya Allah, panjangkanlah umurnya, sihatkanlah badannya, dan baikkanlah akhlaknya, fasihkanlah lisannya, baguskanlah suaranya untuk membaca Al-Quran dan hadis dengan berkat nabi muhammad SAW, dan segala puji bagi Allah Tuhan semesta alam.. Amin...  








Wednesday, April 4, 2012

Kau pergi jua...


Hari ni genap 65 hari abah meninggalkan kami sekeluarga.. abah pergi tanggal 29 Januari 2012 bersamaan hari Ahad jam 12.00 tengahari.. hari itu merupakan hari kami sekeluarga diselubungi kesedihan kerana satu2 nya abah kami di dunia ini telah di jemput Ilahi.. walaupun sedih tetapi kami redha.. kerana itu ketentuanNya.. itu janji Allah pada setiap makhluknya. tak akan berubah walau sesaat pun.. sungguhpun sedih tapi aku tak ralat dan tak menyesal kerana dia pergi di hadapan mataku dan aku dapat lihat setiap hembusan nafas nya yang terakhir. semuanya masih segar di ingatan aku..

sedikit rentetan detik-detik yang sangat menyedihkan itu..

Malam 27 Januari 2012 (Jumaat)
Aku dikejutkan dengan panggilan daripada abang aku yang menyuruh aku ke hospital segera. tanpa banyak bicara aku terus bersiap dan dalam hati aku seolah2 dah dapat mengagak apa yang bakal aku lalui.. menggigil badan aku, fikiran tak tenang, macam-macam benda bermain kat fikiran aku.. memang arwah abah dimasukan ke hospital Banting sebab darah tinggi dan sakit tua sebelum kami bercuti ke kelantan..

Bila aku sampai kat wad, mak dah menangis.. ada seorang kakak aku yang dah sampai.. kami adik beradik 4 orang je yang dekat, 5 yg lain duduk jauh ambil masa nak sampai.. mak cerita yang doktor kata abah dah tak ada harapan and doktor dah panggil anak-anak dan waris-waris untuk ada disisi dia. memang doktor bagi kebenaran kepada kami untuk jaga abah disaat saat akhir hidupnya..

masa aku sampai tu, abah masih boleh bercakap, masih boleh kenal anak-anaknya.. bila aku mintak ampun, minta maaf pun dia masih boleh kenal aku.. tak jemu2 kami bacakan yasin, tak jemu2 kami ajarkan kalimah Lailahaillallah di tepi telinganya. walaupun masa tu dia dah meraung-raung.. sampai tangan diikat nurse sebab dia akan buka oksigen yang ada kat hidungnya. dalam masa yang sama adik beradik yang jauh mula sampai sorang demi sorang.. kami bergilir-gilir bacakan yasin, ajarkan mengucap dan bisik kan kalimah2 Allah sampai la pagi.. satu malam kami memang tak tidur bergilir jaga abah..

28 Januari 2012 (hari Sabtu)
keadaan abah makin teruk.. dada abah dah mula turun naik.. segala percakapan abah dah mula tak difahami.. tp dia masih boleh memandang kami adik beradik. bila aku genggam tangan nya dia masih boleh memberi respon.. ohhh.. sungguh sayu hati ini.. walau sekeras mana pun dia tetap abah aku.. saat-saat akan kehilangan orang yang kita sayang memang menyedihkan.. tak jemu-jemu kami adik beradik mengajarkan lailahaillallah.. sesekali air mata kami adik beradik mengalir tatkala membisik kan kalimah suci. semua perkara yang melibatkan abah terbayang-bayang di ruangan minda kami.. bagaimana dia membesarkan kami adik beradik seramai 9 orang.. susah payah dia berusaha menyara kami, menyekolahkan kami..huhuhu...

bacaan yasin memenuhi ruang wad. saudara mara dah mula datang menziarahi.. rasanya wad tu penuh dengan kami sekeluarga.. dah tentu memang kami ni dari keluarga yang besar.. sampaikan pak guard tu melarang kami masuk beramai-ramai ke dalam wad.. sampai la waktu melawat baru la kami semua dapat masuk.. huhuhu..

petang tu aku balik sekejap untuk mandi kemudian ke hospital semula.. perubahan abah memang ketara.. baru sekejap aku tinggalkan dia, petang tu dia dah tak mampu bersuara, hanya kepala je boleh bergerak, mata pun hanya terbuka sedikit.. hanya nafas yang berombak dari dada.. bila pegang tangan pun dah tak ada respon.. petang tu lagi ramai adik beradik abah yang datang.. masing-masing antara kami terdiam.. tak mampu berkata-kata..mengenangkan orang yang yang kami sayangi bakal meninggalkan kami..tak boleh dibayangkan dengan kata-kata. kami bakal kehilangan dia...

malam ke dua kami berkampung di hospital.. untung jugalah hospital banting hanya setingkat. jadi kami tidur di tepi tingkat tempat katil abah hanya beralaskan kanvas.. kami tak kisah asalkan setiap saat yang berlalu kami tak pergi jauh dari dia.. ada jugak yang tidur kat dalam kereta.. tp yang pastinya kami tak keluar dari kawasan hospital. dalam keadaan camni barulah rasa beruntungnya dikurniakan adik beradik ramai. sekurang-kurangnya kami boleh bergilir-gilir jaga..pastinya kami 10 orang termasuk mak punya perasaan yang sama sekarang.. SEDIH itu je yang ada dalam hati kami..

walaupun begitu, hati kami adik beradik dah redha, kami tahu yang kami akan kehilangan dia,, kami hanya berdoa dan berharap sekiranya dia pergi, biarlah dia pergi dalam keadaan yang tenang.. satu malam yang panjang ku rasakan, rasa takut sangat nak berhadapan dengan hari esok..tp sekiranya telah tersurat kami harus hadapi juga kenyataan itu kerana itulah janji Allah.. apalah kuasa kita hendak menghalangnya..

29.Januari 2012 - Ahad
pukul 5.00 pagi aku bangun dari tidur, aku jenguk ke katil abah. keadaannya semakin kritikal. abah dah mula nazak. abah dah koma. nafasnya dah semakin pendek.. tak macam petang sabtu, dia masih boleh gerakkan kepala, masih boleh melafazkan kalimah 'Allah Allah'.. tapi pagi hari ahad 29.1.2012 langsung tiada kedengaran suara nya.. hanya nafasnya yang semakin pendek. kami tahu hari nya bakal tiba, hari yang kami akan kehilangan dia.. Ya Allah tabahkanlah hati kami sekeluarga..

Jam 9.00 pagi keadaan abah semakin nazak.. makin ramai ahli keluarga yang datang.. katil abah ditukarkan ke tepi tingkap.. Alhamdulillah, kami dapat bacakan yasin dari tepi tingkat jer.. muka abah aku lihat dah tak seperti biasa.. agak cengkung tak seperti sebelumnya. kadang-kadang ku lihat abah cuba menarik nafas sedalam-dalamnya.. kadang-kadang mesin untuk mengesan degup jantung tiba-tiba berbunyi memberi amaran. bila berbunyi kami datang dekat dengannya. memang kami berdebar-debar waktu tu.. walaupun aku bukan doktor tapi aku tahu degupan jantung abah mula berhenti sedikit demi sedikit..

kami adik beradik tak berhenti membacakan yasin.. membisikkan kalimah Syahadah.. supaya dia tak lupa walaupun sesaat. darinya kita datang dan darinya jua kita akan kembali.. keadan memang genting waktu itu, semua adik beradik dipanggil untuk berada disisi dia.. ada seorang abg aku dah ondaway balik ke Batang Kali sebab nak mintak cuti pun terpaksa berpatah balik bila keadaan abah semakin nazak..

Jam 11.30 pagi nafas abah dah sangat-sangat pendek.. kadangkala macam dah tak bernafas.. kami dah mula merasakan detik waktunya semakin hampir. kami duduk sahaja menghadap dia tak tinggal walaupun sesaat. biarlah dia pergi di hadapan mata kami semua.. bunyi amaran mesin pengesan jantung makin kerap berbunyi.. setiap kali berbunyi nurse akan datang untuk memantau keadaannya.. jelas sekali dihadapan mataku seakan-akan dalam nafas nya seolah-olah hilang.. memang inilah kali pertama aku berhadapan dengan orang yang sedang nazak.. Alhamdulillah aku lihat abah tenang.. walaupun kadangkala nampak seolah nyawanya 'ditarik' sedikit demi sedikit..Ya Allah.. sedih hati hanya Allah yang tahu..

Jam 11.50 pagi
Nafas abah semakin hilang.. dan akhirnya hilang... dan mesin pengesan jantung berbunyi memberi amaran yang tiada degupan jantung dikesan.. kami tau kami dah kehilangannya.. Innalillahiwaiinnailaihirajiunnn.. nurse datang dan keluarkan report daripada mesin .. memang nyata hanya ada garisan lurus sahaja.... ini bermakna abah telah meninggalkan kami. kembali menemui penciptanya.. dan kami semua telah kehilangan satu-satunya abah di muka bumi ini.. walaupun sedih sangat-sangat tapi kami redha dengan takdir Allah..















Wednesday, January 18, 2012

antara aku, pena dan kertas

assalamualaikum...




ehemmm....lamanyer aku tak bersiaran..gara-gara sibuk ngan exam..beberapa malam tido pun tak cukup, mana sempat nak hadap komputer. harap tengok komputer masa kat ofis jer.. itupun kat ofis sibuk ngan customer. awal-awal tahun ni memang tersangat sangat busy..sebab musim renew bisnes licence dah sampai..penat jangan cakap lah.. takde ampun punyer penat..tak bagi chance langsung nak bersenang lenang.. huhu redhalah sampai hujung bulan. tahan ke tak tahan, hadap dengan hati kering jer la..




bayangkan lah dengan sibuk keje, sibuk nak exam lagi.. tak tau nak cakap macam mana hidup aku.. nilah masa paling kritikal bg student part time cam aku.. mana fikir keje, study, anak, laki lagi.. huwa..!!! kalau tak kuat lama dah aku berenti..tp tak pe.. semangat nak kena kuat.. ni lah dia cabaran namanya.. setakat hari ni ada lagi satu paper yang aku akan tempuh.. paper financial acccounting jumaat ni.. huhu.. killer paper bg aku.. lepas jer paper financial accounting aku akan merdeka wat sementara waktu... haishhh.. tak sabar nyerrrr...




dalam tempoh 18 hari ni macam-macam benda jadi.. dengan cerita exam yang membuatkan aku 2 malam tak tido.. ape tak nyer dalam satu hari aku kena tempuh 2 paper. huh.. sangat menguji kekuatan mental dan fizikal.. lepas baca buku Organizational behavior aku baca buku Human Resource pulak.. sampai rasa macam nak muntah.. sebab banyak sangat benda yang nak dimasukkan dalam kepala aku.. huhuhu.. takpelah asal aku lulus tak mo repeat paper.. naik berpinar biji mata aku dibuatnyer. jawab paper ob, masuk kan input untuk HR, jawab paper Hr masuk kan input Ob.. hahahaha... amik kau.. bercampur2 aduk.. ah.. bukan orang tau pun kan. antara aku, pena dan kertas kan.. aku jawab jer la sebaik mungkin dan sedaya yang boleh.. berapa markah yang dapat terserah pada lecturer.. yang penting aku jawab..




lepas jer keluar dari dewan raja muda seksyen 7 shah alam tu perut automatik terus lapar giller.. maklumlah seharian tak makan. sebelum exam tak terasa lapar pun. bila dah habis baru lah rasa macam2.. rasa lapangnyer dada seolah2 terlepas segala beban kat kepala ni.. terus call en suami ajak makan kat restoran putera ayu, padang jawa.. apalagi.. makan tak hengat.. hahaha.. lapar.. bila balik rumah.. malam tu aku tido ngan lenanya. rasa badan sakit2.. tak larat nak tengok buku lagi. kalau ikutkan ada lagi paper 2 hari lepas tu.. tp kali ni aku dulukan masa rehat aku..sebab badan dah sakit2, takut kalau demam lagi haru dibuatnyer..




skang ni aku tengah struggle untuk paper akaun.. memang nerves aku nak amik paper ni tak tau kenapa.. huhuhu.. moga2 dipermudahkan segalanyer... amin.. apa yang penting aku perlu jawab semuanya tanpa tinggal satu soalan pun.. betul atau tak, antara aku, pena dan kertas jer yang tahu... huhuhu....
















Sunday, January 1, 2012

First Entry For 2012.. entry pendek jer...

salam.. first entry for 2012!! Kami Sambut tahun baru kat rumah jer, malas nak keluar.. nak menyimpan tenaga untuk stay up malam karang ( stay up la sangat...huhuhu..) maklumlah bukak jer tahun baru, final exam dah jadi agenda paling atas sekali bg tahun 2012 ni.. mungkin sebab tu gakla mood nak sambut tahun baru suam-suam kuku jer.. huhu.. azam tahun baru ni??? usah ditanya... sebab dah beberapa tahun ni aku mmg tak de azam.. sebab azam nak habis belajar n dapat degree pun tak dapat lagi aku tunaikan.so azam-azam lain aku holdkan dulu.. akakakaka..






so, tahun 2012 dah pun datang, mungkinkah tahun ni tahun rezeki buat aku.. hurm.. i am wondering.. tahun 2012 merupakan tahun untuk aku dapatkan apa yang aku inginkan, apa yang aku impikan setelah tahun 2011 tahun untuk aku "menutup hati" dan "menutup mata" untuk semua kemahuan dan kehendak aku.. alhamdulillah aku dapat melepasi segala cabaran dan dugaan yang datang.. tak sabar aku nak mendapatkan apa yang aku nak satu persatu.. (mood : exciting..:)..)






Yang pastinya 2012 ni merupakan tahun yang paling banyak agenda untuk aku. agenda dari segi kehidupan, dari segi ekonomi.. semoga Allah memudahkan setiap urusan aku..amin..