Monday, May 30, 2011

"hijrah kami.."

hari ni dah masuk 4 hari kami di rumah baru.nampaknya semua berjalan lancar walaupun mula2 agak kelam kabut tambah2 lagi semalam hari pertama bekerja dari rumah baru.barang pun masih belum dikemas bak kata orang macam tongkang pecah rumah aku.tambah pulak kami semua demam dek kerana penat mengemas barang dan mengangkat barang.nasiblah ada sedara mara abg,klu harap sedara belah aku hmmmm hampeh..ada adik beradik ramai pun tak membantu langsung.takpela..aku pun tak harapkan pertolongan mereka.
barang semua dah kami angkut.habis kosong bilik tu kami keluarkan barang.sedih memang sedih tp apakan daya,kami terpaksa pergi.itu pilihan mereka,aku hanya menunggu apakah hasil dan kesudahannya..aku sedih bila mengenangkan mak,,entahlah...dalam hati aku berkata sendiri "moga bila aku tua nanti aku tak kesunyian seperti mereka.."
semalam aku ambil anak2 kat rumah pengasuh.hah!! terasa jauhnyer..tapi takper mungkin nilah proses peralihan kami..memang agak penat dan susah tp kami tetap harungi krn inilah tempat kami yang selayaknya..dapat jugaklah alia jumpa neneknya,siap g pasar isnin..sedih bila mengenangkan mereka..yelah,,cucu yang dibelai dimanja dari usianya merah lagi..mereka mungkin tak faham sebab mereka tak melalui proses itu..aku yang melihatnya di depan mataku..takpelah,,ini yang diorang inginkan aku turutkan sahaja..redha..
malam ke2 aku tak dapat lelapkan mata..sbb tetiba teringatkan taman tu banyak kes pecah rumah.kebetulan alia tidur kat luar lagila aku cuak.nak tak nak terpaksalah aku temankan dia tidur kat luar jugak.mlm ke3, aku pesan ngan suamiku untuk angkat alia masuk bilik.baru lena sikit tidurku..mungkin juga kerana kepenatan..proses peralihan yang sangat memenatkan mental dan fizikal..harapnya kami dapat bersabar..nak tak nak kami harungi juga..

Wednesday, May 25, 2011

Alhamdulillah...

:)
:)
:)
:)
:)
:)
:)
:)
:)
:)

sejuta syukur ku panjatkan kepada yang maha esa,
atas limpah kurnia,
dan kesenangan yang kau berikan kepada kami,
walupun sebelum ini hati kami sedih,
tp ia tak berpanjangan..
Alhamdulillah..

:)
:)
:)
:)
:)
:)
:)
:)
:)
:)
:)

Thursday, May 19, 2011

kami sudah mula berfikir tentang "perpindahan" kami ke teratak baru..suamiku pun dah mencari lori untuk angkut barang-barang,katanya dia tak nak tinggalkan satu benda pun kat rumah tu.dari riak suaranya dapat aku rasakan mungkin dia pun berkecil hati..takpelah sayang,,,redha je..aku tau disebalik ini siapa dalangnya..hasil perbincangan yang BODOH!! tanpa memikirkan perasaan orang lain.aku tau..kadang aku fikir,,apelah guna amal ibadat yang dibuat tp hati busuk macam longkang..!!! kami redha,,cuma aku sangat sedih bila fikirkan anak2..pasti air mata aku bergenang..
lagi2 alia yang rapat ngan nenek..arghhh..aku tak dapat bayangkan..selepas ni mungkin waktu aku bertambah padat sbb pagi2 aku akan hantar mereka ke rumah pengasuh lama.perjalanan lebih kurang 20 minit kemudian aku akan patah balik ke banting untuk bekerja..walaupun susah aku rela tempuhnya..bukan tak nak mencari baby sitter yang baru,,tp memikirkan sikecik aleesha takut dengan orang lain aku gagahkan juga.aku kuatkan semangat dan berkata dalam hati ini bukan sesuatu yang bersifat kekal,,mungkin tahun depan aku akan cari pengasuh lain..lagipun aku memikirkan periuk nasi pengasuh anak2 ku..mungkin inilah mata pencarian mereka untuk menanggung persekolahan anak2nya..
takpelah zie,,bawak bersabar,,mereka blh buat apa yang mereka nak..tp yang pasti aku akan tetap tinggalkan rumah tempat aku berteduh selama 29 tahun,,mungkin tinggalkan dengan hati yang luka berdarah..selangkah aku pergi aku tetap tak kan berpatah balik..adakah mungkin mereka pun aku akan tinggalkan??aku sendiri tak pasti..

"hakikatnya yang nyata aku sangat bersedih ketika ini..."mujurlah aku ada suami yang memahami..thanks sayang untuk segalanya...

Wednesday, May 18, 2011

tengahari ni tetiba hati aku jadi sedih sampai mengalir air mata,,semuanya sebab my sister hantar sms (kandungan sms tak perlulah aku ceritakan disini).tp yang nyata aku sangat sedih..terasanya hati hanya Allah yang tahu..seolah2 aku tak dihargai dan dipandang sepi semua ahli keluargaku.sedangkan mereka tak tahu keperitan + kesempitan yang aku alami selama 3 tahun ni..cuma tak ku tunjukkan diwajah ku..hanya kupendam di dalam hati krn aku tak minta simpati dan kasihan daripada mereka semua..

mungkin inilah takdirnya,mungkin hanya tinggal sisa2 waktu kami di 'istana hinggap' tempat kami berteduh sekian lama..mungkin kerana terlalu lama membuatkan aku lupa.."itu bukan tempat kami"..takpelah aku menangis didalam hati,,sudahlah sebelum ni banyak benda yang aku dipinggirkan..bagaimanalah aku hendak menjadi anak yang baik sedangkan terlalu banyak perkara yang membuatkan hati aku memberontak..

aku sedar yang aku perlu pergi,,hakikat sebuah kehidupan tak semestinya indah setiap masa,terkadang tercalit juga sebuah duka, tercalar juga perasaan..apa yang aku boleh lakukan hanya bersabar,,aku menunggu saat aku boleh tunjukkan pada mereka aku juga boleh mengumpul harta dari setiap keringat,,bukan seperti mereka harta yang ada atas belas kasihan orang lain termasuk aku!!!aku sentiasa mendoakan yang 'terbaik' untuk mereka yang gembira atas kesusahan dan kesedihan aku..mulai dari saat ini aku perlu tahu dan aku perlu menyiapkan diri aku yang aku harus berdiri sendiri,,mereka biarlah dengan dunia mereka, biarlah kami sekeluarga meniti hidup kami tanpa mereka..susah kami sendiri tak minta simpati senang juga kami sendiri tak minta dipuji....





Monday, May 9, 2011

selamat pagi...
hari ni masuk ofis ngan semangat baru..
maklumlah dah habis exam..
hurm..
banyak kerja yang nak dibereskan ari ni..
maklumlah dah lama sangat cuti.. :)

esok kena lak g kursus KIK
kat puteri resort ayer keroh melaka..
dari 10.5.2011-12.5.2011..
best..best
tapi bengkel dah tentu banyak keje nak buat.
huhuhu
sian en. suami kena tinggal lagi..

weekend ni insyaallah nak g bercuti
tp bercuti dekat2 jer..
hahaha...
tak sabarnyer..

Saturday, May 7, 2011

minggu yang stressss..
buku menjadi teman tidur ku setiap malam..
waktu ni tinggal 1 paper je lagi
arghhh..tak sabar nyer nak abis exam.
dah penat and sakit otak ni.
huhuhu..

sabar zie....
ni semua dugaan
cabaran untuk kita lalui demi
masa depan yang lebih baik...
(ayat2 positif time menghadapi jiwa kacau..ehehehe)

mungkin bukan waktu ni aku merasa kesenangan
seperti orang lain...
aku ttp menunggu waktu itu sampai kepada ku..
Ya Allah berikan ku kekuatan
untuk aku menempuhi semua ini
sehingga satu saat kau berikan ku kegembiraan
dan kebahagiaan
kepuasan dari kepayahan yang telah lama aku lalui..
aminn...