Tuesday, June 28, 2011

Memory Penang Island (25/6-27/6/2011)

Hari ni hari yang sungguh best!! perjalanan kami bermula jam 10.00 pagi. sampai di penang jam 5.00 petang. agak lewat sebab banyak kali berenti. sebelum pegi singgah rumah mak dulu, singgah kota damansara lagi hantar kunci kat penyewa baru. tu yang sampai penang dah pukul 5.00 ptg. terus check in hotel. Alhamdulillah.. hotelnya sangat memuaskan hati..ada pengiktirafan daripada kementerian pelancongan lagi. lepas ni boleh la kita repeat lagi..ahahahaha..

ape je dua beradik ni.. si adik macam faham jer apa kakak cakap


akhirnya dapat gak ibu amik gambo aleesha dengan gigi 4 batang nyer tu..
time ni aleesha dah setahun..


Friday, June 24, 2011

penang!! here we come!!!

alhamdulillah hasrat di hati akan tertunai esok. setelah berbincang kami buat keputusan nak melancong ke pulau pinang, tempat yang tak pernah lagi kami jejaki sepanjang berkahwin ni..aku pun dah lama sangat tak pegi. last pegi pun zaman sekolah menengah..hmm. bestnyer..nak nyer pulak kengkawan kata pulau pinang tengah musim durian..weeehooo!! itu lagi menambahkan keseronokan aku nak berjalan.. hahaha...mengidam tu mengalahkan orang pegnent pulak.. mujurlah encik suami sporting orang nya.. cakap je nak g, on jer..hihihi..

proses penempahan hotel pun alhamdulillah senang n berjalan dengan mudahnya.. oleh kerana kami tak pernah pegi so bayang-bayang tempat tu tak boleh nak imagine. cuma boleh cakap nak duduk area batu feringhi..so aku cari la hotel2 yang agak2 boleh nak bayar,maklumlah nak dok pun 3 hari 2 malam .. puas surf kat internet dapat satu hotel ni.. first expactation mungkin ok..tp wallahua'lam tunggu jela esok camaner.. takpela first time pegi tu kan ambik sebagai pengalaman.. tak gitu?? hehehe.. harganya pun boleh la.. 3 hari 2 malam RM200.00. moga esok bila dah sampai okeyla tempatnya.. sbb berdasarkan google map hotel tu dekat ngan pantai, boleh jalan kaki.. okeyla tu.. klu okeh boleh repeat lagi lain kali.. :) so, hopefully everything is okeh.. hopefully, kitorang dapat menikmati percutian yang best kali ni..hehehe..

EQ Feringhi Hotel
dari nama macam best,hihihi.. esok dah sampai hopefully okey la kan..

Wednesday, June 22, 2011

Rindu la tu..

Petang semalam tengah masak tetiba dapat call dari "simangkuk" aku kaget gak kenapa nombor dia pulak naik ni??ada apa hal??aku angkat terus dia cakap "mak nak cakap"..dalam hati aku berdetik "aik!! apehal pulak tak cakap terus??MALU KE?bila dah susah baru cari aku..Pegi dah!!! lastly mak yang cakap. mak masuk ward hospital banting. kena masuk darah. aku ingat sakit ker... lega sket hati ni.. macam biasa aku yang akan uruskan pasal discaj. call tu pun sbb nak suruh aku uruskan pasal G.L...untung jugak la kerja gomen ni,sekurang-kurangnya dapat lah jugak aku berbakti ngan orang tua, walaupun hanya sekeping guarantee letter. hanya itu yang mampu aku sumbangkan..aku ikhlas tak minta balasan. tak macam orang tu, mengharap harta orang tua!! ceittt!!!
lepas makan semalam, macam biasa alia main henset ayahnyer,tengok-tengok gambar tetiba terkeluar dari mulut dia " ayah!! kenapa tak bentang tilam ni kat rumah nenek" dalam hati aku terdetik mungkin dia rindu.. nak jugak aku cakap skarang tu bukan rumah kita..tp buat ape aku nak cakap pada budak sekecil tu..mungkin dia tak faham lagi.. aku diamkan ajer..

"kenangan alia masa kecik kat atas katil n tilam rumah nenek.."
(mungkin nilah yang dia maksudkan..)


"raya terakhir kat rumah nenek.."


"ni la rumah baru kami.."
(tempat kami meneruskan kehidupan)

sebenarnya lebih seronok duduk kat rumah sendiri. org kata lebih privacy..aku pun senang, tempat kerja dekat ngan rumah. cuma kesian kat suami yang bertambah jauh.tp alhamdulillah beberapa bulan sebelum kami pindah abg terlebih dulu ditransfer ke shah alam.. mungkin Allah mudahkan urusan kami sekeluarga.. yang sebenarnya, dah lama kami nantikan saat-saat begini. untuk kedua orang tua ku..terima kasih atas segalanya..budi baik kalian tak akan kami lupakan.


"ibu yang melahirkan dan membesarkan ku.."



abah yang banyak berjasa kepada kami sekeluarga
tubuh makin dimamah usia, namun semangatnya tetap kuat untuk meneruskan kehidupan


**untung juga alia pandai mensnap gambar..dapat gak gambo atok n nenek kesayangan nya..

**kenangan rumah lama, disinilah aku membesar dan dibesarkan :)

Beberapa hari sebelum rumah ni dirobohkan, aku snap gambar ni time nak g kerja.. simpan sebagai kenangan untuk kami sekeluarga, 5 tahun kami tinggal disini.. banyak suka duka, pahit manis, semuanya tinggal kenangan...

Monday, June 20, 2011

dah lama tak post entry kat blog ni.maklumlah kesibukan yang teramat sangat.bila la nak habis tak tahulah.hadap jerla dengan hati terbuka.tp minggu ni spesel skit maklumlah minggu gaji.tadi bebudak cek kat maybank2u dah float pun..yeeeehhaaa....!!!dah sangap ni..hihihihi..
bolehlah minggu ni ni ajak en. suami g jenjalan..huwwaaa..dah lama tak jenjalan.hati dah meronta..ewah..agak2 klu dapat g genting ke,best gak..aku dah hint2 gak kat en. suami,,jom g genting..sejak ada keta baru ni tak pernah g lagi..hihihi..tak dapat genting, cameron pun buleeehh..ahahaha..

minggu ni dah 3 minggu lebih kami pindah, sejak pindah ni aku rasa baru sekali dua je aku jengah rumah kat kg..bukan ape,,kadang kalau balik nampak keta wira eroback aku mmg tak kan singgah,hari tu pun aku menyinggah masa hujung cuti sekolah sbb aku tau diorang mmg tak kan ada..biar lah malas nak campur.balik rumah parent in law pulak selalu..hahaha..dah terbalik kot.tiap2 minggu aku g sana..alia pun suka g sana sbb ramai kawan..aku lak yang jemu menunggu bila dia nak puas main..hehehe..

ari ni dah hari ke3 alia tak pakai pampers bila tido..hahaha ada harapan aku nak berenti kan dia pampers ni.maklumlah tahun depan kan dah nak sekolah..jimat sket,tinggal beli pampers adik jer klu belanja..hihi..

arini dapat berita dari kawan ofis (masridah).dia dah kena tahan ward sbb ada problem pada kandungan dia..huhuhu...aku tumpang simpati..sedih bile dia cakap doktor bagi 2 pilihan 1. operation tapi condition baby tetap risiko 2. bersalin secara normal,juga tetap berisiko untuk baby hidup.orang kata condition baby 50-50..argh...sedihnya..aku tumpang sedih..ni yang buat aku takut nak mengandung,banyak pulak kejadian2 yang tak diinginkan. mungkin cuaca sekarang ni tambahan pulak udara banyak tercemar..aku doakan dia dapat tenangkan diri n kuatkan semangat hadapi saat2 genting ni..untuk baby moga dapat hidup sihat, supaya dapat jumpa umi dan daddy nyer...semoga baby pun kuat semangat..aminn..





Monday, June 13, 2011

pagi yang gelap

pagi ni suami ku keluar awal sikit sbb tak nak menempuh kesesakan kat pekan banting n telok datok.macam biasa pukul 6 aku dah bangun, iron baju, kemas beg anak-anak,kejut alia dan aleesha,itulah rutin aku sekarang.kadang-kadang kesian ngan anak-anak.pagi masih gelap lagi tp diorang dah aku kejutkan.hari isnin memang hari yang agak kritikal ada la tu yang akan menangis tak nak bangun, tak bagi buka lampu la..macam-macam karenah lagi2 alia.hmmm..kesian pun ada..lagi best pagi ni alia kata "ibu... kan malam lagi.." alah-alah..kesian anak aku..si adik pulak hanya pandai jerit jer mungkin memanggil bila ayah dah bawak kereta tinggalkan aku.takperla..ni semua kan cubaan..moga-moga nanti bila alia dah sekolah senang nak bangun pagi.tak payah ibu nak terjerit2 macam jiran belakang rumah.hehehe

Tuesday, June 7, 2011

Rindu

dalam dok mengemas tetiba terbelek album lama,ku selak satu persatu tetiba terlihat gambar gambar rumah lama, gambar mak, gambar abah masa muda n masih kuat, gagah mengangkat bakul sayur ngan motor yang banyak memberi kenangan pada kami sekeluarga. terus hati aku jadi sedih, sebak, tetiba rasa rindu pada mereka.besarnya pengorbanan mereka membesarkan kami sekeluarga walaupun dalam kepayahan dan kesusahan. masih aku ingat, motor tula yang membawa aku ke kebun masa kecik dulu. mak n abah akan bawak aku sbb kat rumah tak ada sesiapa.kami siap masak kat kebun, mandi kat kebun, kebetulan ada parit besar depan kebun. siap tido sbb ada pondok kecik. ingat lagi dulu aku kena ulat bulu, habis satu badan bintik2..tu lah dia kenangan kecik2 dulu, bila besar ni rasa seronok,klu dulu bila ajak g kebun merungut, sbb bosan.tulah pengorbanan mereka, hasil dari jualan sayur tula yang menyekolahkan aku..
sesungguhnya aku sayangkan mereka, cuma cara bagaimana nak ku luahkan perasaan tu aku tak pandai,tp jauh dari sudut hati dan sanubari aku sangat sayangkan mereka hinggu hujung nyawa ku..mungkin kerana didikan abah yang sangat garang menyebabkan aku jadi keras, kaku,,Ya Allah,,berikanlah kesempatan untuk aku membahagiakan mereka, mengembirakan mereka selagi hayat mereka masih ada..amin
semalam petang aku jalan rumah mak,mak bagitau abah punya tulang belakang sebenarnya dah patah 3. akibat pereputan tulang.ku akui abah dulu tak sama seperti sekarang. sangat lemah tak bertenaga, berjalan pun menggunakan tongkat.berjalan pun terhuyung hayang.sangat kasihan,rupanya sbb tulah selama ni dia mengadu sakit pinggang.puas mencari ubat sampaikan ubat tradisional yang tak diiktiraf kementerian kesihatan pun abah ambik sbb ubat hospital tak meredakan kesakitanya.mak dah tak larat nak marah..aku diamkan ajer..tak tau dah nak kata apa.belum lagi dengar keluhan-keluhan kesakitan,ingat lagi masa awal2 abah start sakit.pukul 1 @ 2 pagi suamiku jugala yang menghantar ke hospital,kadang2 pukul 5 pagi baru balik,,dengan esok nak g kerja,,tp semua tu kami telan sendiri dengan tak berkata apa-apa pun.berapa kali jer la suamiku datang lambat g opfis, belum lagi ngan terpaksa ponteng sbb kepenatan menunggu.klu sekali 2 takpe,ni boleh dikatakan hari2..tp kami tak bunyi pun,hadap jer..tibalah satu waktu,,kami berhasrat untuk pindah dari kg,,ada pulak "makhluk2" yang berkata kami tak nak jaga abah,kenapa bila abah sakit baru nak pindah,dulu masa abah sihat tak nak pulak pindah.bongok ke apa orang ini???akhirnya tak jadi kami pindah dan sbb tu juga hubungan aku dengan "makhluk" tu renggang,,itulah dia namanya kerana mulut badan binasa,,aku cakap ngan dia juga pulangkan kunci kereta yang aku dah bagi FREE tak de bayaran apa pun, cuma tinggal bayar ajer kat bank,,bila itupun, asik sangkut kat bank,bank call maki2 aku pasal duit kereta,lagi aku berangin,akhirnya aku ambik keputusan ambik balik kereta tu.tak guna buat baik pada makhluk yang tak pandai mengenang budi..akhirnya tengok sekarang ada kereta pun atas belas kasihan orang lain.kalau tak aku jugak yang mengeluarkan duit RM8000 tak de la dia nak dapat kereta wira tu.tp dia still tak tau aku yang belikan atas ehsan kak izah.kak izah kata pinjam sementara dia nak wat rumah mak,klu dah reda sikit dia akan pulangkan..tp skang ni keta tu dah tak de kena mengena ngan aku lagi sbb kak izah dah pulangkan balik duit aku kontra ngan apa yang aku dah pinjam kat dia..so sekarang ni aku tak nak ambik tahu lagi pasal dia.pegi lantak lah dia nak tergolek ker, nak tertonggeng ker..peduli haper aku..
ntahla...itu cerita lama,,aku malas nak ungkit skang pun aku dah ada kehidupan baru yang lebih menenangkan jauh dari sakit hati dan ntah aper2 lagi..semoga aku tabah menghadapi segalanya..


Monday, June 6, 2011

minggu ni 6.6.2011-10.6.2011 minggu audit..huargghhh!!! ni la masa yang paling malas utk aku harungi..aku dah mula merasakan stress biasalah bila dah masuk bulan 6 sampailah raya nanti kerja aku menimbun,silap haribulan bengkok kalau tak buat.dengan bazar ramadhan yang memeningkan kepala nak melayan karenah orang2,ngan banner yang tak berenti2..huhuhu..penat okeh!!!seronoknya la org2 yang tak banyak kerja tak pening kepala...huhuhu..bila nak pindah jabatan???ayat tak sayang mulut la tuuuu....kerja kat siini seronok tak boring tapi hadap keje yang menimbun,,hamik kau...!!! banyak yang amat..keje aku tak surut,mungkin org lain kalau dah abis musim renew lesen dah rilek.kalau aku, tak der maknanya..ada jer org datang jumpa aku..huarghhh!!!penat..musim raya la,raya deepavali la,chinese new year la,cuti sekolah pulak musim cikgu cekgi wat tuisyen, bulan 12 nnti sekolah tadika pulak wat banner promosi tadika..bila nak abis aku pun tak tau,,bila tukar jabatan nnti baru la habis kowt..ahahahaha...!!
la ni kepala otak pk nanti nak masak ape plk???en suami dah belikan sotong,,tetiba mengidam pulak...haisshhhh...masin mulut tu karang...hihihihi...nak tp tunggu aleesha 2 tahun baru on..hahahaha...nak balik lah yek..nak masak maklumlah i dah ada tugas n tanggungjawab baru skang..tp dalam pale ni masih pk nk masak pe..huhuhu