nak dijadikan cerita, dah la aku cuti hari isnin, Kak nini M.c pulak, hah!! menggigil kak azielawati takut kitorang tak datang masa pertandingan. tp mana boleh kalah sebelum pertandingan kan. kitorang mesti datang. hari selasa pagi baru nak bincang, beli barang.. hamik kau!! ntah apa gayanyer nanti tak taula.. buat persiapan kat rumah kak nini. pukul 2.00 ptg balik semula ke ofis, lagi la menggigil. maklumlah yang masuk semua otai-otai belaka..mau tak ketaq kepala lutut..hahahaha...
sampai turn kitorang punyer sesi, kitorang dah bincang bahagikan tugas siap2. kak azielawati and wan putra buat hiasan. aku n kak nini masak. kami masak ayam kicap tu lain macam sikit sbb ayam tu kami dah perap daripada pagi, pastu ada "bahan rahsia", kangkung pulak kami letak sotong sebagai penyedap rasa. :)
time pertandingan tu, dah tak pk apa dah, masak jer la.. belasah.. waktu yang diberikan 30 minit jer. so far ok. tak kelam kabut. lagipun ayam dah perap tak perlu masak lama sangat.
lepas habis masak kami ada pulak pertandingan makan nasi ambang. tp grup kami tak harap menang pun. masuk pun sbb nak makan jer. hahaha..

pas pertandingan makan nasi ambang, so keputusan pun diumumkan. bila part sesi kami jer, hati dah berdebar-debar. tempat ke tiga otai, tempat ke 2 pun sama otai gak. sampai aku keluar statement kita amik saguhati jer la ni kak.. muka kami dah monyok giler. sedih la pulak sbb macam tak de harapan..(dalam hati still mengharap gak huhuhu.. ) tak sedap sangat ke apa yang kitorang masak td. macam-macam perasaan ada..
bila pengumuman dibuat, kumpulan kami dapat no. 1, terus rasa excited. menjerit kitorang jangan dikenang. seronok sangat. rasa penat tp berbaloi-baloi..and rasa cam tak caya yang kitorang boleh kalahkan otai-otai MDKL. hahaha.. dapat la kami hadiah sebuah kuali ikea.. jadila boleh wat masak ayam kicap raya nanti..hahaha
No comments:
Post a Comment