Setelah menempuh 6 jam perjalanan, akhirnya sampailah ke destinasi yang dituju.. kami bertolak jam 10 pagi n sampai kat Impiana resort ni dalam kul 5 ptg. perjalanan jadi lambat sebab hujan lebat sangat.. masa kat KL cuaca elok, langit cerah.. bila dah masuk Pahang, ku sangkakan langit cerah sampai ke petang rupanya hujan di tengah hari.. hehehe.. hujan lebat sampai nampak macam nak banjir. air penuh kat jalan..takut gak kalau2 keta tersangkut kat dalam air.hehehe.. hujan lebat giler. tak ada tanda2 pn nak berenti . klu camni memanglah boleh banjir. first time gaklah kami menyaksikan musim tengkujuh kat Pantai Timur.. :p


Sampai kat Cherating, hujan lagi lah lebat, parit2 semua penuh.. aisehhh.. jangan banjir dah ler... huhuhu... dah lah hujan, perut bukan main lagi menyanyi, adoiyaiii.. laparrrr... berenti kat tepi jalan beli kopok lekor goreng sudah.. yang kelakarnyer, memasing lapar dapat kopok lekor panas-panas, makan siap berebut-rebut lagi..muahahaha.. bukan tak nak berenti makan, hujan lebat sangat, nak berenti pun susah. terjenguk2 gak kat tepi jalan, banyak kedai2 best.. nasi kukus la, nasi daging la... huhuhu.. sedap2.. apakan daya, tak boleh nak berenti.. lapar makan kopok lekor jerla.
sampai kat Impiana Resort Cherating, en suami pun check-in hotel yg sangat best. sebab apa best?????? sebab freeee.. hihihihi... mau tak best makan minum tempat tidur sponsored by PKNS.. hahahaha.. cuma satulah yang tak best. hotel nyer tak friendly customer.. tak ader lif .. bayangkan bawak beg berat2 naik tangga sampai tingkat 3.. nasib la bukan kitorang yang angkat. bellboy la yang angkat kan.. ngeh2..



Aktiviti family day ditangguhkan petang tu, sebab hujan tak berenti, tak boleh buat aktiviti luar, so, ptg tu acara bebas.. tido and lepak2 jer kat bilik.. penat dalam kereta pun tak hilang lagi.
Dinner time kul 8.00 mlm, lauk pauk memang best, tip top punyer.. tp apakan daya dok berperang ngan aleesha yang tak reti duduk diam.. berlari satu dewan. nampak budak tak kira sebaya dia ker, yang lagi tua ke, yang lagi kecik ker, semua nak diterkam.. aisehhhh.. agaknyer dia rasa dia tu besar kot... :p



* bersambung di part 2*
No comments:
Post a Comment