Monday, July 18, 2011

kopak wet ayah!!!

seharian hari sabtu kami duduk rumah bak kata home sweet home lah. ekekeke...memang tido jer la kejenyer.. dapat peluang tido memang menyeronokkan :) kami keluar pi makan pun dah petang. saja jalan pi econsave cari barang sikit, pastu g Megah sebuah pasaraya terkemuka kat Banting (terkemuka???konpius jap..ekekeke) boleh la kan bagi gelaran tu sbb kat banting ni tu jela pasaraya yang selalu orang terjah. tak terkecuali kitorang. asal nak beli barang baby aku mseti g situ sbb pilihan banyak skit lah dr econsave..

nak dijadikan cerita, tengah syok membelek barang baby, alia macam biasa la window kat tempat mainan. aku ingat tak der la nak mengepau apa-apa. tetiba dia tunjuk kat kitorang baby doll dalam kotak pink. argh.... dah jumpa pulak, aku ingat tak dela spesis mainan macam tu kat sini. alamat memang kena beli lah ni..huhuhu.. puas aku pujuk supaya tak nak beli. bagi alasan tak de duit lah. tunggu ayah gaji lah.. macam- macam tp tak jalan der..

aku tanya mana duitnyer nak beli anak patung? dia cakap duit ibulah..!!! aku jawab balik "ibu mana ada duit, alia ada duit ke?? dia jawab, duit alia ada kat ibulah!! hahahaha,,, bijak bijak.. puas dah bagi alasan tapi lagi dia cakap nak adalah. ayah dah geleng kepala.. kehkehkeh,.. nak tak nak kena beli kalau tak dia tak nak balik. adusss..

alia ni benda lain dia tak heran, tp kalau baby doll, memang tak boleh nak elak. kalau jumpa mesti nak beli. ada yang lama dia kata tu bg kat adik. pandai!!! dia dapat yang baru lagi boleh bunyi-bunyi yang lama bg kat adik.. alahai..dah banyak permintaan anak aku sorang ni.. dulu kecik-kecik tak pandai mintak apa2, kalau mintak pun masih boleh ditipu..kehkehkeh.. nampaknyer pas ni dah tak boleh.. nasibla adik tak pandai pape lagi.. kalau tak nak kena belikan dua lagila kopak wet ayah..hehehe...nak tak nak ayah kena bayo lah..ahahaha..kopak wet ayah walaupun RM29.90 jer. wet tu kalau makan KFC lg kenyang.. hehehe..

alia ngan baby doll nyer yang baru

ceria jer muka

aleesha dengan babu doll kakak..sian adik selalu dapat saki baki kakak ..huhuhu


aleesha suka korek biji mata baby doll.. kecik lagi dah pandai main baby doll..

pas beli baby doll tu, kami pi makan kat Pak Me, sebuah gerai makan yang agak glemer kat Banting ni.. :) gerai ni tak ada kena mengena dengan restoran pakli kopitiam yek..ngehngehngeh... puas la dia tayang kat bebudak lain yang tengah makan kat gerai tu.. apa lagi kembang kempis la idung nyer bila dia dikerumuni ngan bebudak yang suka baby doll macam dia.. tp dia ni jenis tak kedekut bila budak lain nak pegang ke apa, dia bagi jer..

kesimpulan nyer punyer seronok alia dapat baby doll baru, tido pun peluk baby doll nyer.. alahai anak ibu,, harapnyer biar lah dia jadi seorang yang penyayang.. amin

Monday, July 4, 2011

Takziah



Takziah kepada kawan 1 ofis iaitu Masridah dan Salwa yang baru je kehilangan bayi masing-masing. Kedua-dua meninggal selepas dilahirkan. Sesungguhnya berita itu sangat menyedihkan. namun apalah daya kita untuk menolak takdir Allah. berat mata memandang berat lagi mereka yang mengalaminya. ku harapkan mereka berdua kuat semangat. Bukan semua orang sanggup hadapi dugaan seperti itu. sesungguhnya itulah ujian dan dugaan Allah buat hambanya yang terpilih.

aku teringat bait - bait tulisan seorang blogger..tp aku tak ingat namanyer.. baca dia punyer blog memang boleh menangis. sbb dia telah kehilangan suaminya di saat anak-anak masih kecil. paling kecil usia anaknya setahun.huhuhu.. memang aku menangis bila baca blog dia. membuatkan aku tersedar sendiri, kebahagiaan yang diberikan selama ini hanyalah sementara. bila-bila masa je boleh ditarik balik. Ya Allah jadikan aku hambamu yang menghargai setiap kebahagiaan yang dianugerahkan untuk ku..amin..

"angkuhnya kita bila hati seolah-olah tak meredhai pemergian orang yang kita sayang. sedangkan mereka hanyalah pinjaman dari Allah semata-mata"

Semoga mereka tabah...

Thursday, June 30, 2011

Pertandingan Memasak Tertutup MDKL 2011

28.06.2011 (Selasa) - MDKL adakan pertandingan Memasak Tertutup MDKL 2011 bertempat di perkarangan tempat letak kereta MDKL. jangan tak tau aku pun mencuba nasib dalam pertandingan tu. hahaha. aku, kak nini, kak azilawati n wan putra wakil kumpulan rumah sukan kasawari masuk acara kategori Masak Ayam Kicap ngan Sayur Kangkung goreng belacan. chef yang mengadili kami pun bukan calang-calang. chef dari hotel impian morib lagi tuuuu... (boleh menang ker?)

nak dijadikan cerita, dah la aku cuti hari isnin, Kak nini M.c pulak, hah!! menggigil kak azielawati takut kitorang tak datang masa pertandingan. tp mana boleh kalah sebelum pertandingan kan. kitorang mesti datang. hari selasa pagi baru nak bincang, beli barang.. hamik kau!! ntah apa gayanyer nanti tak taula.. buat persiapan kat rumah kak nini. pukul 2.00 ptg balik semula ke ofis, lagi la menggigil. maklumlah yang masuk semua otai-otai belaka..mau tak ketaq kepala lutut..hahahaha...

sampai turn kitorang punyer sesi, kitorang dah bincang bahagikan tugas siap2. kak azielawati and wan putra buat hiasan. aku n kak nini masak. kami masak ayam kicap tu lain macam sikit sbb ayam tu kami dah perap daripada pagi, pastu ada "bahan rahsia", kangkung pulak kami letak sotong sebagai penyedap rasa. :)

time pertandingan tu, dah tak pk apa dah, masak jer la.. belasah.. waktu yang diberikan 30 minit jer. so far ok. tak kelam kabut. lagipun ayam dah perap tak perlu masak lama sangat.


chef - chef terbaekkkk...maklumlah dah mengalahkan otai-otai belaka..kekekeke...

lepas habis masak kami ada pulak pertandingan makan nasi ambang. tp grup kami tak harap menang pun. masuk pun sbb nak makan jer. hahaha..

pose sebelum pertandingan dimulakan... control cun..maklumlah dah tau mesti kitorang yang paling lambat..kan bersopan santun gituuu...awww...ngehngehngeh

pas pertandingan makan nasi ambang, so keputusan pun diumumkan. bila part sesi kami jer, hati dah berdebar-debar. tempat ke tiga otai, tempat ke 2 pun sama otai gak. sampai aku keluar statement kita amik saguhati jer la ni kak.. muka kami dah monyok giler. sedih la pulak sbb macam tak de harapan..(dalam hati still mengharap gak huhuhu.. ) tak sedap sangat ke apa yang kitorang masak td. macam-macam perasaan ada..

bergambar bersama juadah yang membawa tuah kepada kami...hahaha....

bila pengumuman dibuat, kumpulan kami dapat no. 1, terus rasa excited. menjerit kitorang jangan dikenang. seronok sangat. rasa penat tp berbaloi-baloi..and rasa cam tak caya yang kitorang boleh kalahkan otai-otai MDKL. hahaha.. dapat la kami hadiah sebuah kuali ikea.. jadila boleh wat masak ayam kicap raya nanti..hahaha


gaya seorang pemenang..eheheh..

apepun sangat best okeh!!! tido malam pun senyum jer sebab suka sangat walaupun penat tp berbaloi-baloi..hihihi...apa taknyer semua otai-otai kalah nampaknyer hebatlah kami ekekeke...

Hari Ketiga : nk Balik dah...

Hari ketiga, hari untuk pulang..aishhh..nak balik dah, rasa tak puas la pulak... last minute pi jalan jugak, cari durian ( misi durian terakhir) and nasi kandar yang tak tertunai lagi.. hahaha...pusing punya pusing, cari punya cari akhirnya jumpa juga.. dia stall kecik jer kat tepi jalan jer.. nasi kandar tu memang sedap. patutla glemer, aku pun makan dengan lahap nyer.. walaupun dah agak kenyang sebab dah makan durian tp aku still blh makan lg. sbb sedap kan. en suami pun nampaknya makan dengan lahapnyer.. bila dah siap makan aku nak basuh tangan, cuci kat tepi longkang ajer, tengah cuci tangan tu, tetiba ternampak lak aku tikus besar giller kat dalam longkang.. mak aihhhh... nasib aku dah habis makan, kalau belum aku mesti dah ajak abg balik.. huhuhu.. dalam hati aku cakap padan la sedap..hahaha.. bila masuk ke kereta terus aku cakap ngan en. suami.

" yang, kalau sakit perut tanggung sendiri yek.."
encik suami kebingungan..
pastu dia tanya kenapa???
ayang nampak tikus besar giler kat dalam longkang..
kitorang ketawa, n buat muka geli (tp dah makan kan, redha jer la..hihihi)
en suami kata, sekali jerla makan kat tempat-tempat macam tu, lepas ni kalau nak makan nasi kandar kita makan kat restoren jer lah. hahahaha

moralnya jangan nak mengader makan kat tempat kotor cam tu,, eeee.. yerk!!!!

so, berakhirlah perjalanan kami di penang..
nak balik kami tak lalu jambatan, kami naik feri..
wah.. best nyer.. ni pun mengembalikan kenangan aku dulu kecik-kecik..hahaha..

dengan machonyer En BLB park atas feri

alia n ayah

ibu n aleesha, rambut dah kembang kena tiup angin. hahaha

best..best ..best

Sayonara penang island, ada masa nanti kami datang lagi... :)

Wednesday, June 29, 2011

Hari Kedua (Part 2) : Ronda-Ronda Town la pulak..

lepas je pi bukit bendera, kami pusing-pusing town la pulak.. pusing punya pusing sampai padang kota lama. berenti tanya kat brother jual air tepi jalan mana nak cari nasi kandar yang sedap. dia pun bagi tau kat tepi jalan namanya nasi kandar imigresen. kami pun cuba cari tp tak jumpa pun..huhuu.. oleh kerana perut dah kebulur, berenti la makan kat gerai majlis MBPP. kat situ makan Pasembor.. abg amik udang besar 2 ekor ngan fish ball.. makan punyer makan nak bayar terkujat kejap kitorang sebab mamak tu cakap RM22.00.. habis nak tersembor kitorang.. maklumlah lepas makan pasembor kena bayar mahal nak tersembor la pulak.. hahaha..

Pas makan pasembor yang nak tersembor tu, kitorang berhajat nak g cari tempat jual jeruk buah la pulak.. pusing punya pusing tak jumpa pulak.. aishh... sabar jer la..member cakap kat belakang komtar.. rasanya dah dekat 10 kali pusing situ tak jumpa pun.. lastly kitorang parking kat parkson, berjalan cari tempat tuh.. tak jumpa jugak.. lastly tanya kat apek mana tempat jual jeruk banyak-banyak.. dia cakap kat jalan penang, namanya "pasar chowrasta" kitorang pun dengan confidentnyer mengangguk tanda faham.. kitorang keluar dari bangunan tu, pusing lagi cari tempat tuh.. alahai tak jumpa lagi.. mana la tempatnya, susah betul maklumlah baru first time g kan.. yang kelakarnya tengah cari tu, bila nk ingat balik nama tempat tu, dah tak ingat pulak.. yang aku ingat "cheras". en. suami cakap ada gak cheras kat penang ni.. hihi..bila tak jumpa n dah boring pusing tempat yang sama, aku cakap ngan en. suami cuba kita turn kiri pula, dah turn kanan tak jumpa kan..abg pun turn lah kiri.. nah!!! baru jumpa.. sekali bukan cheras la.. "PASAR CHOWRASTA".. Punyer susah nak jumpa..

perghh!!! punyer susah nak cari..

puas memborong jeruk, kami pi balik pulau pulak.. tujuan apalagi cari durian laaa!!! hihihi... punyer la jauh rupanya balik pulau tu.. dah macam kat cameron la pulak sbb turun naik bukit, jalan pun boleh tahan pusing-pusing. tengah jalan tu tetiba mata aku ternampak gegantung tepi jalan ada iklan pasal PESTA MAKAN DURIAN.. waaa!!! kat mana tu gamaknyer yer.. hati dah excited.. kami teruskan perjalanan tetiba sampai satu kawasan tu banyak kereta. nampak pulak banner pesta makan durian tu.. apalagi suka la masing-masing.. memang best banyak sangat durian nyer.. apalagi melantak durian lagi.. hahahaha!!

suka nyer alia dapat makan durian

nyum..nyum..nyum..

pas makan kat pesta makan durian , kitorang teruskan perjalanan lagi.. jumpalah satu kawasan tempat perkelahan. kat situ pun ada jual durian, en. suami survey lagi. n dia beli lagi durian kat situ, aku dah surrender. dah tak larat der...sendawa pun bau durian..huhuhu...aku just rasa jer..alia pun dah tak excited cam mula-mula dapat durian..tp dia makan jugak..memang dia hantu durian lah..hehehe


Pas makan snap picture kat tepi-tepi bukit tu.. cantik sangat.. nk nyer pulak pokok-pokok durian tengah berbuah.. buah durian bergayut gayutan.. hahaha..!!

pose kat tepi "gunung" (gunung la sangat..)


Tuesday, June 28, 2011

Hari Kedua (Part 1) : Misi Naik Bukit Bendera

Hari kedua kami jelajah bukit bendera. tempat ni mengembalikan kenangan aku masa kecik-kecik dulu masa umur 4 tahun. hahaha.. masih ingat lagi cebisan-cebisan kenangan dulu-dulu naik bukit bendera.

ni la dia BUKIT BENDERA @ PENANG HILL.

Walaupun kena parking jauh, tp kami sanggup redah. semata-mata nk naik bukit bendera. hahahaha... sangat excited okeh!!! nak beli tiket pun beratur panjang. tp kami tak kesahhh!! janji dapat naik. :)

Aleesha sampai garu kepala menunggu turn beli tiket..

Walaupun lama nak menunggu turn beli tiket, nak tunggu train pun agak lama gak. tp bile dah sampai atas.. waaaa!!! sangat teruja okeh!!! sangat best.. pemandangan yang sangat cantik..

cantik sangat...

ibu, alia and aleesha


alahai.. aleesha sampai garu kepala, penat la tu

aleesha bergambar dengan meriam lagiii...

ada jer port baek punyer nak amik gambo, mula la nk interprem

kenangan kami sekeluarga


comel nyer anak ibu ni..

nila keretapi bukit bendera yang baru..

Selesa tp rasa macam naik bas pulak sbb dia kena berdiri, ruang tempat duduk tak banyak pastu satu-satu masa dia bawak ramai around 70 orang.. memang dah macam naik bas.. hahahaha....


Hari Pertama : Misi Mencari Durian

sampai je pulau, terus kami cari durian. memang banyak..tengah musim la katakan.. untung gak pegi time ni.. misi pertama cari kat teluk bahang. ada apek jual katanya durian Balik Pulau. mmg sedap..nyum..nyum.. nak nyer pulak kami ni ni memang suka makan durian. kalau tengok alia makan durian pun terkejut. kalah aku dulu kecik2 aku tak suka, dah tua ni baru suka.. hehehe..

en. suami n alia tengah layan durian baek punyer..

hmmm...sedap banget seh..

alia minum "air ubat "

Balik daripada makan durian, kami pi makan char kue teow. makan kat gerai tepi jalan.. susahnyer nak cari kedai makan melayu. ada pun banyak kat tepi-tepi jalan @ tepi longkang.. huhuhu... dah la tak sedap..mungkin belum jumpa kedai yang betul2 sedap. kot. sedap lagi char kue teow banting..ha!ha!ha! Balik bilik, rehat sekejap n keluar semula dalam pukul 9.00 malam. kami jalan kat night market batu feringhi.memang best tapi penat nyer jangan dikenang. pasar nyer panjang giler sampai penat and lenguh kaki. lastly, dah tak larat ajak en. suami balik.. lagipun badan dah penat setelah menempuh perjalanan jauh. tak pe, esok masih ada.. :)