Wednesday, December 14, 2011

Family Day PKNS 2011 @ Impiana Resort Cherating -Day 2


*Cerita part 2 *


hari ke 2 ada aktiviti luar kat padang..
walaupun cuaca hari kedua ni agak
mendung, matahari pun segan nak keluar..
langit tak cerah langsung..
angin and ombak tak payah cakaplah. punyerla kuat.
dapat buat aktiviti setengah hari jer, pastu hujannnn sudaaaa...
alia dapat layan kolam pun kejap jer.. kesian..



alia dah berdikari, takder ibu and ayah pun takper.
dia duduk jer kat tepi tu..
kesian.. dah macam anak terbiar jer gamaknyer... hihihi



cuma yang aku peningkan budak kecik sorang ni...
aisehhh.. tak reti bahasa lagi kan... hahahaha





berjalan ntah kemana-mana menonong jerrr...
tag line aleesha " ada aku kesahhhh"





rambut terbang kena tiup angin yang kuat..

en. suami sampaikan hadiah kat bebudak yang menang

alia yang amik gambo, blurrrr... hahahaha...

en. suami saya la niiii...ngeee...

dapat kopok senyap..

en. suami tengah tunggu nak start game

game lari dalam guni... tengoklah alia tu..
kat mana ayahnyer ada sure dia ada..

yeay!!! menang..

acara aku lak..
ada gak alia kat belakang tu...


acara baling belon air..

alia kat umah mini..


ombak sangat kuat..



rehat lepas game...

alia mintak mandi kolam buat kali kedua. first dah g ngan en suami,
tengah hari mintak lagi mandi kolam.. kali ni aku yang temankan..


alia senang berkawan. tu sebab aku tak risau sangat..


punyer suka la dapat mandi kolam. tp yang kelakarnyer alia siap tanya,
" ibu, kat kolam hotel ada sotong tak????"
setiap kali g mana2 hotel mesti dia tanya soalan yang sama..
dia still ingat kolam sotong kat Tiara Beach Resort..
entah bila la nak bawak dia lagi.. seronok sebab dia enjoy sangat kat situ..

esoklah bila dah lepas ibu habis exam ye sayang....






*bersambung di part 3*

Saturday, December 10, 2011

Family Day PKNS 2011 @ Impiana Resort Cherating -Day 1

Setelah menempuh 6 jam perjalanan, akhirnya sampailah ke destinasi yang dituju.. kami bertolak jam 10 pagi n sampai kat Impiana resort ni dalam kul 5 ptg. perjalanan jadi lambat sebab hujan lebat sangat.. masa kat KL cuaca elok, langit cerah.. bila dah masuk Pahang, ku sangkakan langit cerah sampai ke petang rupanya hujan di tengah hari.. hehehe.. hujan lebat sampai nampak macam nak banjir. air penuh kat jalan..takut gak kalau2 keta tersangkut kat dalam air.hehehe.. hujan lebat giler. tak ada tanda2 pn nak berenti . klu camni memanglah boleh banjir. first time gaklah kami menyaksikan musim tengkujuh kat Pantai Timur.. :p

cuaca elok jer masa kat KL

wah.. ramai gak yang menuju ke Pantai Timur, time ni kat Tol Gombak. for surela ramai sebab cuti sekolah kan, ramai lak yang nak balik kampung.. hehehe


time ni kat MTD Prime highway, masuk jer Pahang, hujannn sudaaa... lebat pulak tuh.. hujan sampai tak nampak jalan..


Sampai kat Cherating, hujan lagi lah lebat, parit2 semua penuh.. aisehhh.. jangan banjir dah ler... huhuhu... dah lah hujan, perut bukan main lagi menyanyi, adoiyaiii.. laparrrr... berenti kat tepi jalan beli kopok lekor goreng sudah.. yang kelakarnyer, memasing lapar dapat kopok lekor panas-panas, makan siap berebut-rebut lagi..muahahaha.. bukan tak nak berenti makan, hujan lebat sangat, nak berenti pun susah. terjenguk2 gak kat tepi jalan, banyak kedai2 best.. nasi kukus la, nasi daging la... huhuhu.. sedap2.. apakan daya, tak boleh nak berenti.. lapar makan kopok lekor jerla.

sampai kat Impiana Resort Cherating, en suami pun check-in hotel yg sangat best. sebab apa best?????? sebab freeee.. hihihihi... mau tak best makan minum tempat tidur sponsored by PKNS.. hahahaha.. cuma satulah yang tak best. hotel nyer tak friendly customer.. tak ader lif .. bayangkan bawak beg berat2 naik tangga sampai tingkat 3.. nasib la bukan kitorang yang angkat. bellboy la yang angkat kan.. ngeh2..


nila bilik kitorang.. dapat katil king size.. sangat selesa...


tempat lepak2 kami sekeluarga kalau tak de aktiviti.. tempat layan internet. menikmati pemandangan pantai cherating..

gambo sabun ni diambil sebab nampak cantik.. << ke aku sorang yang cakap cantik>>> ngeh3...

ni la dia budak yang tetiba dapat kejutan budaya... terlampau teruja agaknyer.. ibu pun teruja nak mencubit ajer rasanyer :p

Aktiviti family day ditangguhkan petang tu, s
ebab hujan tak berenti, tak boleh buat aktiviti luar, so, ptg tu acara bebas.. tido and lepak2 jer kat bilik.. penat dalam kereta pun tak hilang lagi.

Dinner time kul 8.00 mlm, lauk pauk memang best, tip top punyer.. tp apakan daya dok berperang ngan aleesha yang tak reti duduk diam.. berlari satu dewan. nampak budak tak kira sebaya dia ker, yang lagi tua ke, yang lagi kecik ker, semua nak diterkam.. aisehhhh.. agaknyer dia rasa dia tu besar kot... :p

budak yang aleesha peluk ni nama nyer Qaleesya.. lagi besar dari aleesha tp tak boleh berjumpa langsung. mula2 peluk2, cium2, lama2 terkam sudah... ganas betul anak aku.. huhuhu... dah ramai yang jadi mangsa.. aleesha oh aleesha cam ni rupanya cara aleesha nak tunjukkan 'kasih sayang' yerrr... kecut perut ibu dibuatnyer...


yang ni pulak acara memanjat tangga, tau2 jer dah sampai kat atas... kecut perut aku mengejarnyer... kalau jatuh hospital la jawabnyer dik oiii...


VIP belum rasmi lagi stage tu, dapat kat aleesha siap berjoget kat atas pentas, en suami geleng kepala <<< anak siapa la niiii>>>


memang mencabar betul budak kecik sorang ni.. dah lah dok kat meja VIP tp huru hara nyer.. hanya tuhan jer yang tahu.. sudahnyer aku naik bilik sudah.. penat melayan si aleesha and tak larat nak kejar dia.. balik bilik aku tidokan dia baru aman dunia aku..ngan aku sekali belayar kepenatan.. muahhahahaha...


* bersambung di part 2*





Friday, December 9, 2011

yeay! yeay!


seronoknyer hari ini dah hari jumaat. esok cuti!! and minggu ni ada cuti tambahan untuk Negeri Selangor sebab hari keputeraan Sultan Selangor jatuh pada hari ahad... Daulat Tuanku!! :)

so apa plan untuk minggu ni??? mesti macam-macam perancangan kan. dan untuk kami sekeluarga.. minggu ni kami akan bertolak ke Cherating, Pahang. menghadiri hari keluarga jabatan en. suami (PKNS). kami akan berada disana sampailah hari isnin. hopefully, cuaca okehla, risau gak travel time2 hujan gini..


so, agenda malam ni nak packing baju, nak lipat kain, nak kemas rumah.. so, bila balik jer hari isnin nanti takderla serabut sangat mata memandang :)











Wednesday, December 7, 2011

misi mencari durian edisi Pasir Salak


misi mencari durian kami kali ni pada 26.11.2011-27.11.2011 :p bertempat di kg Pasir Salak, Perak. bila dapat tau dari informer cecepat plan tempah hotel. kalau dah namanya hantu durian kan, jauh macam mana pun sanggup pegi.. huhuhu.. tp sangat-sangat berbaloi.. duriannyer sedap sehingga menjilat jari.. semuanya sedap mengikut citarasa aku.. muahahahaha...

mula plan nak makan jer kat sana, tak nak bawak balik, tp bila dah rasa and menikmati durian yang sangat sedap teringin juge nak bawak balik. alang-alang bawak balik sebiji pun dah bau macam sebakul. baik kitorang bawak balik sebakul kan... kui..kui..kui.. tapi menahan la bau yang sangat enak tu sepanjang perjalanan 4 jam.. nasiblaaa en. BLB ada function keluarkan bau -bauan dari dalam kereta.. so takder la muntah hijau aku dibuatnyer.. hihihi...

sebenarnya yang beriya-iya nak pi makan durian ni en. suami aku lah.. dia memang hantu durian. kalau aku tahap kesukaan aku biasa jer..t akdela sampai nak dikategorikan sebagai hantu durian.. ngeeee... lagi seronok alia pun memang suka durian.. memang berbiji2 dia makan, seronok kalau tengok dia makan berlawan-lawan ngan ayah dia.. lepas sebiji, sebiji lagi.. bila tanya sedap ajer. tak der yang tak sedap..hehehehe..


aleesya ngan gaya serabainyerr...



muka budak nakal...



replika buah durian.. tandanya kawasan ni memang tempat durian..:)


kalau alia memang suka interframe...


ermmmm.. sedapnyer..


nyumnyumnyum... sedap ibuuuu...


banyaknyer durian...




time kami makan aleesha tengok jer. bila suap tak nak pulak.. nampak gayanya macam tak suka.



gaya drebar tak bertauliah..


lepak kat jeti lumut..


peace...






ayah n alia and aleesha..


kami balik keesokan harinya. sebelum balik kami g tempat yang makan durian semalam tu sebab encik suami dah order RM50.00 durian nak bawak balik..

ondaway balik tu singgah kat tepi sawah.. saja bergambar. . sawah tengah menghijau, kalau menguning mesti lagi santekkkk...



ni model tak bertauliah... :)







time ni ruam aleesha naik.. tu sebab merah sana merah sini.. lupa nak bawak ubat.. budak kecik ni bukan boleh kat tempat panas sket mula la beruam..huhuhu..





aku pun nak jugak interprem.. berlatarbelakangkan sawah padi.. ngeee..





pas melawat sawah padi :p kami balik n singgah pulak kat sungai besar.. first time jejak kaki kat sg besar ni., saja menyopingkan diri dengan tudung alia n tudung aku dapatlah 2,3 pasang.. memang murah2.. hehehe..

sepanjang perjalanan hujan lebat giller.. singgah makan kat restoran mee udang banjir kat kuala selangor.. selalu tengok member post gambar kat fb teringin gak dah alang-alang sampai kan.. bila makan tu rasanya biasa jer. udang pun tak banyak 4 ekor jer dalam satu mangku. sedap n lagi banyak udang masa kami makan kat kuala sepetang , perak dulu.. satu pinggan ada 12 ekor.. hamek kau.. penuh udang dari mee.. hehehe..