Saturday, December 10, 2011

Family Day PKNS 2011 @ Impiana Resort Cherating -Day 1

Setelah menempuh 6 jam perjalanan, akhirnya sampailah ke destinasi yang dituju.. kami bertolak jam 10 pagi n sampai kat Impiana resort ni dalam kul 5 ptg. perjalanan jadi lambat sebab hujan lebat sangat.. masa kat KL cuaca elok, langit cerah.. bila dah masuk Pahang, ku sangkakan langit cerah sampai ke petang rupanya hujan di tengah hari.. hehehe.. hujan lebat sampai nampak macam nak banjir. air penuh kat jalan..takut gak kalau2 keta tersangkut kat dalam air.hehehe.. hujan lebat giler. tak ada tanda2 pn nak berenti . klu camni memanglah boleh banjir. first time gaklah kami menyaksikan musim tengkujuh kat Pantai Timur.. :p

cuaca elok jer masa kat KL

wah.. ramai gak yang menuju ke Pantai Timur, time ni kat Tol Gombak. for surela ramai sebab cuti sekolah kan, ramai lak yang nak balik kampung.. hehehe


time ni kat MTD Prime highway, masuk jer Pahang, hujannn sudaaa... lebat pulak tuh.. hujan sampai tak nampak jalan..


Sampai kat Cherating, hujan lagi lah lebat, parit2 semua penuh.. aisehhh.. jangan banjir dah ler... huhuhu... dah lah hujan, perut bukan main lagi menyanyi, adoiyaiii.. laparrrr... berenti kat tepi jalan beli kopok lekor goreng sudah.. yang kelakarnyer, memasing lapar dapat kopok lekor panas-panas, makan siap berebut-rebut lagi..muahahaha.. bukan tak nak berenti makan, hujan lebat sangat, nak berenti pun susah. terjenguk2 gak kat tepi jalan, banyak kedai2 best.. nasi kukus la, nasi daging la... huhuhu.. sedap2.. apakan daya, tak boleh nak berenti.. lapar makan kopok lekor jerla.

sampai kat Impiana Resort Cherating, en suami pun check-in hotel yg sangat best. sebab apa best?????? sebab freeee.. hihihihi... mau tak best makan minum tempat tidur sponsored by PKNS.. hahahaha.. cuma satulah yang tak best. hotel nyer tak friendly customer.. tak ader lif .. bayangkan bawak beg berat2 naik tangga sampai tingkat 3.. nasib la bukan kitorang yang angkat. bellboy la yang angkat kan.. ngeh2..


nila bilik kitorang.. dapat katil king size.. sangat selesa...


tempat lepak2 kami sekeluarga kalau tak de aktiviti.. tempat layan internet. menikmati pemandangan pantai cherating..

gambo sabun ni diambil sebab nampak cantik.. << ke aku sorang yang cakap cantik>>> ngeh3...

ni la dia budak yang tetiba dapat kejutan budaya... terlampau teruja agaknyer.. ibu pun teruja nak mencubit ajer rasanyer :p

Aktiviti family day ditangguhkan petang tu, s
ebab hujan tak berenti, tak boleh buat aktiviti luar, so, ptg tu acara bebas.. tido and lepak2 jer kat bilik.. penat dalam kereta pun tak hilang lagi.

Dinner time kul 8.00 mlm, lauk pauk memang best, tip top punyer.. tp apakan daya dok berperang ngan aleesha yang tak reti duduk diam.. berlari satu dewan. nampak budak tak kira sebaya dia ker, yang lagi tua ke, yang lagi kecik ker, semua nak diterkam.. aisehhhh.. agaknyer dia rasa dia tu besar kot... :p

budak yang aleesha peluk ni nama nyer Qaleesya.. lagi besar dari aleesha tp tak boleh berjumpa langsung. mula2 peluk2, cium2, lama2 terkam sudah... ganas betul anak aku.. huhuhu... dah ramai yang jadi mangsa.. aleesha oh aleesha cam ni rupanya cara aleesha nak tunjukkan 'kasih sayang' yerrr... kecut perut ibu dibuatnyer...


yang ni pulak acara memanjat tangga, tau2 jer dah sampai kat atas... kecut perut aku mengejarnyer... kalau jatuh hospital la jawabnyer dik oiii...


VIP belum rasmi lagi stage tu, dapat kat aleesha siap berjoget kat atas pentas, en suami geleng kepala <<< anak siapa la niiii>>>


memang mencabar betul budak kecik sorang ni.. dah lah dok kat meja VIP tp huru hara nyer.. hanya tuhan jer yang tahu.. sudahnyer aku naik bilik sudah.. penat melayan si aleesha and tak larat nak kejar dia.. balik bilik aku tidokan dia baru aman dunia aku..ngan aku sekali belayar kepenatan.. muahhahahaha...


* bersambung di part 2*





Friday, December 9, 2011

yeay! yeay!


seronoknyer hari ini dah hari jumaat. esok cuti!! and minggu ni ada cuti tambahan untuk Negeri Selangor sebab hari keputeraan Sultan Selangor jatuh pada hari ahad... Daulat Tuanku!! :)

so apa plan untuk minggu ni??? mesti macam-macam perancangan kan. dan untuk kami sekeluarga.. minggu ni kami akan bertolak ke Cherating, Pahang. menghadiri hari keluarga jabatan en. suami (PKNS). kami akan berada disana sampailah hari isnin. hopefully, cuaca okehla, risau gak travel time2 hujan gini..


so, agenda malam ni nak packing baju, nak lipat kain, nak kemas rumah.. so, bila balik jer hari isnin nanti takderla serabut sangat mata memandang :)











Wednesday, December 7, 2011

misi mencari durian edisi Pasir Salak


misi mencari durian kami kali ni pada 26.11.2011-27.11.2011 :p bertempat di kg Pasir Salak, Perak. bila dapat tau dari informer cecepat plan tempah hotel. kalau dah namanya hantu durian kan, jauh macam mana pun sanggup pegi.. huhuhu.. tp sangat-sangat berbaloi.. duriannyer sedap sehingga menjilat jari.. semuanya sedap mengikut citarasa aku.. muahahahaha...

mula plan nak makan jer kat sana, tak nak bawak balik, tp bila dah rasa and menikmati durian yang sangat sedap teringin juge nak bawak balik. alang-alang bawak balik sebiji pun dah bau macam sebakul. baik kitorang bawak balik sebakul kan... kui..kui..kui.. tapi menahan la bau yang sangat enak tu sepanjang perjalanan 4 jam.. nasiblaaa en. BLB ada function keluarkan bau -bauan dari dalam kereta.. so takder la muntah hijau aku dibuatnyer.. hihihi...

sebenarnya yang beriya-iya nak pi makan durian ni en. suami aku lah.. dia memang hantu durian. kalau aku tahap kesukaan aku biasa jer..t akdela sampai nak dikategorikan sebagai hantu durian.. ngeeee... lagi seronok alia pun memang suka durian.. memang berbiji2 dia makan, seronok kalau tengok dia makan berlawan-lawan ngan ayah dia.. lepas sebiji, sebiji lagi.. bila tanya sedap ajer. tak der yang tak sedap..hehehehe..


aleesya ngan gaya serabainyerr...



muka budak nakal...



replika buah durian.. tandanya kawasan ni memang tempat durian..:)


kalau alia memang suka interframe...


ermmmm.. sedapnyer..


nyumnyumnyum... sedap ibuuuu...


banyaknyer durian...




time kami makan aleesha tengok jer. bila suap tak nak pulak.. nampak gayanya macam tak suka.



gaya drebar tak bertauliah..


lepak kat jeti lumut..


peace...






ayah n alia and aleesha..


kami balik keesokan harinya. sebelum balik kami g tempat yang makan durian semalam tu sebab encik suami dah order RM50.00 durian nak bawak balik..

ondaway balik tu singgah kat tepi sawah.. saja bergambar. . sawah tengah menghijau, kalau menguning mesti lagi santekkkk...



ni model tak bertauliah... :)







time ni ruam aleesha naik.. tu sebab merah sana merah sini.. lupa nak bawak ubat.. budak kecik ni bukan boleh kat tempat panas sket mula la beruam..huhuhu..





aku pun nak jugak interprem.. berlatarbelakangkan sawah padi.. ngeee..





pas melawat sawah padi :p kami balik n singgah pulak kat sungai besar.. first time jejak kaki kat sg besar ni., saja menyopingkan diri dengan tudung alia n tudung aku dapatlah 2,3 pasang.. memang murah2.. hehehe..

sepanjang perjalanan hujan lebat giller.. singgah makan kat restoran mee udang banjir kat kuala selangor.. selalu tengok member post gambar kat fb teringin gak dah alang-alang sampai kan.. bila makan tu rasanya biasa jer. udang pun tak banyak 4 ekor jer dalam satu mangku. sedap n lagi banyak udang masa kami makan kat kuala sepetang , perak dulu.. satu pinggan ada 12 ekor.. hamek kau.. penuh udang dari mee.. hehehe..









Thursday, November 24, 2011

surprise di hari jumaat


akhirnya sampai gak hari jumaat, penghulu segala hari.. seronoknya hari ni sebab... esok cuti!!! yeay!!! hehehehe.. dapatlah merehatkan segala otot -otot yang dah diguna pakai secara maksimum :p


pepagi bukak blog and rasa teruja sebab dah ada follower baru.. semalam bukak tak perasan, hari ni baru perasan.. hehe.. thanks to akak Anna Suzana sebab sudi menjadi follower blog saya yang sememangnya tak ada orang nak follow pun.. kihkihkih.. malu gak rasa. maklumlah kak anna kan nama besar dalam dunia blog memblog ni.. sy ni baru nak belajar. masih banyak lagi yang perlu di explore..

untuk kak anna suzana, hari-hari sy baca blog akak.. baca kisah-kisah akak sekeluarga.. apepun sy salute kat akak. rajin akak update entry baru untuk tatapan silent reader macam sy.. kalau sy, nak buat satu entry pun "bercinta.". waktu ada "feel" je baru nak update.. hehehehe... mesti orang kata " orang ada blog awak pun nak ada gak, tp "rajin" sangat nak update entry. tu yang ala-ala bersawang.. hehehe..

apapun blog bg sy adalah medium untuk meluahkan segala yang terlintas dalam kepala dan hati.. medium untuk menyimpan memori yang boleh dijadikan kenangan pada masa akan datang. sekiranya satu hari nanti sy takde di muka bumi ni bolehlah dijadikan pelepas rindu, terutamanya untuk anak-anak, keluarga, sahabat-sahabat dan semua yang mengenali diri ku ini... (eh..eh.. tetiba jadi emosi..) hehehe...

tapi yang membuatkan saya tabik spring kat kak anna sebab boleh uruskan semuanya sendiri tanpa bantuan sesiapa. memang tip top!!! kalau saya dengan rumah yang besar camtu, mau 2 orang bibik sy dah ambik..kikikiki... (berangan nak rumah besar cam akak, tp adakah sy ni serajin kak anna??jeng..jeng.. jeng.. soalan cepumas untuk saya..kui..kui..kui..tp kalau ada rezeki nanti nak amik idea macam rumah akak boleh tak??? hehehehe...)

oklah.. masa dah time.. nak balik umah jap sementara ofis tutup.. maklumlah hari jumaat ni rehat panjang sket dari 12.15-2.45 ptg .. cadang nak melipat kain yang dah ada satu bakul besar punyeeeeer tu!!! huhuhu...






Wednesday, November 23, 2011

citer test lepas



adoiii... lama giller tak update blog yang agak-agak dah bersawang ni.. gara-gara kesibukan yang melampaui batasan. sibuk dengan kerja ofis + kerja rumah + study lagi.. sebenarnya 2 minggu ni aku sibuk ngan mid term test yang entah hape-hape tuh... baca buku bukan main pulun. bila jawab test hamikkkkk kauuu... lagi-lagi test untuk subjek Law Of Meeting. mak aihhhh.... macam tak penah belajar je gamaknyer.. huhuhu... nak nyer pula tetiba je lecturer Pn May Sapura tu jadi serius. selalu bukan main gelak jer.. hari test tu pulak jadi serius.. memang kuat psiko lah puan ni..huhuhu... bertambah la kebluran kitorang. lastly, jawab jer la apa yang terlintas kat kepala otak ni.. betul ke salah ke belakang kira...

semalam lak test untuk subjek Organizational Behavior. mula2 rasa tak nak pi test.. takut punya pasal.. tp hati rasa berat jer.. ahhh.. pegi jerla.. kalau tak amik test ni bile lagi. akan datang lagi banyak asiment n presentation nak kena buat.. hadap jerla dengan jayanya.. (jaya????) huhuhuhu...

sampai kat kelas, tengok budak lain rileks jer.. aku tak taula rilek sebab habis study ke atau tak study langsung :p aku lak rileks jer. nak menanti saat-saat berpeluh2 menjawab..hahahaha...

dalam kul 7.30 en. zul pun masuk n dia dengan seriusnya berkata..

"sesiapa yang tak hadir untuk test tanpa sebarang alasan munasabah akan dapat 0"

huhuhu...patutla rasa berat hati je nak ponteng.. rupanya nila hikmahnya... kalau ikut hati mesti markah aku 0.. bila dapat soalan, baca fahamkan dan jawab. alhamdulillah soalan senang dan boleh aku jawab dengan jayanya.. alhamdulillah.. berkat tak tido satu malam.. dah lah aleesha kejap-kejap bangun... memang mencabar betul...

dan akhirnya malam tadi dapatlah tido ngan lenanya sampai pagi. sedar2 dah pukul 6.30.. bangun pagi dengan penuh semangat... cehhh.... mau tak semangat sebab hari ni adalah hari gaji...semangat nak jumpa encik "kawanku" yeay!!!!! :) alhamdulillah....

Tuesday, October 18, 2011

potluck party

haaaa..... idea sapa lak ni nak wat potluck party... ???? pepagi aku dah diterjah suruh bawak kuih.. siap ada cheklist lagi.. hahahaha.. gud idea!!! i likeeee!!! best gak kan,, sesekali memeriahkan aktiviti Jabatan Perkhidmatan Bandar & Persekitaran.. tp yang tak tahan tu, bab hezry air kosong jekkkkkk.... aishhhhh.. ini tidak adil... !!! kikiki... pandaila ko hezry.. takat bawak air kosong akaakkkkkk pun buleh.. huehuehue...


Sunday, October 16, 2011

Tragedi @ Mcd, Seksyen 2 Shah Alam


Minggu ni adalah minggu yang paling memenatkan.. di pagi isnin ni sepatutnya semangat berkobar-kobar nak start keje. tp aku sangat penat dan semangat tetiba merudum... downnnnnnn!!! huhuhuhu... sebabnya hari-hari kena g Shah Alam.. dah lah jauh perjalanan dari Banting - Shah Alam.. so, sangat penat okeh...

aku nak citer kejadian semalam.. semalam seperti yang dijanjikan kami ada group discussion untuk subjek HRM 551. hari khamis ni ada presentation.. so kami janji nak jumpa kat Mcd seksyen 2, Shah alam.. janji kul 10 tp aku sampai pun dekat kul 11, biasalah janji melayu.. hahahaha...

so, kami pun discuss and buat assiment (report) ngan slide sekali. memang target nak siapkan jugak tak kira apa jadi.. memang lah tak dinafikan dari kul 10.00 - 4.00 petang kami dok kat situ semata-mata nak siapkan assiment tu. dalam pukul 1 lebih customer pun dah start ramai, maklumlah kan peak hour.. tp kami lantak kan jer sbb nak siapkan keje kami.. tetiba supervisor Mcd datang kat meja kami.. dia pun berkata...

"mintak maaf yer.. nak tanya, ada makan kat sini tak?? "

(sedangkan tray makanan kitorang baru jer cleaner tu ambik)
aku terkebil-kebil pandang kat supervisor tu.. dia sambung lagi..

"kalau nak study balik rumah.. customer saya ni ramai nak duduk takde tempat.."

aku terkebil-kebil pandang kat supervisor tu.. buat muka tak paham.. hehehehe...

agaknyer kitorang wat tak layan dia pun blah...

tak lama tu, datang pulak makcik cleaner kat tempat kitorang.. dia pun berkata...

korang ni nama jer belajar tinggi tp tak paham...

kitorang terkebil-kebil dengar makcik cleaner tu cakap.. masa tu kitorang macam blurr... ape ke halnyer makcik ni tetiba nak marah2..ekelehhhh

kitorang diam jer, pastu kitorang kemas-kemas skit pastu kitorang move sikit bagi ruang kat customer lain duduk.. dalam hati aku cakap..

lelebih pulak makcik cleaner ni.. adehlaaa... ni mesti anak-anak dia tak der yang masuk U.. (ayat jahat..)

lepas kejadian tu masing-masing tersenut. tp kitorang lantak kan jer..sbb nak siapkan jugak assiment tu.. peduli lah apa yang korang semua nak cakap.. korang nak marah ke apa ker yang penting assignment kitorang siap..!!! huahuahua

yang nak dijadikan cerita lagi, nak cari info kat website, tak boleh pulak.. ni sah la ni diorang offkan wifi.. hantu betul Mcd ni !!!! bengang jer kitorang.. ini pun berkira.. memang busuk hati tul lah...

lastly dekat pukul 4.00 gak kitorang blah.. pegi dah!!! kalau tak terpaksa aku pun tak ingin nak jejak Mcd ni..