Thursday, May 19, 2011

kami sudah mula berfikir tentang "perpindahan" kami ke teratak baru..suamiku pun dah mencari lori untuk angkut barang-barang,katanya dia tak nak tinggalkan satu benda pun kat rumah tu.dari riak suaranya dapat aku rasakan mungkin dia pun berkecil hati..takpelah sayang,,,redha je..aku tau disebalik ini siapa dalangnya..hasil perbincangan yang BODOH!! tanpa memikirkan perasaan orang lain.aku tau..kadang aku fikir,,apelah guna amal ibadat yang dibuat tp hati busuk macam longkang..!!! kami redha,,cuma aku sangat sedih bila fikirkan anak2..pasti air mata aku bergenang..
lagi2 alia yang rapat ngan nenek..arghhh..aku tak dapat bayangkan..selepas ni mungkin waktu aku bertambah padat sbb pagi2 aku akan hantar mereka ke rumah pengasuh lama.perjalanan lebih kurang 20 minit kemudian aku akan patah balik ke banting untuk bekerja..walaupun susah aku rela tempuhnya..bukan tak nak mencari baby sitter yang baru,,tp memikirkan sikecik aleesha takut dengan orang lain aku gagahkan juga.aku kuatkan semangat dan berkata dalam hati ini bukan sesuatu yang bersifat kekal,,mungkin tahun depan aku akan cari pengasuh lain..lagipun aku memikirkan periuk nasi pengasuh anak2 ku..mungkin inilah mata pencarian mereka untuk menanggung persekolahan anak2nya..
takpelah zie,,bawak bersabar,,mereka blh buat apa yang mereka nak..tp yang pasti aku akan tetap tinggalkan rumah tempat aku berteduh selama 29 tahun,,mungkin tinggalkan dengan hati yang luka berdarah..selangkah aku pergi aku tetap tak kan berpatah balik..adakah mungkin mereka pun aku akan tinggalkan??aku sendiri tak pasti..

"hakikatnya yang nyata aku sangat bersedih ketika ini..."mujurlah aku ada suami yang memahami..thanks sayang untuk segalanya...

No comments:

Post a Comment