Monday, May 30, 2011

"hijrah kami.."

hari ni dah masuk 4 hari kami di rumah baru.nampaknya semua berjalan lancar walaupun mula2 agak kelam kabut tambah2 lagi semalam hari pertama bekerja dari rumah baru.barang pun masih belum dikemas bak kata orang macam tongkang pecah rumah aku.tambah pulak kami semua demam dek kerana penat mengemas barang dan mengangkat barang.nasiblah ada sedara mara abg,klu harap sedara belah aku hmmmm hampeh..ada adik beradik ramai pun tak membantu langsung.takpela..aku pun tak harapkan pertolongan mereka.
barang semua dah kami angkut.habis kosong bilik tu kami keluarkan barang.sedih memang sedih tp apakan daya,kami terpaksa pergi.itu pilihan mereka,aku hanya menunggu apakah hasil dan kesudahannya..aku sedih bila mengenangkan mak,,entahlah...dalam hati aku berkata sendiri "moga bila aku tua nanti aku tak kesunyian seperti mereka.."
semalam aku ambil anak2 kat rumah pengasuh.hah!! terasa jauhnyer..tapi takper mungkin nilah proses peralihan kami..memang agak penat dan susah tp kami tetap harungi krn inilah tempat kami yang selayaknya..dapat jugaklah alia jumpa neneknya,siap g pasar isnin..sedih bila mengenangkan mereka..yelah,,cucu yang dibelai dimanja dari usianya merah lagi..mereka mungkin tak faham sebab mereka tak melalui proses itu..aku yang melihatnya di depan mataku..takpelah,,ini yang diorang inginkan aku turutkan sahaja..redha..
malam ke2 aku tak dapat lelapkan mata..sbb tetiba teringatkan taman tu banyak kes pecah rumah.kebetulan alia tidur kat luar lagila aku cuak.nak tak nak terpaksalah aku temankan dia tidur kat luar jugak.mlm ke3, aku pesan ngan suamiku untuk angkat alia masuk bilik.baru lena sikit tidurku..mungkin juga kerana kepenatan..proses peralihan yang sangat memenatkan mental dan fizikal..harapnya kami dapat bersabar..nak tak nak kami harungi juga..

No comments:

Post a Comment