Sunday, August 28, 2011

aktiviti hari minggu sebelum raya


Tak ada aktiviti lain selain mengemas rumah, melipat kain yang dah berbakul tu, lap2 habuk, pasang langsir baru (thanks to kak sila sebab sudi bagi langsir tu tanpa bayaran..jimat duit adik mu ini.. hehehe) hari tu dah g kedai dia, meninjau2 kawasan, ingat nak tengok2 langsir mana tau boleh beli.. mula dia offer gak ambikla mana satu nak.. aku ingat dia memain.. dalam 3,4 hari lepas tu dia call, suh ambik jer langsir, tak payah bayar katanyer.. alhamdulillah.. save budget.. ada gak aku tengok langsir kat kedai kain, semuanya RM200-400.. perghh...

hari sabtu pagi-pagi dah bangun, terus keluar gi banting sebab tak nak terjebak dalam kesesakan. pi kedai barang rumah cari storage box yang large sekali.. huh!! banyak benda nak simpan ni.. ingat kami la yang paling awal pi shopping rupanya ada lagi yang awal.. huhuhu..


balik rumah terus dengan agenda mengemas barang-barang, membuang mana-mana barang yang patut sangat dibuang.. ngeh3.. dengan bangganya aku meng 5s kan bilik belakang @ stor tu biar nampak kemas sket.. semua barang yang tak guna aku kumpul dalam satu kotak. banyaknyer barang-barang en. suami.. hahaha... dapat kat aku yang kemas semua barang aku buang... tak de maknanyer aku nak simpan okeh...

tengok tu sepah tul...semua barang en. suami... barang aku tak de sebab sebelum pindah aku dah 5s kan barang-barang aku dulu..



aleesha pun sibuk gak mengemas... aisshhh.. dak kecik ni... geram jer.. orang lain sibuk dia pun ikut sibuk gak..


aleesha tukang sepah...

alia sebelum potong rambut.. skung dah pendek rambutnya... rambut raya..hehehe

hari ahad pulak, en suami pagi-pagi dah g market beli ayam + daging.. tu pun katanya dah jem kat market.. huhuhu.. dah lama teringin nak masak daging. aku masak daging masak hitam.. ayam tu ingat esok baru nak masak rendang.. hmmm.. sedapnyer.. aishhh.. pose la.. ngeh3x...







It's my Birthday!!!



hari ni 28.8.2011 genap umurku 29 tahun. tahun ni kegembiraan berganda sebab lagi 2 hari nak raya. selalu sambut dengan hari kemerdekaan je.. tak de apa sambutan pun sebab kami semua sibuk dengan nak menyambut aidilfitri ni. cuma dapat wish bufday dari en. suami..


"sayang, selamat hari lahir ke 29, pejam celik dah lewat 20an dan hubungan kita pun semakin meningkat usia. buat isteri yang ku sayangi, tiada hadiah terindah yang mampu abg beri, selagi bernafas selagi itulah abg sayangkan ayang. doa abang semoga ayang sihat sejahtera dan dimurahkan rezeki disamping anak2 yang kita sayangi. i love u sayang..."

thanks sayang.. i love you too.. ayang sentiasa berdoa agar kita sentiasa dilimpahi kebahagiaan berpanjangan... amin..


Friday, August 26, 2011

mood : raya!!!





nampaknya semangat untuk bekerja dah merundum, maklumlah dah dekat nak raya. kawan2 yang ada kampung jauh pun dah ada yang memulakan perjalanan. aku pulak, rasa macam biasa2 aje. tak der la excited sangat. lagi pulak aku masih kerja hari isnin depan. orang lain sure dah tak terfikir kerja, tp aku tak.. naknyer pulak jabatan yang dah serupa kaunter ni tak boleh nak tinggal tanpa staf. terpaksalah berkorban. kalau dulu, berkorban sebab bos nak cuti, staf lain ramai nak balik kampung jauh. kali ni pulak sebab komitmen tugas. fuh!!! gile kentang.. tp takpelah.. kenalah fikir positif kan.. sementara anak masih kecil boleh la aku kerja, esok kalau anak dah besar mungkin tidak... ngeh..ngeh..ngeh...

Apapun, selamat hari raya aidilfitri maaf zahir batin buat semua!!! Semoga lebaran kali ini akan menambahkan kebahagiaan dan kegembiraan buat semua.. amin..

Wednesday, August 24, 2011

Semester baru 2011/2012 dah nak mula!!!!!



Salam Ramadhan!!!! hari ni dah hari yang ke 25, nampaknyer tinggal beberapa hari lagi kita semua akan beraya.. dan selepas tu pulak, semester baru sesi 2011/2012 akan bermula. uwaaaa!!! ni yang tak best ni.. dah nak start dah hari aku yang kelam kelibut.. ya ampun!!!! aku perlu bersiap sedia dari segi mental dan fizikal ni.. huhu..

course registration pun da start. rasanya macam nak ambik 4 subjek, tp tak tahulah diri ni larat ke tak.. aissshh.. tp aku kena kuat semangat sebab kalau tak ambik banyak, lama lagi la aku nak habis. dah tak sabar ni nak abis.. kira-kira ada lagi 4 semester yang aku perlu habiskan. maknanya 2 tahun lagi der... pergh!!!!

dahlah subjek banyak yang killer, sbb yang senang2 @ 2 jam kredit aku dah habiskan dulu, sbb aku tak nak semak kepala aku yang memang dah serabut. kalau orang lain, diorang sayang nak ambik subjek yang 2 jam kredit, tp aku tak, aku habiskan yang 2 jam kredit pastu aku boleh tumpukan yang susah pulak. selalunya subjek yang 2 jam kredit ni remeh, banyak benda nak kena buat..
argh!! serabut!!!

nampaknyer bukak semester ni bertambah cabaran yang bakal aku tempuh, sbb aku dah duduk rumah sendiri. makan minum en. suami aku kena uruskan sendiri, nampak gayanyer beli jerla.. balik rumah tengahari, kena la masak nasi.. hihihi... redhala sebab ini yang aku nak. bersusah2 dahulu, bersenang2 kemudian. lagipun bukan susah sampai ke tua. 2 tahun tu tak lama...
sabar yer... (ayat-ayat positif time semangat mula nak hilang...)






Friday, August 19, 2011

Jasamu dikenang

Semalam masa ambik bebudak, kakak aku tanya tahun depan nak sekolahkan alia kat mana.. aku cakap kat banting. aritu aku dah register kan pun tinggal tunggu keputusan samada dapat atau tak. jarak dari rumah ke sekolah tu lebih kurang 5 km..

sebenarnya, aku pun tengah memikirkan macam mana aku nak uruskan alia bila dia dah sekolah nanti. maklumlah kerja aku sekarang ni tak boleh nak keluar. lain lah keje kat jabatan lain boleh minta keluar sekejap. ni lagi nak mengadap bulan 1 dan bulan 2, musim renew bisnes licence. memang tak boleh nak keluar...hurm.... susah gak yer...

dalam kepala dah terfikir nak amik transit, sedia jerla RM nyer.. tp itu tak menjadi masalah. yang menjadi masalahnyer aku pulak lah yang takut. kecik sangat dah nak lepas kat orang lain. huhuhu.. aritu pulak ada kes yang budak kena seret ngan van sekolah. aiseh.. lagi la encik suami tak bagi naik van sekolah... nilah dia dugaan ibu yang berkerjaya.. tp sekurang-kurangnya aku beruntung sebab rumah dengan tempat kerja tersangat lah dekat. cuba bayangkan kalau orang-orang lain tu, tempat kerja jauh dr rumah, bila anak sekolah dah tentu lagi susahkan.. nila hikmahnya aku ambil keputusan beli rumah yang dekat dengan tempat kerja.. cuma encik suami lah yang terpaksa berkorban jauh sikit..

so, what to do... ??? aku pun pening fk kan.. kadang-kadang sampai malas nak fk tunggu jerla masanya dah tiba nanti. mesti ada jalannyer... tawakkal jer lah.. dalam hati doa agar ada satu jalan penyelesaian and hari ni aku dah dapat jawapannyer.. Alhamdulillah Allah memudahkan urusan kehidupanku.. Abang and kakak aku sanggup nak ambik alia bila dia sekolah nanti.. abg ipar aku pun offer kalau dia balik cepat nanti dia ambik.. bukan takat sekolah tadika jer, time sekolah rendah nanti pun mereka sanggup nak uruskan alia.. alhamdulillah...

huh!!! lega sikit kepala otak aku ni dan rasanya beban kat kepala aku pun dah kurang.. baiknyerlah kakak n abang iparku.. semoga Allah membalas dengan seribu kebaikan keatas mereka berdua.. amin..




Wednesday, August 17, 2011

adehlaaa...


sakit pulak bahu ni.. ni semua gara-gara shoping tak hengat semalam. kami shoping tak hengat kat K.L.. kami naik komuter dan nasib baiklah jugaklah kami naik komuter, kalau naik kereta, confirm terjebak dalam kesesakan lalulintas melampau kat KL semalam.

kami keluar pukul 9.00 pagi menuju stesen komuter shah alam.. sekali sampai dah ramai der.. nak buat macam mana memang diakui akan ramai sebab hari ni kan cuti umum, maka orang2 selangor akan serbu K.L untuk shopping!!!! tak terkecuali kitorang.. ngeh..ngeh..ngeh..

punyer sesak nyer komuter tu dah macam sardin der.. adoila... nasib ler aleesya senyap. siap boleh tido.. sampai kt kl sentral, amik pulak tren ke Bank Negara. alia punyer seronok tp kesian dia dok terkepit kat celah2 orang.. hehehe...

sampai kat sogo, bunyi wisel polis dimana-mana..sesaknyer jalan, ramainyer manusia.. kat sogo pun sama, ramai tapi tak per, masih boleh shoping dari yang aku g aritu. sbb masa tu ada sogo card. langsung tak boleh nak shoping.. kali ni g walaupun bawak budak tp aku boleh shoping dengan aman dan tenteramnyer. dapatlah pusing level kids tu 3,4 kali sampai tak tau nak beli apa dah.. ngeh..ngeh..ngeh..

habis shoping kami balik. memang niat di hati n
ak balik sebelum pukul 4.00 petang. lagi pulak aleesya pulak demam tiba2. panas kepalanyer.. apalagi cepat lah aku nak balik. kesian dia dah melepek jer.. time balik ni, lega sket sebab tak ramai.. dapat duduk, alhamdulillah.. perjalanan pun rasa kejap jer, sbb dapat duduk kan.. hehehe..

balik dapat gak buka kat rumah.. ni kalau pi naik kereta ni blum sampai ni.. hahaha.. saja tanya kat alia...

aku: alia nak naik keretapi lagi tak???
alia: nak...

tetiba ayahnyer menyampuk..
ah.. tak nak...tak payah...cukupla sekali..

aku gelak jer.. hahaha...

pagi ni bukak paper.. dah terpampang gamb
ar kesesakan kat KL.. ha!!! kami pun pi KL gak tp jalan clear.. maklumlah naik komuter kan..kan..kan..

suka tengok gambar ni...

alia muka bosan tunggu tren..

aleesya demam pulak tu yang sememeh je muka..

haippp!!! tak puasa yer..

nak interframe gak...


Tuesday, August 16, 2011

mode : bosan

sedar tak sedar, hari ni dah hari yang ke 16 umat islam berpuasa. kejap je masa berlalu.. tak lama lagi dah nak raya, lagu raya dah pun berkumandang kat corong-corong radio.. aisehhhh... bukan tak suka tp bila dah dekat nak raya ni macam-macam benda nak kena fikir.. huhuhu... kuih muih, baju raya, langsir tak beli lagi, rumah tak kemas lagi, bajet duit raya bebudak.. wah!!!! banyak nyer.. oleh kerana bonus yang dijanjikan pun dah masuk, elok pulak la esok cuti am negeri selangor. maka dengan gumbiranya dapatlah aku menjebakkan diri ke acara membeli belah lagi ngeh..ngeh..ngeh..

hurm.. hari ni nampaknyer kena la berbuka tanpa suami disisi.. en. suami ada majlis berbuka puasa kat luar.. aiseh!!! ni yang bosan ni. dan nampaknyer hari ni terpaksalah meredah bazaar ramadhan. hari ni disytiharkan cuti untuk memasak!!! yeay!!!.. mari kita refresh kan minda yek.. esok baru kita sambung balik aktiviti memasak kita.. ngeh..ngeh..ngeh..









Friday, August 12, 2011

yeeha..

hari jumaat yang ditunggu sudah pun datang.. yeehaaa!!! hari ni dah hari ke 12 berpuasa. kepala mula berfikir-fikir nak masak apa untuk iftar petang ni.. semalam dah buat pengat pisang sagu, sayur peria + udang.. hari ni rasa nya nak masak pucuk labu ngan sambal bilis goreng.. arghh !!! sempat ker ??? huhuhu... apalagi la,, jadi cali caplin la macam tak biasa pulak... ngeh3x..

seronotnya esok cuti!!! weehuuu...
acara membeli belah datang lagi..heheheh..
mana kedai lagi nak redah minggu ni..
rasa nak redah kilang kerepek lah..
nak beli sejenis dua..
sejenis dua??
yeke tu..
nanti dah sampai jadi berjenis2
hehehe..
:)

Monday, August 8, 2011

macam-macam cerita...

wah... lama sungguh tak post entry kat blog ni.. saja nak tunggu banyak sikit cerita yang nak diceritakan.. ngeh3x.. alhamdulillah hari ni dah hari ke 9 umat islam semua berpuasa.. dan hari ni dikhabarkan berita gembira buat 1.2 juta penjawat awam yang mana kerajaan akan bagi bonus hari raya minimum RM500.00..alhamdulillah.. adalah juga rezeki menjelang syawal nih.. thanks PM!!!

dan hari ni dah masuk 3 minggu aku hantar alia dan aleesya kat rumah kakak aku gara-gara pengasuh aku minta naik kan harga.. pagi-pagi hari pertama biasa la melalak la si kecik tuh.. alia aku dah gula-gula kan ngan buku n colour pencil upin & ipin. so, dia tak dela buat hal.. lagipun alia dah besar, dah boleh faham apa yang kita cakap.. bila petang aku ambik tanya ngan kakak, dia kata nangis kejap jer.. bila aku pergi dia dah tak nangis dah..

petang tu, aku ngan bebudak gi lah rumah pengasuh lama, sbb nak hantar duit untuk bulan 7.. so far ok.. aku control emosi buat macam tak de apa yang berlaku.. dalam hati hanya tuhan yang tahu.. bulan ni kami bayar budak-budak RM500.00.. n dalam masa yang sama aku cakap yang aku dah tak hantar bebudak kat sini. alasan aku sebab tak boleh ambik awal dan dah dekat nak puasa.. nampak reaksi muka pengasuh aku tu macam agak terkejut. tp dia kata tak pelah.. aku pun berterus terang yang aku dah start hantar bebudak, dia tanya aleesha nangis tak, aku cakap biasalah budak. mesti menangis. bila aku dah pegi kerja dia diam.. dia kata oklah kalau tak nangis..

sebenarnya rasa bersalah n kesian tu ada, tambahan pulak nak raya ni.. mesti hilang mata pencarian dia.. tp nak buat macam mana kan.. susah bg dia, dan susah bg aku.. aku fikir buat apa aku bayar mahal-mahal tp menyusahkan aku.. tambahan pulak nanti bila dah start kelas balik, lagilah susah.. memang aku terpaksa ambil bebudak lambat.. nanti lagilah banyak isu yang akan timbul.. so, aku terpaksa buat keputusan ni.. walaupun berat.. bila hantar kat rumah kakak sendiri lagi senang, lagipun kakak dan abang ipar aku jenis yang suka bebudak.. jadi tak dela aku nak risau apa-apa..

pertama kali berpuasa di rumah sendiri memang mengujakan.. seronok walaupun penat.. pepagi kul 4.30 pagi dah bangun masak untuk kami bersahur.. pas sahur tidur balik maklumlah rumah dah dekat ngan tempat kerja, lewat sikit bangun pun masih sempat.. ngeh3x.. tambahan pulak bebudak dah dekat. so diorang pun dah tak payah nak dikejutkan. pandai bangun sendiri, kalau dulu pukul 6.00 dah kena bangun.. kesian.. terpaksa sambung tido dalam kereta..

cuma satu la yang susah bila bebudak dah dekat, nak mengemas rumah, nk memasak dh susah sket.. huhuhu... ada je yang mengekor kaki.. sapa lagi kalau bukan si kecik tuh.. sabo jela.. ada satu hari tu, aku bangun awal pukul 2.00 pagi, mula-mula lipat kain yang dah 2 bakul tuh.. maklumlah 2 minggu tak lipat kain..hehehe... siap lipat kain, kemas dapur n dining pulak, pastu mop lantai pulak.. pergh!!! memang sengaja buat semua tu waktu pagi, seronok buat kerja bebudak tido, tak de gangguan.. pas mop lantai masak pulak untuk sahur.. adehlaaa... penat banget seh.. hajat dihati nak sambung tido pastu nak bangun lambat sikit, tpnyer sungguh hampeh sebab anak-anak aku tak de nyer nak bangun lambat, paling lambat pun pukul 9.. aduh... potong stim betul lah... huhuhu.. encik suami pulak sungguh rajin, basuh kereta.. ditemani anak-anak.. mengekek2 alia dapat main air..

pas siap kami g shoping kat bukit tinggi.. baru 8 hari puasa tp baju raya bebudak dah beli dah. ngeh3x.. bukan apa aku takut kelam kabut bila dah last-last minit.. semalam g shoping kat bukit tinggi, ramai juga manusia. tak kira melayu, cina india pun ikut shoping. hehehe.. balik daripada bukit tinggi kami berbuka puasa kat rumah nenek jenjarom.. alia suka la sangat dapat jumpa sepupu2 dia.. bila nak balik punya liat, sayang benar nak tinggalkan kawan2.. aku pulak yang flat. penat gile.. maklumlah tak cukup tido.. huhuhu