Wednesday, April 4, 2012

Kau pergi jua...


Hari ni genap 65 hari abah meninggalkan kami sekeluarga.. abah pergi tanggal 29 Januari 2012 bersamaan hari Ahad jam 12.00 tengahari.. hari itu merupakan hari kami sekeluarga diselubungi kesedihan kerana satu2 nya abah kami di dunia ini telah di jemput Ilahi.. walaupun sedih tetapi kami redha.. kerana itu ketentuanNya.. itu janji Allah pada setiap makhluknya. tak akan berubah walau sesaat pun.. sungguhpun sedih tapi aku tak ralat dan tak menyesal kerana dia pergi di hadapan mataku dan aku dapat lihat setiap hembusan nafas nya yang terakhir. semuanya masih segar di ingatan aku..

sedikit rentetan detik-detik yang sangat menyedihkan itu..

Malam 27 Januari 2012 (Jumaat)
Aku dikejutkan dengan panggilan daripada abang aku yang menyuruh aku ke hospital segera. tanpa banyak bicara aku terus bersiap dan dalam hati aku seolah2 dah dapat mengagak apa yang bakal aku lalui.. menggigil badan aku, fikiran tak tenang, macam-macam benda bermain kat fikiran aku.. memang arwah abah dimasukan ke hospital Banting sebab darah tinggi dan sakit tua sebelum kami bercuti ke kelantan..

Bila aku sampai kat wad, mak dah menangis.. ada seorang kakak aku yang dah sampai.. kami adik beradik 4 orang je yang dekat, 5 yg lain duduk jauh ambil masa nak sampai.. mak cerita yang doktor kata abah dah tak ada harapan and doktor dah panggil anak-anak dan waris-waris untuk ada disisi dia. memang doktor bagi kebenaran kepada kami untuk jaga abah disaat saat akhir hidupnya..

masa aku sampai tu, abah masih boleh bercakap, masih boleh kenal anak-anaknya.. bila aku mintak ampun, minta maaf pun dia masih boleh kenal aku.. tak jemu2 kami bacakan yasin, tak jemu2 kami ajarkan kalimah Lailahaillallah di tepi telinganya. walaupun masa tu dia dah meraung-raung.. sampai tangan diikat nurse sebab dia akan buka oksigen yang ada kat hidungnya. dalam masa yang sama adik beradik yang jauh mula sampai sorang demi sorang.. kami bergilir-gilir bacakan yasin, ajarkan mengucap dan bisik kan kalimah2 Allah sampai la pagi.. satu malam kami memang tak tidur bergilir jaga abah..

28 Januari 2012 (hari Sabtu)
keadaan abah makin teruk.. dada abah dah mula turun naik.. segala percakapan abah dah mula tak difahami.. tp dia masih boleh memandang kami adik beradik. bila aku genggam tangan nya dia masih boleh memberi respon.. ohhh.. sungguh sayu hati ini.. walau sekeras mana pun dia tetap abah aku.. saat-saat akan kehilangan orang yang kita sayang memang menyedihkan.. tak jemu-jemu kami adik beradik mengajarkan lailahaillallah.. sesekali air mata kami adik beradik mengalir tatkala membisik kan kalimah suci. semua perkara yang melibatkan abah terbayang-bayang di ruangan minda kami.. bagaimana dia membesarkan kami adik beradik seramai 9 orang.. susah payah dia berusaha menyara kami, menyekolahkan kami..huhuhu...

bacaan yasin memenuhi ruang wad. saudara mara dah mula datang menziarahi.. rasanya wad tu penuh dengan kami sekeluarga.. dah tentu memang kami ni dari keluarga yang besar.. sampaikan pak guard tu melarang kami masuk beramai-ramai ke dalam wad.. sampai la waktu melawat baru la kami semua dapat masuk.. huhuhu..

petang tu aku balik sekejap untuk mandi kemudian ke hospital semula.. perubahan abah memang ketara.. baru sekejap aku tinggalkan dia, petang tu dia dah tak mampu bersuara, hanya kepala je boleh bergerak, mata pun hanya terbuka sedikit.. hanya nafas yang berombak dari dada.. bila pegang tangan pun dah tak ada respon.. petang tu lagi ramai adik beradik abah yang datang.. masing-masing antara kami terdiam.. tak mampu berkata-kata..mengenangkan orang yang yang kami sayangi bakal meninggalkan kami..tak boleh dibayangkan dengan kata-kata. kami bakal kehilangan dia...

malam ke dua kami berkampung di hospital.. untung jugalah hospital banting hanya setingkat. jadi kami tidur di tepi tingkat tempat katil abah hanya beralaskan kanvas.. kami tak kisah asalkan setiap saat yang berlalu kami tak pergi jauh dari dia.. ada jugak yang tidur kat dalam kereta.. tp yang pastinya kami tak keluar dari kawasan hospital. dalam keadaan camni barulah rasa beruntungnya dikurniakan adik beradik ramai. sekurang-kurangnya kami boleh bergilir-gilir jaga..pastinya kami 10 orang termasuk mak punya perasaan yang sama sekarang.. SEDIH itu je yang ada dalam hati kami..

walaupun begitu, hati kami adik beradik dah redha, kami tahu yang kami akan kehilangan dia,, kami hanya berdoa dan berharap sekiranya dia pergi, biarlah dia pergi dalam keadaan yang tenang.. satu malam yang panjang ku rasakan, rasa takut sangat nak berhadapan dengan hari esok..tp sekiranya telah tersurat kami harus hadapi juga kenyataan itu kerana itulah janji Allah.. apalah kuasa kita hendak menghalangnya..

29.Januari 2012 - Ahad
pukul 5.00 pagi aku bangun dari tidur, aku jenguk ke katil abah. keadaannya semakin kritikal. abah dah mula nazak. abah dah koma. nafasnya dah semakin pendek.. tak macam petang sabtu, dia masih boleh gerakkan kepala, masih boleh melafazkan kalimah 'Allah Allah'.. tapi pagi hari ahad 29.1.2012 langsung tiada kedengaran suara nya.. hanya nafasnya yang semakin pendek. kami tahu hari nya bakal tiba, hari yang kami akan kehilangan dia.. Ya Allah tabahkanlah hati kami sekeluarga..

Jam 9.00 pagi keadaan abah semakin nazak.. makin ramai ahli keluarga yang datang.. katil abah ditukarkan ke tepi tingkap.. Alhamdulillah, kami dapat bacakan yasin dari tepi tingkat jer.. muka abah aku lihat dah tak seperti biasa.. agak cengkung tak seperti sebelumnya. kadang-kadang ku lihat abah cuba menarik nafas sedalam-dalamnya.. kadang-kadang mesin untuk mengesan degup jantung tiba-tiba berbunyi memberi amaran. bila berbunyi kami datang dekat dengannya. memang kami berdebar-debar waktu tu.. walaupun aku bukan doktor tapi aku tahu degupan jantung abah mula berhenti sedikit demi sedikit..

kami adik beradik tak berhenti membacakan yasin.. membisikkan kalimah Syahadah.. supaya dia tak lupa walaupun sesaat. darinya kita datang dan darinya jua kita akan kembali.. keadan memang genting waktu itu, semua adik beradik dipanggil untuk berada disisi dia.. ada seorang abg aku dah ondaway balik ke Batang Kali sebab nak mintak cuti pun terpaksa berpatah balik bila keadaan abah semakin nazak..

Jam 11.30 pagi nafas abah dah sangat-sangat pendek.. kadangkala macam dah tak bernafas.. kami dah mula merasakan detik waktunya semakin hampir. kami duduk sahaja menghadap dia tak tinggal walaupun sesaat. biarlah dia pergi di hadapan mata kami semua.. bunyi amaran mesin pengesan jantung makin kerap berbunyi.. setiap kali berbunyi nurse akan datang untuk memantau keadaannya.. jelas sekali dihadapan mataku seakan-akan dalam nafas nya seolah-olah hilang.. memang inilah kali pertama aku berhadapan dengan orang yang sedang nazak.. Alhamdulillah aku lihat abah tenang.. walaupun kadangkala nampak seolah nyawanya 'ditarik' sedikit demi sedikit..Ya Allah.. sedih hati hanya Allah yang tahu..

Jam 11.50 pagi
Nafas abah semakin hilang.. dan akhirnya hilang... dan mesin pengesan jantung berbunyi memberi amaran yang tiada degupan jantung dikesan.. kami tau kami dah kehilangannya.. Innalillahiwaiinnailaihirajiunnn.. nurse datang dan keluarkan report daripada mesin .. memang nyata hanya ada garisan lurus sahaja.... ini bermakna abah telah meninggalkan kami. kembali menemui penciptanya.. dan kami semua telah kehilangan satu-satunya abah di muka bumi ini.. walaupun sedih sangat-sangat tapi kami redha dengan takdir Allah..















No comments:

Post a Comment