Sunday, October 16, 2011

Tragedi @ Mcd, Seksyen 2 Shah Alam


Minggu ni adalah minggu yang paling memenatkan.. di pagi isnin ni sepatutnya semangat berkobar-kobar nak start keje. tp aku sangat penat dan semangat tetiba merudum... downnnnnnn!!! huhuhuhu... sebabnya hari-hari kena g Shah Alam.. dah lah jauh perjalanan dari Banting - Shah Alam.. so, sangat penat okeh...

aku nak citer kejadian semalam.. semalam seperti yang dijanjikan kami ada group discussion untuk subjek HRM 551. hari khamis ni ada presentation.. so kami janji nak jumpa kat Mcd seksyen 2, Shah alam.. janji kul 10 tp aku sampai pun dekat kul 11, biasalah janji melayu.. hahahaha...

so, kami pun discuss and buat assiment (report) ngan slide sekali. memang target nak siapkan jugak tak kira apa jadi.. memang lah tak dinafikan dari kul 10.00 - 4.00 petang kami dok kat situ semata-mata nak siapkan assiment tu. dalam pukul 1 lebih customer pun dah start ramai, maklumlah kan peak hour.. tp kami lantak kan jer sbb nak siapkan keje kami.. tetiba supervisor Mcd datang kat meja kami.. dia pun berkata...

"mintak maaf yer.. nak tanya, ada makan kat sini tak?? "

(sedangkan tray makanan kitorang baru jer cleaner tu ambik)
aku terkebil-kebil pandang kat supervisor tu.. dia sambung lagi..

"kalau nak study balik rumah.. customer saya ni ramai nak duduk takde tempat.."

aku terkebil-kebil pandang kat supervisor tu.. buat muka tak paham.. hehehehe...

agaknyer kitorang wat tak layan dia pun blah...

tak lama tu, datang pulak makcik cleaner kat tempat kitorang.. dia pun berkata...

korang ni nama jer belajar tinggi tp tak paham...

kitorang terkebil-kebil dengar makcik cleaner tu cakap.. masa tu kitorang macam blurr... ape ke halnyer makcik ni tetiba nak marah2..ekelehhhh

kitorang diam jer, pastu kitorang kemas-kemas skit pastu kitorang move sikit bagi ruang kat customer lain duduk.. dalam hati aku cakap..

lelebih pulak makcik cleaner ni.. adehlaaa... ni mesti anak-anak dia tak der yang masuk U.. (ayat jahat..)

lepas kejadian tu masing-masing tersenut. tp kitorang lantak kan jer..sbb nak siapkan jugak assiment tu.. peduli lah apa yang korang semua nak cakap.. korang nak marah ke apa ker yang penting assignment kitorang siap..!!! huahuahua

yang nak dijadikan cerita lagi, nak cari info kat website, tak boleh pulak.. ni sah la ni diorang offkan wifi.. hantu betul Mcd ni !!!! bengang jer kitorang.. ini pun berkira.. memang busuk hati tul lah...

lastly dekat pukul 4.00 gak kitorang blah.. pegi dah!!! kalau tak terpaksa aku pun tak ingin nak jejak Mcd ni..

No comments:

Post a Comment