Thursday, September 29, 2011

langkawi : part 2

Macam biasa bangun pagi layan kolam dulu.. hari ni aku pun nak interframe gak yer.. sonok gak main gelungsur yang selalu alia main.. hahaha.. sesekali jadi cam budak apa salahnyer. Location Aseania ni bukan kat tepi pantai tu sebab dia buat kolam besar supaya dapat attract pelancong. kalau ditanya pendapat aku, aku prefer anak-anak aku mandi kolam berbanding pantai.. kalau pasir ni kotor, pasir mesti melekat kat badan..


suker..suker..suker.. ibu pun interframe gak..

mana tak jeles tgk alia terkekek-kekek.. aku pun tak tahan nak main gak...hehehehe...

pantai buatan.. oklah kan... ada gak.. aku suke!!!

Pas mandi, kami sambung sesi berjalan tp hari ni hari yang sungguh tak menyeronokkan kami nak berjalan sebabnya pulau langkawi seharian hujan.. daripada pagi sampailah petang gerimis tak berhenti. nak jalan pun tak best sebab takut bebudak demam.. sudahnya berjalan
kat tempat yang berbumbung contohnya kat malll jer.. hahahaha... nasib badanlah..

budak dua orang ni bukan boleh tengok mainan..mesti nak main, terpaksalah ayah beli token. si kecik tu pun pandai main stereng kereta..budak-budak sekarang ni advance btul..


hari ni aku redah kilang minyak gamat nusantara.. nak cari ubat batuk yang bebudak ofis kirim.. dapatlah tengok camner diorang proses minyak gamat..

tu dia besarnya kawah..betul ke orang kata kalau celup tangan tak panas?? aku tak pulak try. takut.. tetiba dibuatnya panas tak pasal-pasal..


yer.. jangan pulang tanpanya.. kat sini jer aku beli dekat RM100.00 semuanya yang orang kirim. mak aku jer dah berbotol-botol..tu yang berat beg aku macam ada batu bata dalam nya.hahaha

time ni masa kat jeti Kuah.. time ni pun gerimis.. sebab tu lah tak der aleesha. aku tak bagi keluar..


Nila dia JAI ISLAND CAFE.. port kami makan hari-hari...

masa ni kami sangat berharap cuaca eloklah keesokan harinya kalau tak punahlah harapan nak naik cable car.. dah lah jerebu memanjang. view pun tak berapa cantik.. kalau naik cable car pun mesti tak best sebab tak nampak view...

pas makan balik sudah .. sangat penat....

No comments:

Post a Comment