Thursday, September 29, 2011

Bermulalah....



Bermulalah harian aku yang kelam kelibut setelah semester baru 2011/2012 bermula.. hari ni dah masuk minggu ke dua.. sebenarnya aku sangat penat.. :( dengan rasa terkejar2.. maklumlah waktu rehat pukul 1-2 petang aku WAJIB balik untuk sediakan makan malam.. pukul 2.00 ptg masuk balik sambung kerja sampai pukul 5.00 petang terus ke Shah Alam.. Attend kelas sampai pukul 9.30 malam, then tempuh lagi 1 jam ++ perjalanan daripada Shah Alam ke Banting.. honestly, aku rasa sangat penat,tp aku kena kuat.. aku kena tahan dan bersabar dengan ujian ini.. Ya Allah, kuatkan semangat ku ini untuk tempuhi semua kesukaran, kesusahan demi menggenggam segulung ijazah.. inilah yang aku impikan walaupun terpaksa bersusah payah untuk mendapatkannya..

ingat!!! bukan senang untuk aku menempatkan diri kat Uitm ni.. macam-macam cabaran yang aku hadapi.. bayangkan aku hanya diterima sebagai seorang pelajar taktala aku bergelar ibu. masa tu umur alia 1 tahun. kecik nyer dia aku dah tinggalkan semata-mata nak mengejar cita-cita aku yang tak tertunai dulu.. kadang-kadang kesian tp aku kena kuat.. aku dapat jumpa dia cuma pagi jer itupun kalau dia dah bangun. kalau belum bangun, memang aku tak kan jumpa dia sebab bila aku balik malam dia pulak dah tidur.. selalunya dulu, mak aku yang akan hantar dia pi rumah pengasuh. sebab tulah alia dengan neneknya rapat sebab full time dengan neneknya. belum lagi kalau aku ada kelas ganti memang mak yang akan jaga.. memang kesian sebab tak banyak masa aku dengan dia.. harap time cuti jerlah..

zaman Aleesha kecik lagi kesian.. bukan aku tak nak tunggu sampai aku habis belajar tp memandangkan alia pun dah besar time tu. umor alia dah 2 thn ++. lagi pulak umur aku pun dah banyak (hehehe.. mengaku..) of coz lah sebab kita mesti ada family planning.. tak kan nak anak just sorang dua jer kan.. perempuan tak boleh pregnant kalau umur dah lewat.. itu hakikat.. so aku amik keputusan untuk pregnant. aku planning untuk pregnant dan timing untuk aku deliver mestilah dalam waktu cuti semester.. hah!! baik punyer planning dapat pulak aku deliver time cuti semester.. Alhamdulillah...

sepanjang aku pregnant aku terpaksa panjat bukit uitm dengan keadaan terboyot2. dah sampai atas pulak kena panjat tangga tingkat 4 sebab kelas aku kat dewan kuliah. huh..!! memang mencabar sampai atas termengah2 aku sebab kurang oksigen.. orang yang tengok aku pun kesian tp aku tak rasa apa pun sebab aku fikir ini semua akan menjadi satu kenangan yang manis bila aku dah dapat ijazah nanti Insyaallah.. doakanlah...

belum lagi part aku bergaduh dengan pak guard yang sengal tuh.. masa tu aku nak amik pas untuk naik ke parking dalam fakulti (kalau tak kena parking kat bawah tu yang kena naik tangga).. punyerla sengal park guard dah nampak perut aku yang besar ni mintak pulak surat doktor. apa tak hangin satu badan semata2 nak pas akses tu aku sampai merayu2. tp dia tak nak bagi jugak. siap boleh kata itu awak punya masalah. kalau kita bagi awak nanti orang lain pun nak jugak.. dalam hati aku kata BODOH!!! lainlah aku ni perut kecik ke incase kalau la dia meragui aku. tp masa ni aku dah pregnant 7 bulan.. aku dah nak menagis sebab kebetulan time tu hujan.. nak pas tak dapat.. lastly aku saja berlakon catit nama pak guard tu.. konon macam nak buat aduan lah.. mula nampak muka dia dah cuak siap boleh cakap awak jangan pandai-pandai nak buat aduan.. ekeleh.. ikut suka aku lah nak buat ke tak.. ini dah melampau kalau aku tak dapat memang aku report sampai atasan. peduli hapa aku..!! lastly dia dah takut dapat gak.. dapatlah naik. tp yang sedihnya tu sampai tahap aku kena merayu + nak menitik air mata. aku bukan apa yang aku jadi sedih tu sebab aku ni pregnant..sampai hati dia buat aku cam ni..

habis pantang 44 hari aku terus gi kelas.. bayangkan lah!!! MDKL pun belum aku jejak tp tangga-tangga kejayaan kat Uitm dah aku panjat.. huhuhu.. sangat perit time tu.. teringat-ingat baby yang aku tinggalkan kat rumah.. tp aku kuatkan semangat.. alhamdulillah en suami banyak menyokong aku. kalau tak aku rasa dah lama aku bungkus dari uitm ni.. dan sebab tulah aku tak dapat bagi full breast feed kat aleesha. sangat kasihan sebab dia cuma dapat menikmat susu ibu hanya 5 bulan sahaja itupun tak full.. sebab tulah kulitnya sangat sensitif.. sebab kurang antibodi.. bila dah kerja seharian aku tak bagi dia susu sebab aku gi kelas kan.. time cuti pulak macam-macam benda yang perlu aku uruskan. belum lagi time nak exam memang aku tak peduli kan dia pun.. malam pun en. suami yang jaga aku dah tentu study.. sangat kasihan kan.. dan oleh sebab tulah selepas ni aku akan pastikan aku akan pregnant selepas aku betul2 habis belajar sebab aku tak nak baby jadi macam aleesha.. cukup lah aku mengorbankan banyak hak alia dan aleesha sebagai anak yang perlukan perhatian dan kasih sayang..

dan sekarang... aku dapat jumpa anak2 aku time belah pagi jer.. bila aku balik malam diorang dah tido.. bila aku pandang muka dua2 tu mulalah air mata aku menitik.. kasihan anak2 aku.. sabar yer sayang kita susah tak lama lagi.. bila ibu dah habis belajar 100% masa ibu untuk kalian...

No comments:

Post a Comment