Wednesday, June 29, 2011

Hari Kedua (Part 2) : Ronda-Ronda Town la pulak..

lepas je pi bukit bendera, kami pusing-pusing town la pulak.. pusing punya pusing sampai padang kota lama. berenti tanya kat brother jual air tepi jalan mana nak cari nasi kandar yang sedap. dia pun bagi tau kat tepi jalan namanya nasi kandar imigresen. kami pun cuba cari tp tak jumpa pun..huhuu.. oleh kerana perut dah kebulur, berenti la makan kat gerai majlis MBPP. kat situ makan Pasembor.. abg amik udang besar 2 ekor ngan fish ball.. makan punyer makan nak bayar terkujat kejap kitorang sebab mamak tu cakap RM22.00.. habis nak tersembor kitorang.. maklumlah lepas makan pasembor kena bayar mahal nak tersembor la pulak.. hahaha..

Pas makan pasembor yang nak tersembor tu, kitorang berhajat nak g cari tempat jual jeruk buah la pulak.. pusing punya pusing tak jumpa pulak.. aishh... sabar jer la..member cakap kat belakang komtar.. rasanya dah dekat 10 kali pusing situ tak jumpa pun.. lastly kitorang parking kat parkson, berjalan cari tempat tuh.. tak jumpa jugak.. lastly tanya kat apek mana tempat jual jeruk banyak-banyak.. dia cakap kat jalan penang, namanya "pasar chowrasta" kitorang pun dengan confidentnyer mengangguk tanda faham.. kitorang keluar dari bangunan tu, pusing lagi cari tempat tuh.. alahai tak jumpa lagi.. mana la tempatnya, susah betul maklumlah baru first time g kan.. yang kelakarnya tengah cari tu, bila nk ingat balik nama tempat tu, dah tak ingat pulak.. yang aku ingat "cheras". en. suami cakap ada gak cheras kat penang ni.. hihi..bila tak jumpa n dah boring pusing tempat yang sama, aku cakap ngan en. suami cuba kita turn kiri pula, dah turn kanan tak jumpa kan..abg pun turn lah kiri.. nah!!! baru jumpa.. sekali bukan cheras la.. "PASAR CHOWRASTA".. Punyer susah nak jumpa..

perghh!!! punyer susah nak cari..

puas memborong jeruk, kami pi balik pulau pulak.. tujuan apalagi cari durian laaa!!! hihihi... punyer la jauh rupanya balik pulau tu.. dah macam kat cameron la pulak sbb turun naik bukit, jalan pun boleh tahan pusing-pusing. tengah jalan tu tetiba mata aku ternampak gegantung tepi jalan ada iklan pasal PESTA MAKAN DURIAN.. waaa!!! kat mana tu gamaknyer yer.. hati dah excited.. kami teruskan perjalanan tetiba sampai satu kawasan tu banyak kereta. nampak pulak banner pesta makan durian tu.. apalagi suka la masing-masing.. memang best banyak sangat durian nyer.. apalagi melantak durian lagi.. hahahaha!!

suka nyer alia dapat makan durian

nyum..nyum..nyum..

pas makan kat pesta makan durian , kitorang teruskan perjalanan lagi.. jumpalah satu kawasan tempat perkelahan. kat situ pun ada jual durian, en. suami survey lagi. n dia beli lagi durian kat situ, aku dah surrender. dah tak larat der...sendawa pun bau durian..huhuhu...aku just rasa jer..alia pun dah tak excited cam mula-mula dapat durian..tp dia makan jugak..memang dia hantu durian lah..hehehe


Pas makan snap picture kat tepi-tepi bukit tu.. cantik sangat.. nk nyer pulak pokok-pokok durian tengah berbuah.. buah durian bergayut gayutan.. hahaha..!!

pose kat tepi "gunung" (gunung la sangat..)


No comments:

Post a Comment