Tuesday, June 7, 2011

Rindu

dalam dok mengemas tetiba terbelek album lama,ku selak satu persatu tetiba terlihat gambar gambar rumah lama, gambar mak, gambar abah masa muda n masih kuat, gagah mengangkat bakul sayur ngan motor yang banyak memberi kenangan pada kami sekeluarga. terus hati aku jadi sedih, sebak, tetiba rasa rindu pada mereka.besarnya pengorbanan mereka membesarkan kami sekeluarga walaupun dalam kepayahan dan kesusahan. masih aku ingat, motor tula yang membawa aku ke kebun masa kecik dulu. mak n abah akan bawak aku sbb kat rumah tak ada sesiapa.kami siap masak kat kebun, mandi kat kebun, kebetulan ada parit besar depan kebun. siap tido sbb ada pondok kecik. ingat lagi dulu aku kena ulat bulu, habis satu badan bintik2..tu lah dia kenangan kecik2 dulu, bila besar ni rasa seronok,klu dulu bila ajak g kebun merungut, sbb bosan.tulah pengorbanan mereka, hasil dari jualan sayur tula yang menyekolahkan aku..
sesungguhnya aku sayangkan mereka, cuma cara bagaimana nak ku luahkan perasaan tu aku tak pandai,tp jauh dari sudut hati dan sanubari aku sangat sayangkan mereka hinggu hujung nyawa ku..mungkin kerana didikan abah yang sangat garang menyebabkan aku jadi keras, kaku,,Ya Allah,,berikanlah kesempatan untuk aku membahagiakan mereka, mengembirakan mereka selagi hayat mereka masih ada..amin
semalam petang aku jalan rumah mak,mak bagitau abah punya tulang belakang sebenarnya dah patah 3. akibat pereputan tulang.ku akui abah dulu tak sama seperti sekarang. sangat lemah tak bertenaga, berjalan pun menggunakan tongkat.berjalan pun terhuyung hayang.sangat kasihan,rupanya sbb tulah selama ni dia mengadu sakit pinggang.puas mencari ubat sampaikan ubat tradisional yang tak diiktiraf kementerian kesihatan pun abah ambik sbb ubat hospital tak meredakan kesakitanya.mak dah tak larat nak marah..aku diamkan ajer..tak tau dah nak kata apa.belum lagi dengar keluhan-keluhan kesakitan,ingat lagi masa awal2 abah start sakit.pukul 1 @ 2 pagi suamiku jugala yang menghantar ke hospital,kadang2 pukul 5 pagi baru balik,,dengan esok nak g kerja,,tp semua tu kami telan sendiri dengan tak berkata apa-apa pun.berapa kali jer la suamiku datang lambat g opfis, belum lagi ngan terpaksa ponteng sbb kepenatan menunggu.klu sekali 2 takpe,ni boleh dikatakan hari2..tp kami tak bunyi pun,hadap jer..tibalah satu waktu,,kami berhasrat untuk pindah dari kg,,ada pulak "makhluk2" yang berkata kami tak nak jaga abah,kenapa bila abah sakit baru nak pindah,dulu masa abah sihat tak nak pulak pindah.bongok ke apa orang ini???akhirnya tak jadi kami pindah dan sbb tu juga hubungan aku dengan "makhluk" tu renggang,,itulah dia namanya kerana mulut badan binasa,,aku cakap ngan dia juga pulangkan kunci kereta yang aku dah bagi FREE tak de bayaran apa pun, cuma tinggal bayar ajer kat bank,,bila itupun, asik sangkut kat bank,bank call maki2 aku pasal duit kereta,lagi aku berangin,akhirnya aku ambik keputusan ambik balik kereta tu.tak guna buat baik pada makhluk yang tak pandai mengenang budi..akhirnya tengok sekarang ada kereta pun atas belas kasihan orang lain.kalau tak aku jugak yang mengeluarkan duit RM8000 tak de la dia nak dapat kereta wira tu.tp dia still tak tau aku yang belikan atas ehsan kak izah.kak izah kata pinjam sementara dia nak wat rumah mak,klu dah reda sikit dia akan pulangkan..tp skang ni keta tu dah tak de kena mengena ngan aku lagi sbb kak izah dah pulangkan balik duit aku kontra ngan apa yang aku dah pinjam kat dia..so sekarang ni aku tak nak ambik tahu lagi pasal dia.pegi lantak lah dia nak tergolek ker, nak tertonggeng ker..peduli haper aku..
ntahla...itu cerita lama,,aku malas nak ungkit skang pun aku dah ada kehidupan baru yang lebih menenangkan jauh dari sakit hati dan ntah aper2 lagi..semoga aku tabah menghadapi segalanya..


No comments:

Post a Comment