Tuesday, August 16, 2011

mode : bosan

sedar tak sedar, hari ni dah hari yang ke 16 umat islam berpuasa. kejap je masa berlalu.. tak lama lagi dah nak raya, lagu raya dah pun berkumandang kat corong-corong radio.. aisehhhh... bukan tak suka tp bila dah dekat nak raya ni macam-macam benda nak kena fikir.. huhuhu... kuih muih, baju raya, langsir tak beli lagi, rumah tak kemas lagi, bajet duit raya bebudak.. wah!!!! banyak nyer.. oleh kerana bonus yang dijanjikan pun dah masuk, elok pulak la esok cuti am negeri selangor. maka dengan gumbiranya dapatlah aku menjebakkan diri ke acara membeli belah lagi ngeh..ngeh..ngeh..

hurm.. hari ni nampaknyer kena la berbuka tanpa suami disisi.. en. suami ada majlis berbuka puasa kat luar.. aiseh!!! ni yang bosan ni. dan nampaknyer hari ni terpaksalah meredah bazaar ramadhan. hari ni disytiharkan cuti untuk memasak!!! yeay!!!.. mari kita refresh kan minda yek.. esok baru kita sambung balik aktiviti memasak kita.. ngeh..ngeh..ngeh..









No comments:

Post a Comment