Friday, August 26, 2011

mood : raya!!!





nampaknya semangat untuk bekerja dah merundum, maklumlah dah dekat nak raya. kawan2 yang ada kampung jauh pun dah ada yang memulakan perjalanan. aku pulak, rasa macam biasa2 aje. tak der la excited sangat. lagi pulak aku masih kerja hari isnin depan. orang lain sure dah tak terfikir kerja, tp aku tak.. naknyer pulak jabatan yang dah serupa kaunter ni tak boleh nak tinggal tanpa staf. terpaksalah berkorban. kalau dulu, berkorban sebab bos nak cuti, staf lain ramai nak balik kampung jauh. kali ni pulak sebab komitmen tugas. fuh!!! gile kentang.. tp takpelah.. kenalah fikir positif kan.. sementara anak masih kecil boleh la aku kerja, esok kalau anak dah besar mungkin tidak... ngeh..ngeh..ngeh...

Apapun, selamat hari raya aidilfitri maaf zahir batin buat semua!!! Semoga lebaran kali ini akan menambahkan kebahagiaan dan kegembiraan buat semua.. amin..

No comments:

Post a Comment